in , , , , , ,

Filem Zombi Kampung Pisang, Antara Gimik, Komedi & Keseronokan Menonton

Hari ini 19 April, pastinya tarikh yang mungkin menimbulkan debaran kencang pada Abang Mat & juga semua pelakon filem Zombi Kampung Pisang. Tayangan pembukaannya akan bermula pada hari ini. Moh le kite..

Pada 22 April yang lalu, Zombi Kampung Pisang telah menyerang Planet Hollywood. Gempak dan havoc juga bila sekali sekala Planet Hollywood didatangi serombolan Zombi. Hehe, jangan terkejut. Itu hanyalah gimik sahaja. Pada saya, showcase Zombi Kampung Pisang adalah sebagai satu kelainan dan ‘pemanas’ bagi mempromosikan filem komedi – seram ini. Terima kasih kepada Tayangan Unggul kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti.

Antara pelakon yang datang Ezlynn, Awie, Nadia Mustafar, AC Mizal dan Mamat Khalid selaku pengarah. Diorang ni memang kelakar habislah. Nak-nak bila Awie dan AC Mizal yang dulu pernah berlakon dalam Baik Punya Cilok tu bergabung. Fuh! Nak pecah pentas jadinya. Penonton pula bukan main tak ingat dunia lagi ketawa. Memang nak pecah perut ketawa tengok gelagat diorang nih. Awal Ashaari pun ada jadi pengacara pada malam tu.

Dalam filem ini, anda akan saksikan komedi ringan, bermesej dan masih boleh memberi anda ruang yang luas untuk ketawa. Pada anda yang inginkan keceriaan, apa kata tonton filem ini. Anda boleh ketawa sepuas-puasnya tanpa henti melihat gelagat penduduk Kampung Pisang apabila diserang hantu zombi. Pernah tonton filem Zombi yang lain seperti filem Land of the Dead & Dawn of the Dead? Tapi filem Zombi Kampung Pisang ni lain sikit sebab ada lelucon orang Malaysia. Jarang kita lihat filem zombi spoof di Malaysia, dan saya percaya Abang Mat telah mencipta satu sejarah di mana lahirnya sebuah filem yang lain dari yang lain. Tidak percaya korang boleh ke pawagam…

Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd ini katanya telah menelan belanja dengan bajet RM1.2 juta itu. Satu jumlah yang bukan sedikit. Saya pasti akan ketawa melihat solekan yang dikenakan pada hantu zombi.

Paling kelakar bila tengok lakonan Que Haidar yang pertama kali membawa watak budak Kelantan yang berlagak berani tapi sebenarnya pengecut. Kira OK lah tengok Que bercakap dalam loghat Kelantan. Biasalah, kan Que tu rasa saya ramai kawan dari Kelantan. Tahniah buat Que sebab melakukan satu anjakan perubahan dari gaya yang biasa kita pernah tengok.

Selain chemistry gandingan Awie sebagai Hussin dan AC Mizal memegang watak Mat Karan, saya kira pelakon pembantu yang lain banyak memberi satu suasana meriah untuk filem ini. Karakter penduduk Kampung Pisang yang macam-macam ada, buat anda tidak bosan memaku punggung di kerusi.

Banyak juga lagu-lagu yang dapat mengimbas kembali memori anda terutama lagu dari kumpulan Wings dan Search. Ternyata Abang Mat masih lagi tegar dengan imej rock kapak. Antaranya lagu Itu pun diselitkan juga lawak-lawak spontan oleh Abang Mat. Cayolah bro!

Ezlynn yang memegang watak sebagai cikgu Maimon boleh dikatakan sebagai penyeri dalam filem ini selain dari Nadia Mustafar. Ye lah, kalau takde artis atau penyanyi perempuan macam tak sah pulak. Pada malam yang menampilkan Awal sebagai pengacara itu, Ezlynn memilih lagu Sesalanku, Bersamamu, I Will Survive, Irreplaceable, Hi Hi Bye Bye dan Sweet Child of Mine. Memang power giler suara Ezlynn.

Lagu tema Zombifikasi juga dinyanyikan sebagai penutup pada malam itu. Sensasi Selebriti dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelakon, pengarah dan juga Tayangan Unggul Sdn Bhd.

Kepada pembaca setia, ada sesiapa nak cadangkan untuk kita buat Gathering Reader ToGether Gather sambil menonton filem ini? Boleh beri saranan anda di ruang komen.

Oh ya, makluman terkini… ada berita yang mengembira untuk korang…  Budiey telah pun mendapatkan penaja untuk hadiah bagi Peraduan Jom Menonton SUMOLAH & goodie bags untuk Reader’s ToGether Gather yang kedua pada 19 Mei ini. Tempatnya belum dapat diketahui lagi. Sila cadangkan lokasi yang bersesuaian untuk tayangan SUMOLAH.

Sila tunggu makluman lanjut pasal SUMOLAH Gathering ni nanti ya.

Berikut foto-foto ketika pembikinan filem ini.

 

Pak Uda

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Akademi Fantasia: Jom Main Teka Teki

Biodata Pelakon Popular Fasha Sandha