in , , ,

Meremang! Muna Shahirah & Zack Zakwan Berduet dalam Lagu BAGAIMANA

Kegagalan lagu TEGUH SETIA ke Anugerah Juara Lagu telah membuatkan penyanyi Muna Shahirah, 26 tahun rasa kecewa kerana sewaktu mempersembahkan lagu ciptaan Ibnu & Gouffran di pentas separuh akhir Juala Lagu, Muna telah memberi sepenuh jiwa dan membuat sehabis baik. Tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Mungkin bagi sesetengah penyanyi gagal melangkah ke Anugerah Juara Lagu adalah perkara biasa, tetapi bagi Muna pula sebaliknya.

Bagi Muna Shahirah yang juga pemegang ijazah Sains – Matematik (USM), pentas akhir Anugerah Juara Lagu merupakan pintu untuk menonjolkan diri serta bakatnya. Berada di pentas besar seperti AJL memang menjadi sasaran utama bagi meletakkan nama beliau satu tahap yang lebih tinggi.

“Bukan tidak cermin diri atau menolak takdir, tetapi bagi saya peluang tidak selalunya datang kali kedua terutama pada pendatang baru seperti saya, memandangkan kini begitu ramai penyanyi baru tumbuh setiap hari.

Sebab itu saya paksa diri saya untuk buat sehabis baik sewaktu separuh akhir, dan bila keputusannya begitu saya rasa amat kecewa,”

– Muna Shahirah

Setelah TEGUH SETIA, Muna muncul dengan dua lagi single solo berjudul SURATAN LUKA (ciptaan Sharon Paul & Gouffran, Lirik – Fedtri Yahya & A.Aida) dan TAKDIR CINTA (ciptaan – Nadi JM, Ibnu & Gouffran, Lirik – Nadi JM ) walaubagaimana pun single kedua dan ketiga beliau tidak menyerlah seperti lagu TEGUH SETIA.

Single terbaru Muna Shahirah duet bersama pendatang baru Zack Zakwan ini akan dilancarkan di saluran Youtube FMC Music jam 8 malam. 

Meremang! Muna Shahirah & Zack Zakwan Berduet dalam Lagu BAGAIMANA
Muna Shahirah & Zack Zakwan Berduet dalam Lagu BAGAIMANA

Single BAGAIMANA Lagu / Lirik Ciptaan Gouffran & Sang Hitam

Namun kali ini Muna tidak berseorangan. Lagu Duet berentak balada ini dinyanyikan bersama seorang lagi penyanyi lelaki FMC music yang mempunyai karakter vocal yang mantap. 

“Lagu ini benar benar mengembalikan semangat saya untuk kembali berdiri, pertama kali dengar melodi dan baca lirik lagu ini membuatkan bulu roma saya meremang, seolah-olah ada roh di dalam lagu ini yang memberi saya seribu kekuatan dan keyakinan,”

– Muna Shahirah
Meremang! Muna Shahirah & Zack Zakwan Berduet dalam Lagu BAGAIMANA
Muna Shahirah & Zack Zakwan Berduet dalam Lagu BAGAIMANA

ZACK ZAKWAN atau nama sebenar Muhamad Shahrul b Mohd Zakuan – 25 tahun sebelum ini pernah muncul dengan single pertama beliau berjudul – KENANGAN ciptaan Haqiem Rusli & Sir Khan. Zack anak ke-4 dari 6 orang adik beradik merupakan anak jati Negeri Johor. Beliau Lahir dan dibesarkan di Tampoi Johor. 

“Peminat kami boleh menonton muzik video official lagu BAGAIMANA ini di channel youtube FMC Music mulai jumaat ini (Esok) jam 8 malam.

Semoga kalian suka mendengar dan menonton muzik video buah tangan dari kami berdua untuk anda semua,”

– Muna Shahirah & Zack Zakwan

Bakat beliau yang dicungkil dari aplikasi SMULE merupakan seorang yang pendiam dan pemalu.

Berbekalkan vokal yang baik gandingan Muna Shahirah dan Zack Zakwan serta melodi yang kuat, FMC Music yakin lagu duet BAGAIMANA ini akan menjadi lagu yang HIT.

Pihak FMC Music mengalu alukan pihak produksi drama atau filem untuk menggunakan lagu BAGAIMANA ini sebagai runut bunyi. Kerana melodi serta feel lagu ini sangat bersesuaian dengan drama yang konsepkan kisah romantis

Muna Shahirah dan Zack Zakwan berharap single duet pertama mereka ini diterima peminat serta penggemar lagu lagu romantis khususnya.

Meremang! Muna Shahirah & Zack Zakwan Berduet dalam Lagu BAGAIMANA
Muna Shahirah & Zack Zakwan Berduet dalam Lagu BAGAIMANA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Filem Mael Totey The Movie Berjaya Pecah Rekod Astro First

Drama Bersiri HATI YANG TERSAKITI & LELAKI LINGKUNGAN CINTA Ditayangkan di Viu