in ,

Khabar Angin Kim Jong Un Sudah Mati, Adik Ganti Pimpin Korea Utara?

Semenjak kebelakangan ini, di media sosial mulai heboh dan hangat diperbincang hampir seluruh penduduk dunia mengenai kehilangan misteri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Kehilangan misteri ini sekaligus telah mencetuskan spekulasi ramai bahawa Kim Jong Un telah mati. Misteri kehilangannya telah timbul setelah beliau dilihat tidak hadir pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu yang menimbulkan tanda tanya mengenai tahap kesihatannya. 

Tetapi, empat hari sebelumnya beliau dilihat telah menghadiri sebuah mesyuarat dan kali terakhir membuat penampilan di media rasmi Korea Utara pada 11 April.

Namun, kematiannya masih lagi disahkan oleh mana-mana wakil Korea Utara tetapi Wakil Pengarah TV Satelit Hong King telah mendakwa dan mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara telah mati akibat kritikal susulan pembedahan.

Kim Jong Un Sudah Mati

Manakala bagi pakar Semenanjung Korea dan ketua dewan The World and Northeast Asia Peace Forum, Jang Sung Min mendedahkan bahawa dia yakin bahawa berita kematian pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un adalah benar.

“Keadaan kesihatan Kim Jong Un sangat serius, dan pagi ini, pentadbiran Korea Utara sampai pada kesimpulan bahawa mustahil baginya untuk pulih,” kata Jang Sung Min seperti dipetik di International Business Singapore.

Ketika diminta untuk mengesahkan adakah pemimpin Korea Utara telah meninggal dunia atau tidak, dia dilaporkan mengelak untuk memberi jawapan dan berkata:

“Itu sahaja yang anda perlu tahu buat masa ini.”

“Kita harus memahami risiko mengenai berita kematiannya dan mempersiapkan tindakan balas untuk mencapai senario mendatang,”

“Sehingga Kim Jong Un belum muncul kembali sebagai eksekutif untuk urusan Korea Utara, kita harus menganggap dia telah meninggal dunia dan mengambil langkah diplomatik yang diperlukan,”

– Jang Sung Min

Beberapa hari yang lalu, CNN melaporkan bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan kardiovaskular dan pihak pentadbiran telah mengambil maklum situasi ini dengan teliti.

Kim Jong Un Sudah Mati

Dalam ura-ura berkenaan, adik perempuan kepada Kim Jong Un iaitu Kim Yo Jong dikhabarkan bakal menjadi pengganti dan pelapis kepimpinan Korea Utara. Desas desus ini juga turut terus menerus bermain dan menjadi teka teki dalam media sosial penduduk dunia.

Butiran tentang keadaan kesihatan  Kim Jong Un masih lagi kabur memandangkan Korea Utara merahsiakan berita di dalam negara itu. Ada yang turut menyebut bahawa kesihatan Kim Jong Un terjejas kerana kuat merokok, obesiti dan terlalu kuat bekerja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nak Stock-Up Barang Keperluan, Sebelum Keluar Rumah Hadam Dulu Tips Ni!

Dua Hari Diam, Terkini Ustaz Ebit Muat Naik Bantu Keluarga Susah di Kedah