in , ,

Caprice Teruja Umum Isteri Hamil Lima Bulan Selepas Asyik Tertangguh

Penyanyi rap sensasi, Caprice teruja umum isteri, Farra Inalis hamil lima bulan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli teruja umum isteri, Farra Inalis hamil lima bulan selepas impiannya untuk menimang cahaya mata tertangguh atas sebab-sebab tertentu.

Caprice meluahkan rasa syukur ketika mengumumkan berita kehamilan isterinya ketika ditemui media hari ini.

“Alhamdulillah, ini adalah pengumuman kali pertama yang bakal dibuat hari ini yang mana isteri saya disahkan hamil lima bulan,”

– Caprice
Caprice Teruja Umum Isteri Hamil Lima Bulan Selepas Asyik Tertangguh

Caprice teruja, pernah tangguh impian akibat tekanan bisnes & media sosial

Jelas Caprice, dirinya bukanlah tidak mencuba untuk memiliki zuriat selepas mendirikan rumah tangga pada 2021. Namun, dia harus menangguhkan impian tersebut atas tekanan yang dihadapinya.

Pun begitu, Caprice tetap bersyukur dan teruja ketika mengumumkan isterinya sedang hamil anak sulung mereka berdua.

“Selepas saya kahwin ramai tanya kenapa saya tidak cuba untuk mendapatkan zuriat. Bukan saya tidak cuba tapi selepas berkahwin macam-macam perkara yang berlaku dari segi tekanan bisnes dan media sosial.
“Jadi saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi Alhamdulillah saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,”

– Caprice

Caprice berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Thor-X di JW Marriot, di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Caprice mengatakan pengumuman yang dibuatnya itu bukanlah satu rekaan memandangkan dia memperkenalkan produk suplemen lelaki yang turut diamalnya sendiri.

“Ini bukan rekaan. Bagaimana seseorang itu hamil dan kemudian keluarkan produk. Ini adalah kuasa Tuhan dan rezeki kami.
“Apapun saya terima kasih kepada Thor-X kerana memperkenalkan produk yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan halal,”

– Caprice

Sekadar info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal anak satu, Farra Inalis  pada 15 November 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Bakat Tarian Terhebat di Battleground Malaysia: Road To Gold 

KHAI BAHAR

Khai Bahar Menyuntik Semangat Anak Muda Menerusi Lagu ‘Lat Tali Lat’