in ,

Muna Shahirah Lancar Single Berjudul BUKAN MILIKKU

Semenjak membuat persembahan di pentas separuh akhir Juara Lagu menerusi lagu Teguh Setia, nama Muna Shahirah – 27, semakin dikenali dan mendapat tempat di hati peminat industri seni tanahair.

Nama muna di sebut sebut kerana beliau berjaya membuat persembahan yang baik selain dapat menyanyi dengan vokal yang  mantap pada hari tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi beliau kerana lagu tersebut tidak tersenarai masuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. 

TEGUH SETIA merupakan single ke 2 Muna setelah lagu Takdir Cinta. Seterusnya Muna muncul dengan single ke 3 berjudul Suratan luka sebelum beliau berduet bersama Zack Zakwan di dalam single berjudul BAGAIMANA.

Muna Shahirah

“Alhamdulillah lagu duet bagaimana diterima peminat dan saya sendiri suka dengan lagu ini” – kata Muna

PKP telah masuk tahun ke -2. Namun ianya tidak menjadi penghalang untuk muna menghasilkan single terbaru. 

Muna Shahirah

“Sebenarnya saya gementar juga nak release single baru dalam waktu PKP ni, saya bimbang dikatakan tidak prihatin dengan keadaan semasa. Tetapi memandangkan ianya adalah tuntukan kerja, jadi saya terpaksa melunaskan tanggungjawap saya pada syarikat rakaman dan untuk peminat.

Tanggal 2hb Julai 2021 single solo ke 4 Muna akan dilancarkan serentak di seluruh saluran online termasuk di youtube FMC Music bermula jam 8 malam.

BUKAN MILIKKU –  Lagu ciptaan  Ikhwan Fatanna / Wan Saleh dan lirik oleh Ikhwan sendiri merupakan lagu balada cinta ke 5 Muna.

“Bukan Muna tidak mahu tukar genre lagu, tetapi Muna sudah selesa dengan lagu yang berkonsepkan balada di samping ianya cadangan dari syarikat rakaman FMC Music. Lepas ni kalau di beri peluang Muna teringin nak bawakan lagu berkonsepkan pop seperti lagu Nabila Razali permata hati”

Bercakap tentang PKP dan keadaan semasa yang menjejaskan sumber pendapatan banyak pihak bukan sahaja industri hiburan, Muna berpendapat bahawa dalam situasi yang sebegini kita harus bijak mencari peluang lain dan jangan hanya bergantung dalam 1 bidang sahaja. Kerana jika kita terlalu bergantung dalam bidang nyanyian sahaja tentu kita akan rasa sangat tertekan.

“Sejak PKP tawaran show dah takde, program tv dan lain lain juga terbatas, ini sangat menjejaskan pendapatan anak anak seni seperti saya. Namun saya bersyukur kerana sejak PKP 1 lagi saya telah berjinak jinak menceburkan diri dengan – GAME PUBG. Pada mulanya sekadar suka suka main di Hand Phone. Lama kelamaan saya mula belajar sendiri melalui youtube tanpa bimbingan sesiapa. Lepas tu saya mula stream PUBG melalui Facebook menggunakan komputer. Dan tidak disangka sangka jalan saya Allah mudahkan. Dan kini followers saya mencecah hampir 500 ribu di facebook.

Muna Shahirah

 Menurut Muna, PUBG ini bukan sahaja menghasilkan pendapatan pada beliau, malahan telah membuka jaringan pengikut dan peminat baru. 

“Mula-mula tu ada yang tak tahu saya penyanyi, tetapi sewaktu live streaming kami bersembang sambil layan game (PUBG) saya sajalah nyanyi nyanyi, kemudian ada yang tegur eh suara awak sedap.awak ni penyayi ke? Saya pun guna peluang tersebut untuk promote lagu saya di youtube. Dan dari situ bertambahlah kenalan dan peminat saya di Facebook.

Tambah Muna lagi , “Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan berbeza, saya mula nampak bahawa game ini bukan sahaja boleh menjana pendapatan malah ianya membantu saya untuk mempromosikan lagu saya di samping minta followers yang turut serta dalam PUBG tu untuk undi lagu saya. Dan Alhamdulillah mereka sangat baik dan tidak keberatan untuk bantu saya. Dan sekarang saya dah ada peminat yang berumur 7 tahun ye. Dan mereka tidak sabar nak tonton Muzik Video Bukan Mulikku dan dengar lagu baru ni ” kata muna berseloroh.

Muna Shahirah

Muna turut meluahkan rasa sedih apabila melihat sahabat sahabat dalam industri terutama  dalam 1 syarikat rakaman yang berduka dan turut terkesan kerana PKP ini. “actually saya tergerak hati nak bantu, tetapi saya segan nak bertanya kepada mereka kerana bimbang mereka rasa tak selesa. Sama – sama kita berdoa moga Covid cepat berlalu dan PKP berakhir”

“Kepada semua pengikut dan peminat Muna, jangan lupa download single terbaru muna BUKAN MILIKKU dan tonton muzik video lagu ini mulai jam 8 malam hari  jumaat nanti (2 julai 2021)”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azad Jasmin | 20

Azad Jasmin Mengamuk, Pagar Rumah Dilanggar Pemandu Mabuk

Zarina Anjoulie | 21

Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Satu Laporan Polis Yang Telah Dibuat Zarina Anjoulie