Abby Fana Hos Program Bual Bicara HATI LELAKI
PROGRAM BUAL BICARA TERBARU
MENYELAMI HATI KAUM LELAKI
Terbaru menerusi jenama Inspirasi Wanita di TV3, program bual bicara “HATI LELAKI” yang menyelami hati kaum lelaki dari masalah peribadi, persoalan kekeluargaan dan juga pengakuan berani seseorang lelaki telah bermula siarannya pada 3 Mac 2010, setiap hari Rabu jam 11.00pagi.

Program bual bicara yang akan bersiaran selama 30 minit ini dihoskan oleh Abby Fana, seorang pengacara TV yang tidak asing lagi. Konsep program tersebut menghalakan kepada kehidupan seorang lelaki dan memberi ruang buat golongan lelaki untuk meluahkan isi hati mereka tentang sesuatu topik. HATI LELAKI juga menukar perspektif penonton agar dapat menghayati isi hati seorang anak dan adik lelaki, abang, ayah, suami seterusnya teman lelaki.
Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3, “Berbeza dengan program bual bicara yang kebanyakannya menjurus kepada hal ehwal wanita, ‘HATI LELAKI’ lebih fokus kepada paparan luahan hati lelaki bertujuan mendidik masyarakat memahami isi hati kaum Adam. Sekiranya ini terlaksana, ia diharap dapat mengelak salah tanggapan terhadap lelaki dan jangan terlalu mudah menghukum mereka. Cara ini juga dapat memperkukuh dan merapatkan interaksi di kalangan keluarga dan komuniiti agar mendapat persefahaman bersama.”
“TV3 berharap inisiatif program ini menerima sambutan yang baik dari para penonton khususnya golongan wanita dan golongan lelaki amnya HATI LELAKI adalah lebih peribadi yang membabitkan masalah dalam diri lelaki serta mampu menyentuh hati nurani penonton.”
Selama 13 episod bersiaran, Abby Fana akan membincangkan topik bersama tetamu undangannya di studio yang berinspirasi “lelaki” untuk mewujudkan suasana yang santai dan lebih tenang. Program tersebut turut menggunakan kamera tersembunyi bagi memudahkan tetamu untuk meluahkan rasa hatinya kepada pengacara tanpa kehadiran pihak ketiga.

Pelbagai topik akan diutarakan dalam HATI LELAKI antaranya menyelami perasaan lelaki yang ditinggalkan isteri, lelaki yang ter perangkap dengan jiwanya sendiri, suami yang berhadapan dengan isteri kayu tiga, dan macam-macam masalah lagi.
Saksikan program HATI LELAKI, setiap hari Rabu jam 11.00pagi bersama Abby Fana, tentunya di TV3!
Tags: TV3
Tags: TV3Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 8th, 2010 at 10:42 am
i mmg suka klu abby Fana ni jd hos… dj radio ni mmg hebat n percakapannya yg teratur dan sopan membuat beliau jauh dari gosip2 panas… zaman skrg bkn artis jer glamour, DJ radio n Hos pn sama2 glamour dengan aksi saman menyaman ni… GUD LUCK
March 8th, 2010 at 4:23 pm
saya rasa ini satu program yang mmg patut disiarkan dari dulu lagi. sekarang, ramai lelaki diluar sana yang teranaiya. berilah peluang kepada mereka utk menjelaskan keadaan yang sebenar.
March 9th, 2010 at 1:31 pm
Best program nie….ada pengisian yg bermanfaat!
March 10th, 2010 at 11:32 am
salam pompuan mmg x pk pjang pon mcm sya leh x wf leh tgl ank mcm 2 je dan smapi sekarg xde lang sung dtg jengok ank ase nye rmai laki terdera dari pompuan skrg ni pompuan mybe sbb advestisment n nk publisiti je , laki ni byk diam n pendam saje , mmg betul byk laki x jln tgjwp dia tp heran gak nape pompuan tahan plak laki yg x jln tggjwp lak.yg laki jga mkn minum tgjap sebagai suami dia buat leh pijak kepla plak , ase nye rancangan ni kena bat 2 masa siang n mlm supaya yg berkerja jgk leh tgk dan tahu jgk ape2 pon rancangan ni ptt dah di buat lama dah bkn mcm rangcangan wanita je .
April 6th, 2010 at 8:33 pm
mengapa mesti gunakan KAMERA TERSEMBUNYI tanpa kehadiran orang ketiga sedangkan kita ‘sume’ tahu sebagai tanggongjawab sorang muslim apabila berdua-duaan orang yg bukan muslim kehadiran walau sesuci mana sekalipun niat sudah pasti yang ketiga itu amat berbahaya dikhuatiri SYAITAN menjadi perantaraan. SepatutNya….orang ketiga adalah JURI kpd permasalahan kerana sebagai orang yg mengaku kita ini MUSLIM guideline UGAMA amat penting bagi menggelak persepsi/tanggapan MASYARAKAT yang kini adalah JURI yg sebenarNya. S.A.W juga ada menyarankan kpd kita hatta berbisik diantara dua orang ahli jika ada orang ketiga disitu amat DILARANG demi ketinggian ISLAM itu sendiri untuk menjaga kemaslahatan HATI LELAKI berkenaan agar tidak merosakkan perhubungan dan andaian yg bukan-bukan. PSIKOLOGI S.A.W ini sepatutnya dijadikan contoh bukan menolak apa yg sahih ambil pandangan sendiri tanpa mengira risiko mendatang. Orang ketiga mungkin PAKAR merangkap penegur kpd permasalahan walauapapun samada ianya penonton, intelektual,pemerhati, atau dsbNya. Perlu ada orang ketiga secara terbuka bagi menggelakkan tanggapan/persepsi orang di luar yg lagi lebih bijak. Tak salah gunakan kemudahan waimah memang dituntut agar kita tidak dikatakan jumud dgn kemajuan tetapi biarlah ainya selaras dgn tuntutan agar tidak menimbulkan syak atau wasangka orang luar. wallahua’lam. GUESS WHO. chapter;88-89
July 29th, 2010 at 9:01 pm
tahniah untuk abby……..walaupun saya hanya sekali mengikutinya……..tapi
penuh isi…….tahniah sekali lagi dan teruskan……….