in

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Projek Endangered Malaysians Maxis

Bulan kemerdekaan ini, sokong pemuliharaan haiwan terancam melalui projek ‘Endangered Malaysians’ Maxis

• Kerjasama dengan PERHILITAN untuk menyokong pemuliharaan haiwan terancam menggunakan teknologi dan fotografi
• Maxis akan mendermakan RM1 kepada PERHILITAN bagi setiap ikrar yang dibuat dengan hashtag #KitaRakyatMalaysia
• Mengajar generasi muda mengenai pemuliharaan haiwan melalui Maxis eKelas

Tiger

Bagi ramai rakyat Malaysia, hidupan liar seperti orang utan, tapir dan harimau (lebih dikenali kepada kami sebagai simbol kebangsaan, Harimau Malaya) adalah sebahagian besar daripada budaya kita, terutamanya dalam cerita-cerita rakyat tempatan. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, haiwan-haiwan ini semakin berkurangan dan hampir pupus. Ini bermaksud pemuliharaan mereka pada masa ini adalah amat penting.

Sempena bulan kemerdekaan ini, Maxis telah bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk meraikan SEMUA rakyat Malaysia dengan menyokong pemuliharaan haiwan terancam di Malaysia melalui projek Endangered Malaysians. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Maxis telah bekerjasama dengan Huawei dan jurugambar terkemuka Malaysia* untuk mengabadikan dan meraikan haiwan ini – sebagai rakyat Malaysia – melalui kuasa teknologi dan fotografi.

Foto-foto tersebut akan dikongsi di laman web dan laman Facebook Maxis sebagai sebahagian daripada ikrar #KamiRakyatMalaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memainkan peranan dalam melindungi haiwan-haiwan terancam ini.

Berikut adalah cara untuk berkongsi ikrar anda:

1. Lawati www.maxis.com.my/KitaRakyatMalaysia
2. Klik pada butang “Make A Pledge” di laman web
3. Tunggu sehingga munculnya pop-up dengan pilihan untuk berkongsi foto dan ikrar pada profil Facebook anda
4. Ikrar tersebut akan disertakan dengan hashtag rasmi, #KitaRakyatMalaysia
5. Untuk setiap ikrar, Maxis akan mendermakan RM1 kepada PERHILITAN ke arah usaha pemuliharaan mereka

Tapir

“Sempena bulan kemerdekaan ini, kami mendefinisikan semula apa yang dimaksudkan sebagai rakyat Malaysia. Oleh kerana haiwan-haiwan terancam ini juga adalah rakyat Malaysia dan harus dilindungi, kami ingin meraikan mereka menggunakan teknologi dan fotografi dengan cara yang bermakna untuk memberi impak,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis.

“Bilangan haiwan-haiwan ini di hutan semakin berkurangan, oleh itu, ia amat penting untuk kita mengambil tindakan sekarang dan menyokong pemuliharaan mereka. Maxis gembira dapat bekerjasama dengan PERHILITAN dan Huawei untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu ini dan melibatkan rakyat Malaysia menerusi projek kami ini,” tambah Tai.

Melalui projek ini, Maxis juga mewujudkan kesedaran tentang pemuliharaan haiwan di kalangan generasi muda. Melalui program eKelas, Maxis menganjurkan bengkel seni untuk pelajar eKelas serta menghasilkan kandungan yang berkaitan untuk portal eKelas. Maxis eKelas adalah program tanggungjawab sosial utama Syarikat yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan komuniti luar bandar. eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.

Maxis merupakan inovator yang konsisten dalam menggunakan teknologi untuk menyokong usaha-usaha yang bermakna. Pada tahun 2016, Maxis bekerjasama dengan EPIC Homes dan peruncit-peruncit atas talian terkemuka dalam projek Kongsi Home, untuk mengubah e-dagang kepada e-amal. Sebagai sebahagian daripada projek tersebut, rakyat Malaysia digalakkan untuk membeli bahagian-bahagian rumah secara atas talian, yang kemudiannya digunakan untuk membina rumah bagi komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik. Pada tahun yang sama, Maxis membantu mangsa banjir untuk terus berhubung melalui penggunaan S.O.S. Power Pot, sebuah alat mudah alih yang menukar tenaga haba kepada elektrik. Ia mengupayakan para pengguna mengecas telefon mereka apabila mendidihkan air dengan hanya menyambungkannya ke kabel USB alat tersebut.

Orangutan

Untuk maklumat lanjut mengenai projek Endangered Malaysians, saksikan video ini atau lawati www.maxis.com.my/KitaRakyatMalaysia. Anda juga boleh menyertai kami untuk acara eksklusif di Ikano Power Centre, dari 24 Ogos hingga 2 September, 10 pagi hingga 10 malam. Maxis akan mengadakan pameran visual mengenai haiwan terancam dan renjer taman dari PERHILITAN juga akan memberikan ceramah kepada para pengunjung.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Amy Search & Loque Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka

Clean & Green Campaign Firefly Airlines