in

Antabax Lancar Produk Pembasmi Kuman

Antabax Lancar Rangkaian Produk Baru Hasil Formula Terkini, Perkenal Artis Antarabangsa Ziana Zain selaku Duta Produk

Menyeru rakyat Malaysia untuk memupuk gaya hidup lebih sihat dengan Antabax – produk pembasmi 99.9% kuman untuk perlindungan sepanjang hari yang diperkaya pelembap dan vitamin untuk kesihatan kulit

Produk penjagaan diri Antabax melancarkan rangkaian baru yang membasmi 99.9% kuman untuk perlindungan sepanjang hari yang diperkaya dengan pelembap dan vitamin untuk kesihatan kulit dengan penampilan baru di samping memperkenalkan duta produk, penyanyi yang sudah memenangi berbagai anugerah, aktres dan usahawan, Ziana Zain yang juga seorang isteri dan ibu kepada empat anak pada majlis eksklusif di Pusat Beli Belah 1Utama, di sini hari ini.

Antabax adalah rangkaian produk penjagaan diri yang diyakini berkesan serta boleh diharapkan dalam memupuk gaya hidup sihat dan bersih untuk seisi keluarga. Produk Antabax telah diuji secara dermatologi agar sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan dengan kerap.

Rangkaian antibakteria Antabax menawarkan perlindungan sepanjang hari terhadap 99.9% kuman dan diperakui `Halal’ oleh JAKIM, membolehkan umat Islam menggunakannya tanpa was-was.

Rangkaian produk antibakteria terbaru Antabax ini termasuk sabun buku, cecair mandian, cecair pencuci tangan, cecair sanitasi tangan, tisu pelempab dan penyembur sanitasi tangan terbukti dapat membasmi 99.9% kuman dan memberikan pelindungan antibakteria sepanjang hari terutama ketika pengguna bimbang terhadap penularan wabak penyakit berjangkit serta keinginan mereka untuk mendapatkan perlindungan berkekalan daripada kuman.

Ia juga diperkaya dengan vitamin-vitamin penting bagi melembap dan menyegarkan kulit, menjadikannya amat sesuai bagi kegunaan seharian memenuhi keperluan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk.

Penampilan baru rangkaian produk kini lebih kemas dan rapi melambangkan produk yang berkesan membasmi kuman tetapi lembut agar pengguna berasa lebih segar selepas menggunakannya.

Hasil kajian intensif di dalam makmal, serta penyelidik memperoleh ilham untuk menghasilkan siri haruman yang segar, moden dan tahan lama, berbeza dengan sabun konservatif.

Menurut Pengurus Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, usaha penjenamaan semula dan rumusan formulasi yang dipertingkatkan bagi produk ini mengambil masa lebih dua tahun, bermula daripada lakaran awal sehingga ke proses makmal, rekabentuk, prototaip, kajian pasaran, pengeluaran dan akhirnya dijual di pasaran. Semua ini berpandukan kepada kajian konsumer yang berterusan serta kajian aliran pasaran bagi memenuhi keperluan dan tuntutan pengguna masa kini yang sentiasa berubah-ubah.

“Antabax sudah berada di pasaran sejak 2004 dan dalam tempoh yang agak singkat ia pantas berkembang menjadi kegemaran pengguna. Kami merasakan sudah tiba masanya untuk memperkenalkan formula baru, dan kami percaya penampilan baru serta keberkesanan jenama produk ini, ia mampu mencerminkan peningkatan populariti barangan ini di pasaran sejajar dengan penerimaan positif pengguna.

“Memang menjadi kelaziman buat kami untuk sentiasa berhati-hati sebelum melakukan perubahan terhadap formulasi kebanggaan kami yang sudah meraih pelbagai anugerah dan bekerjasama dengan pengguna Antabax sepanjang masa bagi memastikan dengan Antabax baru ini, pengguna Malaysia boleh memiliki semua dalam satu – perlindungan terhadap kuman sehingga 99.9% sepanjang hari, halal, vitamin untuk kesihatan kulit, serta pelembap kulit, haruman yang menyegarkan serta ketenangan fikiran menggunakan produk yang ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki,” kata Cik Carmen Foo.

Rangkaian Antabax baru ini memberi manfaat besar kepada kulit kerana ia mengandungi vitamin C, E, B3, B5 dan B6 yang bertindak sebagai bahan antioksidan dan antiradang bagi melembut dan melembapkan kulit.

Malah, Antabax turut bangga memperkenalkan duta produknya iaitu Ziana Zain yang pernah meraih pelbagai anugerah, menjadi penyanyi dan mentor berjaya, usahawanita, isteri dan ibu kepada empat anak.

“Ziana mewakili sebahagian daripada pengguna utama kami di kalangan wanita dan lelaki yang arif terhadap produk yang mereka perlukan, mementingkan penjagaan kesihatan serta kebahagian keluarga dan diri mereka, memberi fokus terhadap kualiti, nilai dan mengutamakan aspek manfaat yang dapat diraih daripada produk, baik menerusi penampilan produk, haruman serta apa yang lebih utama adalah perlindungan ke atas keluarga daripada jangkitan kuman,” kata Cik Carmen Foo.

“Kami bangga mengalu-alukan beliau sebagai duta jenama kami!”

Sejak 20 tahun lalu, Ziana Zain sentiasa memberikan yang terbaik sama ada untuk keluarga – selaku isteri dan ibu – atau dalam dunia hiburan ketika memberikan persembahan secara langsung, merakam lagu, berlakon, menjadi mentor untuk bakat baru atau sewaktu mengendalikan urusan perniagaan.

Ibu kepada dua anak lelaki yang aktif ini: Muhammad Aiman, 10 dan Muhammad Ammar Amin, 7 serta bayi kembar, Muhammad Arrel dan Siti Noor Kaseh, mengakui betapa dirinya begitu sukar untuk menyeimbangkan tuntutan keluarga dengan kerjaya terutama selepas anak sudah semakin besar dan mula berdikari ketika kariernya juga semakin memuncak.

“Sebaik saja anak saya yang sulung mencecah usia enam tahun, saya mencari produk penjagaan diri antibakteria yang lebih baik kerana dia begitu lasak, sentiasa bermain dengan macam-macam benda – pasir, lumpur, batu dan sebagainya – baik di dalam atau di luar rumah. Selain itu saya juga risau dia mendapat jangkitan daripada kanak-kanak lain sewaktu di tadika atau di rumah terutama disebabkan kanak-kanak suka berkongsi patung, mainan dan alat pembelajaran,” jelas Ziana.

Dia sudah mencuba beberapa jenama antibakteria terkemuka lain tetapi bau ubat yang kuat tidak digemari oleh anggota keluarganya sebelum akhirnya membeli jenama import tetapi ia agak mahal terutama apabila jumlah anggota keluarga semakin bertambah.

“Kira-kira dua tahun lalu, saya mencuba produk Antabax di rumah salah seorang rakan baik saya dan berasa ia cukup bagus dan harum. Kawan saya beria-ia menyuruh saya mencuba Antabax, jadi kami mencubanya di rumah dan sejak itu kami menggunakan lebih banyak produk Antabax kerana ia mempunyai perlindungan antibakteria serta memiliki ramuan penjagaan kulit yang berkesan bagi memastikan kami terus sihat dan bebas daripada kuman,” kata Ziana.

Sekarang, Ziana, suami serta keluarganya menggunakan rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Antabax dan mereka amat berpuas hati dengan kualiti rangkaian produk ini.

“Salah satu faktor utama saya memilih Antabax untuk keluarga saya kerana ia Halal – saya tidak pernah menemui mana-mana produk antibakteria lain yang mempunyai perakuan Halal seperti ini. Sebagai seorang yang beragama Islam dan seorang pengguna yang prihatin, saya sentiasa mencari dan menggunakan produk Halal kerana saya merasakan produk yang mempunyai perakuan Halal, mempunyai standard yang lebih tinggi.

“Sementara itu, suami bekerja siang dan malam seperti saya dan ketika bekerja, kami bertemu ramai orang. Sebagai orang yang berkerjaya, rangkaian penjagaan diri Antabax mampu menjadikan kami berasa lebih yakin dan lega kerana tahu kami mendapat perlindungan antibakteria sepanjang hari terutama ketika penularan wabak selesema H1N1, keadaan yang menyebabkan kami risau terhadap ancaman penyakit berjangkit.”

Meskipun berstatus selebriti antarabangsa, Ziana adalah seorang pengguna yang berpengetahuan tinggi yang sentiasa mengutamakan kualiti dan nilai.

“Saya sentiasa memantau perbelanjaan rumah serta produk yang kami beli kerana sejak kecil saya diajar supaya berjimat dan berhati-hati. Antabax nyata menawarkan lebih banyak manfaat dan nilai berbanding produk antibakteria lain,” kata Ziana yang begitu mesra.

Ziana mengakui beliau adalah seorang pembersih serta sentiasa mengutamakan kebersihan dan kesihatan, baik untuk dirinya sendiri, keluarga serta persekitaran di rumah.

“Apabila tiada air, saya guna cecair sanitasi tangan segera Antabax untuk membersihkan tangan manakala tisu lembap antibakteria Antabax sentiasa berada di sisi saya pada bila-bila masa.”

Malah, Ziana turut gembira dengan pengenalan penyembur sanitasi tangan antibakteria Antabax bagi membersih tangan atau apa jua permukaan kerana ia mudah digunakan serta mampu membasmi sehingga 99.9% kuman.

“Ia amat mudah dan senang dibawa di dalam beg tangan saya. Ia mudah digunakan pada bila-bila masa ke atas apa jua permukaan seperti pemegang troli di pasar raya, tempat letak tangan kerusi di restoran, permukaan meja, tombol pintu dan segala-galanya. Sembur dan lap, dan ia membunuh 99.9% kuman serta merta,” kata Ziana.

“Saya dan keluarga begitu yakin menggunakan Antabax kerana ia adalah halal dan diperakui oleh JAKIM. Ia melindungi keluarga saya daripada kuman dan berkesan membunuh 99.9% bakteria di tangan atau di atas semua jenis permukaan. Selain itu, cecair mandian dan cecair pencuci tangan Antabax diperkaya dengan vitamin untuk kesihatan kulit seperti vitamin C, E, B3, B5 dan B6 yang dapat melembutkan dan melembapkan kulit, menjadikannya lebih lembut dan halus sambil memberikan perlindungan yang diperlukan untuk keluarga saya.”

“Saya percaya amalan kebersihan bermula daripada usia muda dan sebagai ibu, saya mengajar anak-anak saya mengenai kepentingan menjaga kebersihan. Antabax menjadikan tanggungjawab saya lebih mudah kerana ia benar-benar membuatkan anda terasa ada perbezaan.”

Turut mengalu-alukan penjenamaan baru Antabax ketika majlis pelancaran tersebut adalah gandingan pemain beregu nombor satu Malaysia dan dunia, Tan Boon Heong-Koo Kien Kiat serta juruhebah rancangan Raaga THR, Aanantha. Antabax turut mengambil kesempatan untuk memaparkan rakaman video testimoni yang diberikan selebriti ini mengenai pengalaman mereka menggunakan produk antibakteria Antabax.

Koo dan Tan mandi lebih daripada dua kali sehari bagi memastikan mereka kekal bersih dan segar. Mereka mula menggunakan rangkaian produk Antabax sejak beberapa bulan lalu.

“Kami amat berpuas hati dengan Antabax – kini dengan formula baru yang membunuh 99.9% kuman dan memberikan perlindungan antibakteria sepanjang hari, kaya dengan vitamin untuk kesihatan kulit, banyak buih, mudah dibilas dan harumannya kekal berpanjangan. Mandian menggunakan Antabax menjadi suatu pengalaman yang menyegarkan! Antabax adalah kebanggaan Malaysia!.”

Sewaktu bertugas, Aanantha sentiasa melakukan penyelidikan berkaitan pelbagai topik yang akan dikongsikan bersama pendengar.

“Saya mendapati lebih daripada 80% penyakit berjangkit merebak menerusi tangan dan ini termasuk batuk, selesema, sakit tekak dan pelbagai lagi jangkitan lain. Saya juga mendapat tahu bahawa dengan menjaga kebersihan tangan sama ada menggunakan sabun antibakteria dan air atau dengan cecair sanitasi tangan, menjadi kaedah paling berkesan mencegah penularan penyakit,” katanya.

“Penyembur sanitasi tangan anti-bakteria ini begitu menakjubkan kerana ia membunuh 99.9% kuman serta merta bukan saja di tangan malah di atas sebarang permukaan lain. Satu semburan, ia dapat meliputi ruang yang luas. Malah saya boleh menggunakannya di atas peralatan studio dan pemegang alat gimnasium. Ia begitu mudah dan senang digunakan.”

Pengurus Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Carmen Foo begitu yakin terhadap prospek rangkaian Antabax serba baru ini.

“Dengan Antabax, pengguna Malaysia kini memperoleh semua dalam satu – perlindungan terhadap 99.9% kuman sepanjang hari, halal, vitamin untuk kesihatan kulit serta pelembap, haruman yang menyegarkan serta ketenangan fikiran menggunakan produk yang ditawarkan pada harga mampu dimiliki,” kata Cik Carmen Foo.

Maklumat Produk
Antabax, jenama sabun berubat yang dipercayai lagi diyakini, menawarkan produk lengkap rangkaian antibakteria termasuk sabun buku, cecair mandian, cecair pembersih dan pencuci tangan cecair sanitasi tangan, penyembur sanitasi tangan serta tisu pelembap antibakteria, bagi memupuk gaya hidup sihat untuk seisi rumah tangga.

Sabun antibakteria Antabax sama ada dalam bentuk sabun buku atau cecair mandian, terbukti membunuh kuman dan “Halal” untuk digunakan tanpa was-was di kalangan umat Islam. Cecair mandian antibakteria Antabax diperkayakan dengan pelbagai vitamin seperti C, E, B3, B5 & B6 yang bertindak sebagai bahan antioksidan dan antiradang bagi melembut dan melembapkan kulit. Sabun ini terdapat dalam pelbagai haruman untuk memenuhi kehendak pengguna, menjadikannya pilihan terbaik untuk seisi keluarga.

Cecair Pencuci Tangan Antibakteria Antabax membersihkan kotoran dan menghapuskan 99.9 % kuman pada tangan. Diperkaya dengan vitamin dan bahan pelembap, sabun ini dapat melindungi dan menyegarkan tangan menjadikan ia berasa lebih lembut, halus serta wangi.

Pembersih Sanitasi Tangan Segera Antabax adalah pembersih berasaskan alkohol yang bertindak dengan segera dan ia bukan saja membersih, malah harumannya menyegarkan. Ia terbukti berkesan membunuh sehingga 99.99% kuman. Diadun dengan pelembap dan Aloe Vera, ia boleh digunakan dengan kerap dan selamat tanpa mengeringkan tangan anda.

Tisu pelembap Antibakteria Antabax didatangkan dalam pek 10 helai dan ia menjadi cara paling mudah dan senang untuk memastikan kebersihan sekeluarga. Dengan ramuan utama daripada Aloe Vera dan Vitamin E, tisu pelembap ini memastikan tangan anda agar sentiasa lembut dan lembap. Ia juga tidak mengandungi sebarang alkohol.

Penyembur Sanitasi Tangan Antabax adalah pencuci yang mudah digunakan, membunuh 99.9% kuman pada tangan serta turut sesuai digunakan pada apa jua permukaan. formulasinya tidak perlu dibilas, cepat kering, dan tidak melekit serta diperkaya dengan Aloe Vera, vitamin untuk kesihatan kulit dan bahan pelembap bagi memastikan tangan sentiasa lembut, halus, bersih dan harum.

Semua produk Antabax telah diuji secara dermatologi, bagi memastikan ia sesuai untuk semua jenis kulit dan untuk penggunaan harian.

Cecair Pembersih Tangan Antabax dijual pada harga RM6.90 untuk botol saiz 450ml, dan Cecair Sanitasi Tangan Segera Antabax didatangkan dalam saiz kegunaan peribadi 50ml (RM4.30) serta botol besar 750ml (RM36) yang sesuai digunakan untuk kegunaan pejabat atau korporat. Cecair mandian Antabax dijual pada harga RM5.90 untuk botol 250ml, RM13.90 bagi botol 650ml, RM7.95 untuk pek isian semula manakala pek tiga buku sabun Antabax berharga RM3.40. Kesemua rangkaian produk Antabax boleh diperoleh di semua kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Planet Seni Hiburan Lasak di Muzik Aktif

Grand Prize Winner Celcom Broadband Myvi