Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ashraf Muslim & Wardina Rai Anak Yatim



RAI ANAK-ANAK YATIM, PELAJAR–PELAJAR TAHFIZ DAN KELUARGA BERSAMAMU DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA

Ramadan merupakan bulan tarbiah. Ia juga merupakan bulan untuk umat islam memperbaiki diri dan seterusnya memurnikan hati keseluruhannya. Allah SWT telah menjadikan Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan dan dipenuhi dengan pelbagai kebaikan serta ganjaran bagi sesiapa yang mahu berusaha kearahnya. Selain beramal ibadat, Ramadan juga merupakan bulan yang sesuai untuk membuat kebajikan serta bersedekah jariah.

Justeru, kesempatan ini diambil oleh Bank Muamalat dan Bersamamu untuk meraikan 114 anak-anak dari 3 rumah kebajikan serta 2 keluarga Bersamamu dalam satu majlis berbuka puasa. Rumah kebajikan tersebut adalah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Raudhatul Ulum dan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha.

Manakala, 2 keluarga bersamamu yang turut diraikan adalah keluarga Mohd Mokhtar Yusof dan Siti Khadijah dari Negeri Sembilan dan keluarga Nor Azlina Hasan dan Imam Basori Hamzah dari Teluk Intan Perak. Majlis yang serba ringkas tetapi meriah itu diadakan di Dewan Syarahan, Masjid Negara. Selain diraikan dalam majlis berbuka puasa, kanak-kanak tersebut turut menerima sumbangan duit raya dari Bank Muamalat. 9 ibu tunggal Bank Muamalat juga turut mendapat bantuan.

Turut memeriahkan majlis adalah Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin serta Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Turut hadir adalah artis dan personaliti tanah air seperti Ashraf Muslim, Sherry Ibrahim, Aliff OIAM dan Hairuddin Mohd Noh.

Bank Muamalat merupakan penaja utama program Bersamamu bagi musim ke-13 yang akan menemui penonton TV3 setiap Rabu, jam 9.30 malam mulai 17 September 2008. Sama seperti musim-musim lepas Bersamamu akan memberikan tumpuan kepada keluarga yang memerlukan. Namun, bagi musim ke-13 ini, Bersamamu akan tampil dengan konsep “gotong-royong’ atau ‘kebersamaan” yang mana ia akan membabitkan penyertaan pelbagai pihak untuk turut sama membantu golongan yang memerlukan.

Pembabitan pelbagai pihak ini termasuklah dari segi penyerahan sumbangan dan juga gotong-royong membersih atau membaiki rumah yang rosak, serta memberi tuisyen dan kemahiran kepada anak-anak Bersamamu. Penyertaan ini adalah dari kalangan pihak kerajaan, swasta, badan korporat atau pelajar universiti dan sekolah.

Kutipan Tabung Bersamamu TV3 juga masih diteruskan untuk mendapat sumbangan orang ramai bagi menampung keperluan keluarga Bersamamu pada musim-musim yang akan datang. Selain daripada kutipan orang ramai yang diterima melalui Jom Heboh, orang ramai juga boleh menghantar sumbangan mereka kepada Maybank akaun Tabung TV3 Bersamamu BSM: 5643 2412 9973 yang dipantau oleh pemegang amanah TV3 iaitu Amanah Raya Berhad (ARB). Selain dari itu, sumbangan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip Tabung2 / Tabung5 / Tabung10 dan hantarkan ke 33399.

Selain Bank Muamalat, Syarikat Faiza Sdn Bhd juga turut terlibat dalam menaja program Bersamamu musim ke-13 ini sebagai penaja bersama.

Menerajui penerbitan Bersamamu musim baru ini adalah Mazlin Nordin sebagai penerbit eksekutif bersama penerbit Kamaruza’ain A. Kadir dan Kalijahwati Md Kassim sebagai penerbit bersama. Mereka turut dibantu oleh wartawan penyiaran Johari Abu Bakar.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fesyen Ashraf Muslim Serba Putih di ABPBH2010
  • Gambar Pelakon Ashraf Muslim Nikah di Mekah
  • Ucapan SMS Adilfitri dari Ashraf Muslim
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Gambar Anak Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot
  • Gambar Anak Wardina Saffiyah Yang Ketiga
  • Rumah Wardina Safiyyah Dirompak
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim Putus Cinta



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      wardina owns.. she is just too cute!

    • http://klatey.blogspot.com/ pokcu

      memng best le diorg ni,, berilmu &beramal,,huhu



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK