in

Bila Penjahat Jatuh Cinta Dalam Siri Korea WHEN A MAN FALLS IN LOVE

Han Tae-Sang lakonan Song Seung-Heon bekas gangster yang kini sudah berubah menjadi usahawan berjaya. Dia miliki sikap yang tegas dan ianya membantu dalam kehidupan sehariannya. Tanpa diduga dia bertemu dengan gadis bernama Seo Mi-Do (Shin Se-Kyung) yang miliki personaliti hampir sama dengannya. Han Tae-Sang jatuh cinta buat kali pertama dalam hidupnya.

Ikuti momen-momen meanrik ini dalam siri Korea bertajuk “When A Man Falls In Love” yang sedang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang di TV2.

Bila Penjahat Jatuh Cinta Dalam Siri Korea, “When A Man Falls In Love” di TV2

Kisahnya bermula dengan Tae-Sang bekerja untuk lintah darat, Lee Sung-Min. Satu hari dia pergi mengutip hutang di kedai buku kawasan yang kecil dan bertindak mengancam pemilik kedai iaitu Kang Shin-Il. Ketika itu anak perempuan pemilik kedai buku tersebut Mi-Do (Shin Se-Kyung) pergi ke pejabat kebajikan untuk mendapatkan beras percuma. Tindakan seorang wartawan TV di sana cuba menemu bual Mi-Do membuatkan dia malu dan menyembunyikan mukanya dengan beg beras. Kesudahannya Mi-Do bertindak kasar terhadap wartawan itu dan meninggalkan tempat tersebut. Kemudiannya muncul Jae-Hee (Yeon Woo-Jin) memberikan dia beg beras yang ditinggalkan oleh Mi-Do. Apabila Mi-Do kembali ke kedai buku ayahnya, dia mendapati sekumpulan lelaki di kedai. Ayahnya merahsiakan tujuan sekumpulan lelaki itu datang ke kedai mereka.

Keesokan harinya, Tae-Sang mendapat tahu bahawa pemilik kedai buku meninggalkan wasiat terakhirnya dan hilang. Tae-Sang mengarahkan orang-orangnya untuk mencari Kang Shin-Il. Sementara itu, Mi-Do yang menuntut di IPT berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Mi-Do kemudian menerima panggilan telefon daripada ibunya dan mendapat tahu bahawa bapanya telah hilang. Apabila Mi-Do tiba kembali di kedai buku, dia melihat ibunya diganggu oleh sekumpulan lelaki.

Mi-Do cepat mempertahankan ibunya daripada diserang kumpulan lintah darat tersebut. Ketika itu muncul Tae-Sang yang tiba-tiba kembali mengingati situasi yang dialaminya sewaktu dia kecil. Pada masa itu ibunya mempunyai hubungan sulit dan dia terpaksa bekerja dengan lintah darat untuk membayar hutang ah long tersebut. Kehidupan Tae-Sang berubah sepenuhnya daripada kanak-kanak yang pintar dalam pelajaran kini menjadi samseng dan bekerja dengan lintah darat.

Seolah tersedar daripada mimpi, Tae-Sang mengarahkan orang-orangnya menghentikan serangan terhadap Mi-Do. Pengikutnya terpaksa akur dengan arahannya. Mi-Do minta tempoh untuk membayar hutang tersebut. Apabila perkara itu sampai ke pengetahuan lintah darat, dia mengamuk besar dan menganggap Tae-Sang sudah berubah menjadi lembut hati. Dia hilang kepercayaan terhadap Tae-Sang.

Bila tiba waktu dijanjikan, Mi-Do gagal menyediakan wang tersebut. Dia terpaksa menjual diri kepada Tae-Sang untuk melunaskan hutang ayahnya. Tae-Sang menerima tawaran tersebut dan pura-pura bersetuju. Mereka berjumpa di hotel yang dijanjikan dan Tae-Sang memberitahu dia membayar balik prinsip tanpa faedah.

Kemudian, Tae-Sang, teman wanita lintah darat iaitu Sung Joo dan lelaki suruhan Tae-Sang berkumpul mengaturkan majlis sambuta hari jadi untuk ketua mereka. Semasa parti berlangsung, bos mereka memburuk-burukkan ibu Tae-Sang yang membuatkan dia mengamuk dan menarik diri daripada kumpulan tersebut.

Keesokkan harinya, Mi-Do mendapati Tae-Sang membantu kanak-kanak membayar yuran pengajian sekolah. Mi-Do pergi untuk melihat Tae-Sang dan bertanya kepadanya mengapa dia membantu budak tersebut. Tae-Sang memberitahu jika seseorang membantunya pada usia beliau, hidupnya akan berbeza. Sementara itu, bos Ah Long menghantar beberapa lelaki untuk membunuh Tae-Sang. Lalu apakah kesudahannya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blade Runner Sequel Concept Art: See a First Look

Atasi Ketakutan Anda di Sunway Lagoon’s Nights of Fright 5