in ,

Dua Hari Diam, Terkini Ustaz Ebit Muat Naik Bantu Keluarga Susah di Kedah

Kita dapati selama dua hari Ustaz Ebit Lew senyap di media sosial selepas pulang dari Bukit Aman. Hari ini beliau telah muatnaik satu lagi keluarga susah di Facebook,

Ujian yang menimpa Ustaz Ebit Lew dilihat cukup berat sekali. Niatnya hanya ingin membantu orang yang susah, namun sebaliknya apa yang beliau terima adalah kecaman daripada setengah pihak. Apa yang lebih menyedihkan apabila kata-kata kecaman itu datangnya dari kalangan pendakwah yang bergelar ustaz juga.

Pada 22 April lalu, Ustaz Ebit Lew telah mengumumkan untuk berhenti membantu orang susah ketika musim PKP dan memohon jangan ‘tag’ nama beliau di Facebook untuk mengadu. Tetapi beliau beritahu akan bantu tetapi tidak secara langsung dan hanya dari segi kewangan sahaja.

2 Hari Senyap Dari Media Sosial

Selama itulah Ustaz Ebit Lew tidak memaparkan apa apa di akaun media sosialnya samada di Facebook atau Instagram. Hari ini beliau telah memuat-naik satu posting dimana beliau membantu sebuah keluarga yang berada di Baling, Kedah.

Kenyataan Penuh Ustaz Ebit Lew Di Facebook

Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tula mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua.

Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.

Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khabar Angin Kim Jong Un Sudah Mati, Adik Ganti Pimpin Korea Utara?

Rahsiakan Nikah Semula dengan Aliff Aziz, Ini Penjelasan Bella Astillah