in , ,

Ustaz Ebit Lew Didakwa Hilang Waktu Misi Bantuan, Caprice Sahkan UEL Selamat

Semenjak 25 Mei lalu, pendakwah Ustaz Ebit Lee telah bertolak ke Palestin bagi misi bantuan kemanusiaan. Sama-sama kita doakan semoga beliau selamat dan urusan dipermudahkan.

Tetapi kini, lama sudah kita tidak dengarkan perkembangan tengang misi berkenaan serta status beliau sendiri, maklumlah Palestin merupakan salah satu negara yang sedang bergolak dan sudah semestinya ramai yang bimbang dengan keselamatan dirinya.

Ada yang mengatakan kononnya Ustaz Ebit sedang dalam keadaan bah4ya serta dicul1k oleh pih4k l4wan dan banyak lagi.

Ustaz Ebit Lew Didakwa Hilang Waktu Misi Bantuan, Caprice Sahkan UEL Selamat

Namun nampaknya kita boleh tarik nafas lega apabila Caprice sendiri mengesahkan bahawa Ustaz Ebit kini dalam keadaan baik-baik sahaja.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagram miliknya, beliau ada kongsikan perbualannya bersama dengan Ustaz Ebit bagi bertanyakan perkembangan dirinya.

Syukur Alhamdulillah Ustaz Ebit kini baik-baik sahaja namun dalam masa yang sama beliau turut memohon doa daripada semua.

Dengan berita tersebut, ramai dapat menarik nafas lega kerana bimbang sudah lama Ustaz Ebit tidak kongsikan perkembangan baharu beliau di sana.

Ustaz Ebit Lew Didakwa Hilang Waktu Misi Bantuan, Caprice Sahkan UEL Selamat
Ustaz Ebit Lew Didakwa Hilang Waktu Misi Bantuan, Caprice Sahkan UEL Selamat

Apa pun, sama-sama kita doakan supaya urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dan semoga beliau dilindungi oleh Allah S.W.T

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Burning Questions from Lupin: Part 1 That We Hope Will Be Answered Tomorrow

Warga Emas Berusia 120 Tahun Di Kelantan Terima Vaksin COVID-19