in

Gambar Diana Danielle dan Andra & The Backbones Rakam Lagu Tak Ada Bisa

Selesai menyertai kursus PLKN, pelakon yang mahu terjun dalam bidang nyanyian, Diana Danielle kembali aktif. Macam-macam kerja dia mau buat, termasuklah kena rakam sebuah lagu single bersama dengan band Indonesia yang terkenal di Indonesia iaitu Andra & The Backbones. Selepas menyertai syarikat rakaman, Metadome, Diana Danielle berpeluang menyanyi secara duet lagu TAK ADA BISA yang dibawakan secara remix. Rakaman bermula jam 8 malam hingga 3 pagi di Legend Studio, Pantai Indah, Jakarta yang dimiliki vokalis Dewa, Ahmad Dhani.

Mengikut kontrak, Diana Danielle akan merakam tiga single dab bercadang mahu hasilkan album sendiri suatu hari nanti. Namun, untuk single kedua nanti, Diana mahu bekerjasama dengan artis tempatan.

Sebelum ini, Danielle pernah merakam suara dengan Imran Ajmain menerusi lagu Radio yang turut menampilkan penyanyi bersama iaitu juara Raja Lawak musim kedua, Nabil dan kumpulan Infinatez.

Budiey ada dengar, masa Pesta Malam Indonesia 3 yang berlangsung di Bukit Jalil hari tu, Diana Danielle sepatutnya menyanyi lagu duet ini bersama Andra & The Backbones tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir.

Dah dengar lagu duet TAK ADA BISA?

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Wasilah Cinta Qayyim Lakonan Zed Zaidi

Tonton Drama Seram Online JELMA di Portal GUA