in , ,

Ibu Mondy Dedah Ustaz Derry Sulaiman Takut-Takutkan Keluarga

Sehingga ke hari ini, isu di antara Mondy dan Ebit Lew menjadi perhatian orang ramai, lagi-lagi penyanyi rap, Caprice sering berkongsi perkembangan mengenai kes terbabit.

Terbaru, di laman Instagram Caprice, dia ada berkongsikan perbualannya bersama ibu wanita Indonesia itu untuk mendapatkan kenyataan dari pihaknya.

Dapat didengar, ibu Mondy memberitahu Ustaz Derry Sulaiman sengaja menakut-nakutkan dia serta bapa tiri Mondy dengan berkata anak mereka menjadi buruan ramai ketika ini.

Ustaz Derry bilang Mondy kini jadi buruan, bagaimana perasaan seorang ibu kan? Pastinya sangat terkejut dan takut.

Lagi membuatkan isu ini berat, Cap memberitahu ibu Mondy bahawa nombor yang digunakan Mondy berbeza dengan apa yang telah di screenshot oleh Ustaz Derry.

Sedar mengenai perkara itu, ibu Mondy berkata barangkali ia dilakukan untuk menjadikan Mondy sebagai mangsa keadaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temui & Raikan Tempatan Dengan Tiktok #ForYouMalaysia Campaign

Tempahan iPhone 15 Hari Ini Tapi Makan Bulan Jugak Baru Sampai