in , ,

Rahsiakan Nikah Semula dengan Aliff Aziz, Ini Penjelasan Bella Astillah

Selepas ‘Kantoi’ Bella Kahwin Balik Dengan Aliff Aziz Siap Mengandung. Bella Tampil Beri Penjelasan Kenapa Dia Rahsiakan

Sebelum ini, penyanyi Bella Astillah hanya memberi bayangan bahawa dia sudah merujuk kembali bersama bekas suaminya Aliff Aziz. Namun kini, dia telah mendedahkan bahawa dia telah merujuk kembali bersama Aliff Aziz semasa tempoh iddah. Lebih mengejutkan lagi, dia kini hamil anak kedua! Wow! Thats great!

Rujuk Dalam Tempoh Iddah

Menerusi Instagram miliknya, dia menjawab persoalan peminat berhubung hubungan dia bersama Aliff Aziz. Menurut Bella, dia tidak perlu bernikah semula bersama suaminya kerana telah rujuk sebelum tamat tempoh iddah.

Rahsiakan Nikah Semula dengan Aliff Aziz, Ini Penjelasan Bella Astillah

Sejak Dari Ogos 2019 Bella Cuba Elak?

Menurut Bella, sejak dari Ogos 2019 beliau sudah ditanya tetapi Bella mengelak dari menjawab. Perkara ini dimuatnaik ke dalam Insta Story Bella sendiri.

Bella tidak mahu hebahkan kerana beliau rasakan tidak penting dan kerana semua sedang dalam krisis Covid-19. Bella harapkan netizen faham permintaan Bella,”

– Bella Astillah
Rahsiakan Nikah Semula dengan Aliff Aziz, Ini Penjelasan Bella Astillah

Sementara itu, menjawab komen netizen tentang perangai Aliff Aziz yang sering menimbulkan pelbagai masalah, Bella berkata, dia hanya bertawakal kepada Allah. Bella percaya dengan kuasa Tuhan, kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan. Bella juga percaya yang kenangan pahit yang dilalui sebelum ini pastinya akan dijadikan pengacaran untuknya dan Aliff Aziz. Bella turut mengucapkan terima kasih buat semua yang sudi mendoakan kebahagiaannya. 

“Itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu, saya jalani, tawakal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan”

“Kenangan pahit akan jadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa,”

– Bella Astillah
Rahsiakan Nikah Semula dengan Aliff Aziz, Ini Penjelasan Bella Astillah

Tak Serik Ke?

Terdapat peminat yang bertanya mengenai jika suaminya membuat masalah seperti dahulu, adakah dia tidak serik dengan perkara yang berlaku? Bella menjawabnya dengan tenang dan mengatakan dia hanya tawakal serta hanya mampu merancang sebaik mungkin. Segalanya akan ditentukan Allah S.W.T.

Tahniah Bella, Bella Bakal Dapat Anak Kedua. Jaga Kesihatan!

Rata-rata peminat gembira dengan berita kehamilannya dan mendoakan agar dia sentiasa sihat di sampang suami.

Rahsiakan Nikah Semula dengan Aliff Aziz, Ini Penjelasan Bella Astillah
Rahsiakan Nikah Semula dengan Aliff Aziz, Ini Penjelasan Bella Astillah
Rahsiakan Nikah Semula dengan Aliff Aziz, Ini Penjelasan Bella Astillah

Untuk makluman, tempoh edah perlu dijalani seseorang wanita iaitu sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan selepas bercerai.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Hari Diam, Terkini Ustaz Ebit Muat Naik Bantu Keluarga Susah di Kedah

COVID-19: Google Rancang Beku Pengambilan Pekerja