in ,

TV1 Siar Drama Komedi TETANGGA Dalam Panggung Ahad

Slot Panggung Ahad di TV1 menjanjikan drama-drama terbaik pelbagai genre bersesuaian dengan citarasa seisi keluarga. Sama ada mengangkat kisah sedih atau pun drama komedi mencuit hati, drama disiarkan turut diselitkan dengan pengajaran berguna untuk semua golongan.

Terbaharu pada 1 November ini, pukul 10.30 pagi, RTM menyiarkan drama komedi bertajuk “Tetangga” yang dibintangi pelakon Kazar Saisi, Khatijah Tan, Talha Harith, Nazeera Sardi, Ilya Buang dan Razak Ahmad.

Tetangga

Kongsikan bersama kisah berlaku di sebuah pekan, Kassim Komando dari kampung mahu ke rumah anaknya kerana rumahnya di kampung di landa banjir. Ketika di pekan, dia bergaduh dengan Kak Mon akibat perselisihan faham berebut naik teksi. Akhirnya Kassim Komando tiba di rumah anak dan menantunya iaitu Fariz dan Hani.

Kassim Komando terkejut, jiran depan rumahnya adalah Kak Mon. Kak Mon mempunyai seorang cucu iaitu Haikal. Sementara menunggu rumah yang musnah akibat banjir diperbaiki, Kassim Komando akan tinggal di rumah anak dan menantunya selama sebulan.

Sejak itu, bermulalah hidup berjiran antara Kak Mon dan Kassim Komando. Dalam hidup berjiran di sebuah apartment, mereka berdua sering bertekak soal-soal kecil. Contohnya, berebut naik lif, berebut naik tangga, berebut beli sayur di pasar, berebut naik teksi dan lain-lain. Mereka akan berperang dan berparang tetapi dalam telatah komedi.

Sudah berapa kali Haikal menasihati neneknya namun Kak Mon enggan dengar. Begitu juga Fariz dan Hani, mereka naik malu dengan perangai ayah mereka yang macam budak-budak asyik bergaduh dengan Kak Mon.

Sementara itu, Abang Halim Ikan meniaga ikan, menjaja ke blok-blok rumah di apartment. Abang Halim Ikan menaruh cinta kepada Kak Mon. Kak Mon juga seronok melayan. Namun, Haikal tidak suka dengan Halim Ikan kerana bau badan Halim Ikan yg sentiasa bau ikan.

Fariz dan Hani mahukan Kak Mon dan ayahnya berbaik sebagai jiran. Mereka cuba mengajak makan malam bersama-sama namun mereka berdua masih juga dingin. Suatu hari, Abang Halim Ikan hilang di kawasan perniagaan itu menyebabkan Kak Mon terasa sunyi. Sejak itu Kak Mon tidak berhubung dengan Abang Halim Ikan. Kehilangan Abang Halim menjadi tanda tanya.

Suatu petang Kak Mon terjatuh di depan rumahnya kerana terpijak kulit pisang. Kak Mon menuduh Kassim Komando yang sengaja menganiayanya. Kassim Komando menafikan. Perang dingin itu ditenangkan oleh Hj. Samad selaku ketua blok apartment dan penasihat rukun tetangga kejiranan tanpa gaji. Hj. Samad menasihati mereka berdua mencontohi cara Rasulullah S.A.W hidup berjiran dan bermuafakat.

Suatu hari, Kassim Komando terlihat Haikal sendirian balik sekolah. Dia menumpangkan naik motosikal. Kak Mon risau cucunya hilang. Kak Mon melenting dapat tahu Haikal ikut kepada Kassim Komando. Kak Mon nak buat laporan polis kerana Kassim Komando menculik.

Sekali lagi Fariz dan Hani risau dengan telatah Kak Mon dan ayah mereka yang berperang. Terpaksalah Hj. Samad campur tangan lagi untuk menyelesaikan perselisihan faham itu. Sejak itu pelbagai hal remeh-temeh mereka bergaduh. Kak Mon dan Kassim Komando tidak boleh bersua muka. Jika bersua, pasti bertekak. Kassim Komando tidak sabar mahu balik kampung namun rumahnya belum siap lagi diperbaiki akibat banjir.

Suatu hari di kawasan perumahan, terdapat agen melabur emas dan menawarkan hadiah lumayan. Ejen itu berjaya menghasut Kassim Komando dan Kak Mon untuk ikut serta kononnya bayar RM3,000 untuk 1 lot pelaburan. Mereka berdua terpedaya dan masuk ke skim penipuan itu. Sedangkan Hj. Samad sudah sedia maklum mahu mengajak Kak Mon dan Kassim Komando menderma untuk majlis menyambut Maulidu Rasul bersama anak-anak yatim. Ramai orang menderma dan mahu meraikan anak-anak yatim. Tetapi, Kak Mon dan Kassim Komando beri alasan wangnya tiada. Sedangkan wangnya telah dihabiskan masuk skim pelaburan emas.

Pejabat pelaburan itu telah di tutup dan mereka di tipu dengan skim itu. Mereka berdua sama-sama menyesal. Tiba-tiba pula muncul Abang Halim Ikan. Kak Mon dalam dilema sama ada mahu memilih Abang Halim Ikan atau pun Kassim Komando. Kassim Komando rela melepaskan Kak Mon. Namun, siapakah pilihan Kak Mon?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Tetangga

Tetangga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Himpunan Kisah-Kisah Mistik Dalam KIFARAH MISTIK

Izzue Islam Jadi Lelaki Lembut Dalam Telemovie YA HABIBI