in , , , , ,

Tonton Drama Seram Online JELMA di Portal GUA

Selepas sebuah pengenalan penuh kejayaan pada bulan Mac 2008, drama seram on-line pertama Malaysia, Jelma, ‘kembali menjelma’ dalam bentuk Jelma 2, lewat sebuah lagi musim sambungan yang dipenuhi unsur seram dan pastinya bakal mengejutkan para penonton.      

Sambungan drama seram tersebut telah dilancarkan di Bar Sa Vanh Too, Plaza Mont Kiara sambil disaksikan oleh warga media dalam sebuah upacara yang tidak kurang menariknya.    

“Semenjak pelancaran musim pertama Jelma tahun lalu, kami telah menerima pelbagai pertanyaan dan permintaan berkenaan sambungan siri drama ini. Permintaan yang semakin meningkat itu telah membantu kami dalam membuat keputusan untuk menerbitkan kesinambungan yang mengagumkan ini. Tambahan pula, skrip musim ini juga tidak kurang hebatnya. Ini juga salah satu sebab mengapa kami rasa waktunya telah tiba untuk melancarkan Jelma 2 kerana kami tidak mahu sekadar melepaskan batuk di tangga“, jelas M. Zulkifli Abdul Jalil, Pengurus Besar Pengisian, Jenama dan Pemasaran Alt Media.    

Drama seram ini mengisahkan manifestasi kejahatan iblis yang didatangkan dalam bentuk seorang kanak-kanak lelaki. Kejahatan ini diwujudkan semenjak kanak-kanak itu berada di dalam perut lagi dan dia akan memastikan kewujudannya berpanjangan serta berterusan hinggalah cita-cita untuk menjadi berkuasa tercapai. Sesiapa sahaja yang menghalang perjalanannya akan menemui maut walaupun ahli keluarganya sendiri.

Musim kedua bermula selepas Rosli berjaya menghapuskan Wak Jang tempoh hari. Kemudian Rosli menghantar Mak Tom pulang ke kampung. Bagaimanapun dia tidak menyedari bahawa anaknya sendiri, iaitu Reza berdendam dengannya. Reza telah memuja semula Wak Jang dan juga jelmaan yang merupakan ibu bapanya untuk membalas dendam terhadap Rosli yang didakwa engkar dengan perjanjiannya sendiri dengan iblis.

hantu iblis

Seperti musim pertama Jelma, Jelma 2 juga mengetengahkan barisan pelakon-pelakon hebat Malaysia yang terdiri daripada Fauziah Nawi, Norman Hakim, Azri Iskandar dan Nadia Mustaffa. Turut mendukung watak asalnya semula sebagai budak lelaki yang dirasuk adalah bintang muda penuh bakat, Naim Daniel. Drama ini juga memperkenalkan beberapa pendatang baru ke dalam dunia seni lakon dengan penyertaan yang sangat meyakinkan oleh Diddy AF, Ahmad Phazillah serta Amanda Misbun, adik kepada pelakon popular, Haliza Misbun.

Naim Daniel

Siri ini juga masih mengekalkan pengarah dan penulis yang sama seperti musim sebelumnya di mana Murali Abdullah berperanan sebagai sutradara serta Sofia Rhyland kekal sebagai penulis cerita. 

Episod pertama drama ini akan disiarkan secara maya bermula pada 6 Julai secara eksklusif di www.gua.com.my dengan episod baru setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Bersesuaian dengan format drama maya GUA, setiap episod dipersembahkan selama lima minit dan akan disiarkan sebanyak 20 episod.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Camana La artis norman hakim ni,,
    betul ke x
    tah2 betul
    tapi makamah cakap x….
    biasa la, pernah gak makamah buat x betul
    da beberapa tahun baru dapat kebenaran

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Diana Danielle dan Andra & The Backbones Rakam Lagu Tak Ada Bisa

Hubungan Michael Jackson Dan Pengasuh Macam Pasangan Sudah Berkahwin