in , ,

Kekasih Azri Beri Ucapan Romantis Sempena Hari Jadi

Belum pun habis tempoh edah, pelakon Azri Iskandar dilihat sudah pun menemui pengganti yang bakal menjadi suri hidupnya.

Wanita yang bakal menggantikan tempat Ellie Suriaty sebagai suri hidupnya itu adalah seorang komposer, penulis skrip dan novelis bernama, Azra Diera Abdul Hamid.

Tidak dapat dipastikan sejak bila mereka menjalinkan hubungan cinta, namun kemesraan di antara Azri dengan Azra nampaknya sudah lama terjalin.

Dalam akaun facebook Azra Diera, wanita yang terlibat sama di dalam industri kreatif hiburan ini telah memuat naik sebuah posting istimewa buat Azri sempena hari ulang tahunnya yang ke-54 pada 5 Jun lalu.


Azra Diera telah memberikan ucapan: Kamulah cinta hati saya, hidup saya, dan segalanya. Tanpamu aku rasa kehilangan. Selamat Hari Jadi Sayang,” katanya.

Bersama ucapan itu tertera gambar kek dan sebuah kotak hadiah buat Azri dengan reben besar berwarna merah jambu.


Di dalam posting itu, Azri membalas: Terima kasih baby. Ara (panggilan untuk Azra) segalanya bagi abang. Terima kasih Ara.

Azra kemudian membalas: Sama-sama abang. Happy Birthday. Love you. Love you. Terima kasih untuk abang juga yang sayangkan diri ini.

Dalam pada itu, sebuah portal pula melaporkan bahawa Azri telah mengesahkan bahawa dirinya bakal mengahwini wanita tersebut dalam waktu terdekat ini.

Bakal isteri Azri ada PHD dalam jurusan muzik

Terdahulu, pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumh tngga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.

Azri berkata, dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang Azra Diera sebelum 23 Jun ini.

” Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu.

” Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, Azra, atau mesra disapa Ara belum pernah berkahwin sebelum ini.

Azri sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, penulis skrip dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar. Namun, pasangan itu sah bercrai pada 17 Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup selama 19 tahun, Azri dan Ellie dikurniakan dua anak, iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Terdahulu, Ellie memberitahu Malaysiakini bahawa dia yang membuat permohonan percraian pada 22 April lalu.

Menurut Azri yang juga pelakon Pontiianak Harum SundaI Malam itu, majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana dia terpaksa memenuhi jadual kerja yang padat ketika ini.

” Sekarang saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.

” Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti,” tuturnya.

‘Saya Kenal Dia Sangat’ – Rupanya Ellie Suriaty Dh Agak Benda Ni Akan Jadi, Sebab Tu Dia Tak Terkejut Pun

” Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini..”

Itu luahan pengarah, pelakon dan jurulatih lakon, Ellie Suriaty yang mengatakan dia tidak terkjut apabila bekas suaminya, Azri Iskandar bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Azra Diera Abdul Hamid.

Apatah lagi tempoh proses edah mereka masih belum habis selepas masing-masing bersetuju untuk bercrai dan membawa haluan masing-masing pada 17 Mei lalu.

” Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini.

” Sebab saya dah rasa dia ada hbungan dengan wanita lain.

” Dan, waktu saya failkan crai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.

” Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumh tngga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya kepada Getaran.

Menurut Ellie lain, dia tidak mahu ambil kisah tentang siapa pun yang bakal dikahwininya.

” Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini,” katanya lagi.

” Sebelum bercrai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan burvknya.

” Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya.

” Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua.

” Saya tak nafikan ada ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” katanya lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Empayar Suria FM Kekal Teguh, Ini Pencapaian Terkini Segmen & Program

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong