in

Hubungan Michael Jackson Dan Pengasuh Macam Pasangan Sudah Berkahwin

LAGENDA pop Michael Jackson menjalinkan hubungan sulit bersama pengasuh anak-anaknya sebelum kematiannya, kata jurugambar peribadi penyanyi itu.

Michael Jackson Memorial Photos

Percintaan antara Jackson, yang disyaki meninggal akibat serangan jantung pada 25 Jun lepas bersama Grace Rwaramba wanita kelahiran Uganda ini telah menjadi buah mulut antara kakitangan yang bekerja di bawah penyanyi ini.

Tiga orang anaknya iaitu Prince Michael, 12, Paris Katherine, 11 dan Price Michael II juga melihat Grace sebagai ibu mereka.

“Grace cintakan Michael dan Michael juga cintakan Grace. Anak-anaknya juga memanggil dia (Grace) dengan panggilan ‘ibu’,” kata Ian Barkley yang merupakan jurugambar peribadi Michael, kepada satu sumber.

Minggu lepas, bekas ketua keselamatan Jackson, Matt Fiddes mengakui bahawa bekas majikannya itu memang mempunyai kekasih secara senyap, tetapi enggan untuk mendedahkan identiti wanita berkenaan kerana wanita tersebut bukan dari kalangan selebriti mahupun terkenal.

Bagaimanapun, seorang pengawal peribadi Jackson yang enggan identitinya didedahkan berkata: “Matt merujuk kepada Grace. Hubungan mereka lebih kepada pasangan yang sudah berkahwin berbanding hubungan antara pekerja dan majikan.” [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Drama Seram Online JELMA di Portal GUA

Penyakit Kulit Hanya Alasan Untuk Michel Jackson Berkulit Putih