ARISHA: Penari Ika Fancy Ke Pentas Teater Patung Kertas
Anak kelahiran Pahang serta penari dari Ika Fancy Grup merasakan cukup teruja apabila kali pertama dipanggil berlakon dalam teater arahan Lokman Ghani; Patung Kertas. Walaupun dia pernah menjelajah ke beberapa buah negara untuk membuat persembahan bersama-sama dengan anggota kumpulannya, namun, kepuasan untuk membintangi teater adalah berlainan. Jika sebelum ini dia pernah menjadi juru solek beberapa produksi drama tempatan dan hanya menonton sesuatu babak tetapi, kali ini dia akan memberikan sepenuh komitmen untuk karier lakonannya dalam teater Patung Kertas.

Saudara Lokman Ghani telah menawarkan Arisha watak di dalam Teater Muzikal Patung Kertas yang akan dipentaskan di MATIC bermula 23 April ini. Bila ditanya apakah perasaannya berlakon dengan pengarah teater terkenal, dia menjawab
“Saya cukup gembira, kerana ada pengarah yang sudi menawarkan watak kepada saya. Jika semua pengarah memberi peluang kepada orang seperti kami, mereka pasti tidak akan menyesal, kerana kami akan memberikan yang terbaik.”
Arisha juga diminta mengulas mengenai perspektif masyarakat kepada golongan ‘lembut’ yang selalu dikelaskan sebagai masyarakat kelas ketiga, dia menambah,
“Memang tidak dinafikan, masih ada masyarakat yang memandang keji kepada kami, tetapi sebenarnya, kami juga makhluk tuhan yang memerlukan ruang untuk hidup di bumi ini. Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana walaupun begitu, ada juga golongan masyarakat yang sudi memahami dan memberikan peluang kepada kami.”
Selain itu, Arisha amat berharap, dengan pementasan teater Patung Kertas di MATIC ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat, mengenai kehidupan mereka yang sebenarnya. Adakah memang benar kehidupan mereka sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat dan adakah memang mereka memang diminta lahir sebegitu. Semuanya akan terjawab dalam teater Patung Kertas, bermula pada 23 April 2008, di MATIC, Jalan Ampang.
Jom beli tiket sekarang!
[tags]show, mak nyah, aksi rempit, arisha, pentas, klpac, tickets, lembut, minah rempit, sabul, rumah tumpangan, guamusic.com, matic, ika fancy club, bangkok boy, male, transexual, kidney surgery, sufiah, pelacuran, chow kit, bt bintang, starhill, melodrama[/tags]
Tags: aksi rempit, arisha, bangkok boy, bt bintang, chow kit, guamusic.com, ika fancy club, kidney surgery, klpac, lembut, mak nyah, male, matic, melodrama, minah rempit, pelacuran, pentas, rumah tumpangan, sabul, show, starhill, sufiah, tickets, transexualClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 15th, 2008 at 4:09 am
saya bukan berniat untuk menghina sesiapa,
kalau ada yang dapat jawapkan bagi pihak saya, saya ucapkan terima kasih.
sebab saya teringin nak tau jawapannya dari yang berkenaan.
golongan lelaki lembut sering berkata jiwa mereka yang lembut
dan mereka tak mampu utk menolak jiwa kewanitaan mereka
dan mereka ign jadi wanita.
tapi, dari sudut agama (islam), wanita dikehendaki menutup aurat, menjaga tatasusila dan macam macam lagilah.
jika benar-benar untk kelihatan seperti wanita, kenapa selalu pilih untuk kelihatan seperti wanita yang sexy?
sedangkan bertudung juga amat sinonim dengan wanita.
memang org nampak indahnya wanita,
tetapi sebagai wanita, saya dapat rasakan satu cabaran yang besar untuk memikul segala tanggungjawab ke atas wanita yang mana kecantikan sebenarnya bukanlah untuk dipertontonkan kepada umum.
(sekadar ingin mengeluarkan persoalan di hati)
April 16th, 2008 at 3:56 pm
hmm..betul tu eisya, satu persoalan yg menarik..tp saya rasa golongan ini mgkn lebih kepada memuaskan hati dan jiwa mereka..sbb itu mgkn mereka rasa lebih sesuai untuk berpenampilan begitu..
tp dari satu sudut lain, andai kata mereka bertudung mcm mana pulak tiba2 ada lelaki yg jatuh hati?? susah jgk kan kalau jadi mcm tu…
apa pun..sama2 kita berdoa semoga kita semua mendapat petunjuk dari Ilahi..sbb masing2 buat kesilapan dan ada kelemahan..hmm
April 16th, 2008 at 3:58 pm
mata arisha ni mata betul ke budiey..mcm mana baby doll plak!! he2
April 16th, 2008 at 4:11 pm
*mata
April 16th, 2008 at 4:12 pm
* mana = mata
April 21st, 2008 at 4:38 pm
Saya amat terharu ada insan2 seni yang menghargai bakat-bakat luar yang selama ini mungkin tiada sesiapa yang menyedari bahawa mereka juga perlu di pertontonkan kepada dunia luar. Jika selalunya show Ika Fancy hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja…maka kali ini biarlah kita BE OUR OWN JUDGES…kerana BUKAN kita yang harus menentukan samada apa yang mereka lakukan selama ini BAIK ataupun TIDAK. A big APPLAUSE to Lokman Gani…and hope to give a STANDING OVATION bila dapat menonton teater itu nanti…I’LL BE THERE TO SUPPORT!!!