in

AirAsia Raih Anugerah Khidmat Pelanggan Industri Kargo Udara Terbaik Dunia

AirAsia sekali lagi telah dinamakan sebagai pemenang anugerah ‘Khidmat Pelanggan Industri Kargo Udara Terbaik Dunia 2013’ untuk kali ketiga berturut-turut di majlis anugerah Air Cargo Week (ACW) di Munich, Jerman semalam. AirAsia telah berjaya menewaskan syarikat lain termasuk Emirates, Etihad dan Virgin Atlantic untuk muncul sebagai pemenang anugerah tersebut.

AirAsia

AirAsia telah meraih anugerah tersebut setelah muncul sebagai juara di dalam kajian global di kalangan rakan-rakan seindustri serta dari perkapalan yang dilakukan oleh ACW, terbitan berita kargo udara terkemuka dari United Kingdom.

[pullquote align=”right”]AirAsia Raih Anugerah Khidmat Pelanggan Industri Kargo Udara Terbaik Dunia Buat Kali Ketiga Kali Berturut-turut[/pullquote]

Selain daripada undian tersebut, penilaian juga dibuat mengikuti tiga kriteria: Pendekatan proaktif untuk perkhidmatan pelanggan, pengunaan strategi efektif bagi penyelesaian masalah dan polisi khidmat pelanggan yang ditakrif dan diukur.

Sathis Manoharen, Ketua Serantau Kargo AirAsia dan AirAsia X berkata, “Kami sangat gembira untuk menerima anugerah ini untuk kali yang ketiga berturut-turut. Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah, kejayaan kami diindustri ini membuktikan bahawa tambang rendah bukan bermakna berkualiti rendah. Malah, kami dapat menyaingi serta mengatasi kualiti dan perkhidmatan syarikat-syarikat lain melalui servis yang baik dan inovasi yang bermutu.

“Terima kasih kepada rakan perniagaan dan pelanggan kami serta pasukan AirAsia untuk yang telah membawa kejayaan. Pada masa ini, situasi pasaran kargo udara agak suram dan kami telah berupaya untuk mencatatkan perkembangan bagi hasil dan jumlah kargo yang dibawa hasil daripada cara pengurusan kos serta model perniagaan kami. Kami akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif yang akan menjadi platfom bagi operasi yang berkualiti dan struktur kos untuk memastikan haluan pertumbuhan dan hasil kekal pada mod yang linear.”

AirAsia pertama kali memenangi anugerah yang sama di Munich, Jerman pada tahun 2011 dan di Shanghai tahun lepas untuk menjadi syarikat penerbangan pertama yang telah berjaya membawa pulang anugerah tersebut untuk kali ketiga berturut-turut. Lebih membanggakan lagi, ia juga merupakan syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang berjaya meraih anugerah yang bertaraf global.

AirAsia juga merupakan syarikat tunggal yang berpengkalan di rantau ASEAN yang berjaya memenangi anugerah di majlis tersebut.

Majlis telah diadakan di World Air Cargo Awards yang dihadiri eksekutif-eksekutif dari komuniti kargo udara, lapangan terbang, syarikat penerbangan, syarikat perkapalan, syarikat pembekalan dan perkhidmatan dari seluruh dunia.

Ini merupakan kali keempat AirAsia memenangi anugerah di ACW World Air Cargo Award. Pada tahun 2010, ia telah dinamakan sebagai Air Cargo Industry “New Comer of The Year”. AirAsia Cargo juga telah dinamakan sebagai Syarikat Kargo Penerbangan Asing Paling Pesat Membangun oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di Guangzhou dan Syarikat Kargo Tambang Rendah Terbaik Asia oleh Aviation Awards Asia di Hong Kong pada tahun 2011. Pada tahun 2012, ia juga telah dinamakan sebagai Rising Star Cargo Carrier of the year oleh majalah Payload.

Perkhidmatan kargo AirAsia merangkumi seluruh rantau ASEAN serta Asia Timur, Asia Selatan, Oceania dan Eropah.

Bagi AirAsia, kargo berupaya untuk menjana hasil dan memainkan peranan sebagai penyumbang besar bagi pendapatan tambahan. Syarikat penerbangan ini juga ingin memaksimalkan penggunaan ruang perut pesawat bagi menjana keuntungan dengan menawarkan perhidmatan kargo yang lebih murah jika dibandingkan dengan syarikat lain. Melalui rangkaian luas serta kekerapan penerbangan AirAsia, syarikat penerbangan ini dapat sampai kelebih banyak destinasi dan mencapai masa penghantaran yang lebih cepat.

AirAsia juga sedang mengukuhkan operasi kargo untuk melindungi keuntungan terhadap harga bahan api yang kerap turun naik. Pada masa yang sama, ia juga sedang melibatkan diri secara aktif dengan ejen-ejen kargo yang lain dan syarikat ekspot-impot di destinasi syarikat penerbangan tersebut. Ia juga mencapai pasaran di luar rangkaian laluan semasa menerusi syarikat penerbagan lain yang mempunyai perjanjian kadar istimewa dengan AirAsia. Syarikat-syarikat penerbangan ini dapat memberi AirAsia meluaskan capaianya ke bandaraya-bandaraya di Asia Timur, Timur Tengah dan Afrika.

AirAsia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Announces Direct Flights from Bangkok to Nay Pyi Taw

AirAsia’s All Set To Celebrate Raya With Additional Flight