in , , ,

Tidak Jemu Ditonton, Filem KUCH KUCH HOTA HAI Kini Ditayangkan di Awesome TV

Awesome Tv mengimbau kenangan dengan menyiarkan Kuch Kuch Hota Hai sempena tahun baru 2021. Kuch Kuch Hota Hai yang bermaksud “Sesuatu Sedang Berlaku” ialah sebuah filem komedi asmara berbahasa Hindi yang dikeluarkan di India dan United Kingdom pada 16 Oktober 1998.

Walaupun filem ini berusia 23 tahun namun ia mempunyai peminatnya tersendiri yang tidak pernah jemu untuk menontonya berulang kali. Filem ini dibintangi oleh pasangan layar perak yang popular Shah Rukh Khan dan KajolRani Mukerji pula muncul sebagai pelakon pembantu filem ini dan diiringi penampilan khas Salman Khan

Kuch Kuch Hota Hai adalah filem tentang cinta segitiga antara Rahul Khana (Shahrukh Khan), Anjali Sharma (Kajol) dan Tina Malhotra (Rani Mukherjee). Persahabatan Anjali dan Rahul adalah sangat baik sehingga muncul mahasiswi daripada University Oxford yang bernama Tina Malhotra. 

filem Kuch-Kuch-Hota-Hai

Penampilan Tina yang menarik dan feminim sangat berbeza dengan perwatakan Anjali yang mempunyai watak yang sangat kasar.  Kemunculan Tinatelah membuatkan persahabatan Anjali dan Rahul tidak lagi seperti dulu. Dan akhirnya Anjali telah pergi membawa diri untuk menyembunyikan  perasannya terhadap Rahul

Perkahwinan Rahul dan Tina telah melahirkan seorang anak yang bernama Anjali (nama sempena Anjali). Anjaliyang berumur 8 tahun telah membaca satu surat supaya menyatukan kembali Anjali (Kajol) dan Rahul iaitu bapanya. Pelbagai rintangan untuk menemukan mereka yang sudah lama terpisah namun kenangan yang mereka lalui bersama dahulu membuatkan masih mereka masih lagi mengingati antara satu sama lain.

Nantikan filem Kuch Kuch Hota Hai pada 3 January 2021 jam 9.30 malam melalui saluran 112, MyTV. Penonton boleh mengikuti perkembangan terkini Awesome TV melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Suspek Sunting Lagu ‘Indonesia Raya’ Sudah Ditahan, Rupanya Warga Indonesia Sendiri

Mata Kiri Terkena Infection, Ramai Doakan Sarah Suhairi Kembali Pulih