in , ,

Caprice Cabar Ebit Lew Hantar Segera Surat Saman Terhadap Mondy Tattoo

Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini adalah kontroversi yang melibatkan wanita Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tattoo dan pendakwah bebas Ebit Lew, dan nampaknya ia masih belum selesai.

Namun, penyanyi rap Caprice kelihatan tidak gentar dan mengeluarkan cabaran untuk meminta pendakwah berusia 38 tahun tersebut segera menghantar surat saman. Caprice menyampaikan cabarannya melalui hantaran terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahagian kedua dan ketiga video pendedahan dari pihak Mondy akan disiarkan pada hari Jumaat ini dalam podcast yang sama.

Menerusi sedutan video akan datang, Mondy mendedahkan bahawa dia tidak pernah belajar mengaji al-Quran dan solat daripada isteri Ebit seperti yang dikatakan sebelum ini.

Tambah Mondy, pendedahan yang dibuat bukan satu fitnah atau cerita rekaan malah berharap agar segalanya akan terbukti jika tiba masanya.

“Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,”

– Mondy

Difahamkan, isu tersebut timbul semula selepas Mondy mendakwa seorang individu berperwatakan alim telah melakukan cubaan gangguan seksual terhadap dirinya dalam satu program podcast bersama Caprice.

Namun begitu, Ebit telah tampil membuat laporan polis malam tadi berhubung fitnah melampau dan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jelajah Piala Malaysia Sebarkan Kegembiraan ke Seluruh Negara 

Sleeping Lion Suites Dibuka Secara Rasmi, ‘Bangkit’ di Tengah Bukit Bintang