in

Acara Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara Terbesar di Malaysia

SELEBRITI KATAKAN “KISS GOODBYE TO BREAST CANCER”

AVON, sebagai syarikat yang mengutamakan wanita akan mengadakan satu Acara Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara Terbesar di Malaysia pada 23 September 2012 di Putrajaya.

Antara selebriti-selebriti yang akan mengambil bahagian termasuklah duta Mekap Avon; Noor Neelofa, duta haruman Avon, Scha Alyahya, duta Anew Avon, Soo Wincci, duta Avon Master Cook, Dato’ Fazley, Dynas Mokhtar, Linda Jasmine, Que Haiddar, Fizo Omar dan penyerang skuad Negara; Safee Sali; dan ramai lagi.

Acara Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara Terbesar di Malaysia

Kanser payu dara merupakan pembunuh #1 bagi wanita di Malaysia. 51.3% pesakit kanser payu dara di Asia Pasifik di bawah umur 49 tahun. Statistik ini menunjukkan bahawa makin ramai orang muda yang menghidapai kanser payu dara. Oleh kerana itu, kempen kesedaran amatlah penting.

Tujuan acara Jalan Kaki Amal anjuran Avon ini adalah untuk member kesedaran kepada orang ramai bahawa kanser payu dara boleh diselamatkan, jika dikesan pada tahap awal. Para wanita digalakkan membuat pemeriksaan mengikut jadual.

Bakal berlangsung pada 23 September 2012 di Putrajaya, Presint 3, Avon akan mencipta rekod baru di Malaysia Book of Records dengan acara Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara terbesar di Malaysia.

Pelbagai acara yang menarik telahpun disediakan.; antaranya formasi gergasi manusia yang berbentuk ‘pink ribbon’, persembahan oleh artis-artis popular, jualan ‘jumble sale’, pemeriksaan payudara secara percuma, aktiviti – aktiviti solekan dan kecantikan, cabutan bertuah, tebusan hadiah misteri dan sebagainya.

Bagi yang minat, sila dapatkan tiket penyertaan di mana-mana Butik Kecantikan Avon seluruh Malaysia (lokasi Butik Butik Kecantikan Avon atau secara online di http://www.hooha.asia

Harga tiket adalah RM40 bagi setiap peserta, peserta akan menerima beg goody yang mengandungi Kemeja T, Bandanna, Kipas Tangan, barangan Kotex, barangan Kleenex dan sebagainya yang bernilai RM80.

Acara Jalan Amal ini akan dijayakan dengan kerjasama dari pelbagai pihak termasuklah Kemeterian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Perbadanan Putrajaya, Kotex, Kleenex, LPPKN, Putrajaya Perbadanan, Amerlink S/B, Percetaian Lai, Sunway Pyramid Shopping Mall dan Nestle.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Bebas 1800-22-AVON (2866) atau www.facebook.com/AvonMy.

Acara Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara Terbesar di Malaysia

Acara Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara Terbesar di Malaysia

Acara Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara Terbesar di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Animasi UP Di TV2

Fasha Sandha Alahan Ubat Gigi Hamil 3 Bulan