in , ,

Senarai Program Istimewa di Awesome TV Sepanjang Syawal Tahun 2023

Awesome TV selaras himpunan program terhebat untuk hiburan seisi keluarga

Bagi memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV dengan berbesar hati meneruskan kesinambungan kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dengan menyelaraskan himpunan pengisian istimewa sepanjang Syawal untuk hiburan seisi keluarga secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) mulai 1 Syawal ini. 

Mengulas lanjut mengenai pengisian sepanjang bulan Syawal tahun ini, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata, “Bagi menambah keceriaan sekaligus memanfaatkan semangat kebersamaan di musim perayaan, Awesome TV telahpun merancang strategi penjadualan berstruktur yang efektif untuk memantapkan lagi pengisian kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dengan membariskan pelbagai kandungan terhebat secara berterusan di bulan Syawal. 

Para penonton bakal dihidangkan dengan program-program menarik sepanjang hari merangkumi pelbagai genre seperti kandungan hiburan berbentuk ‘spin-off’, variasi, sitkom, komedi, telefilem, koleksi filem tempatan dan antarabangsa, naskhah klasik malar segar serta banyak lagi. Semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan lebih meriah dengan kehadiran Awesome TV yang akan setia menemani para penonton sepanjang Syawal. Semoga terhibur!”. 

Senarai Program Istimewa di Awesome TV Sepanjang Syawal

PROGRAM TV MENARIK SEPANJANG SYAWAL 2023 DI AWESOME TV 

  1. Bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini, slot ‘Ohsem Tele’ bakal membariskan telefilem yang sarat dengan penceritaan menarik untuk mengisi slot khas sepanjang minggu pertama Syawal. Antara naskhah hebat yang akan ditayangkan termasuklah ‘Alamak! Raya Lagi?’ lakonan bintang berbakat besar kelahiran program Awesome Raja Lawak seperti Kanda ARL, Afea ARL, Oky Danial ARL, Sofwan ARL, Afiq Mabo ARL, Amyza Aznan, Aleza Shadan, Wan Nor Azlin, Delimawati dan Bohari Ibrahim, Rompak Raya’ lakonan Syafiq Kyle, Amerul Affendi, Haeriyanto Hassan, Aishah Atan, ‘Mat Ri Ye Pak Din’ lakonan Sharif Zero, Sabri Yunus, Mak Engku dan Cahaya Nilam, Jeman’ arahan sutradara tersohor Rashid Sibir yang dibintangi oleh Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana, ‘Raya Pukul 7’ yang dibintangi oleh Issey Fazlisham, Dato’ Mustapha Kamal, Dalimawati, Yuna Rahim dan Fadzil Hamdan, ‘Derhaka Seorang Ibu’ lakonan Adam Shahz, Wan Maimunah, Zain Hamid, Amyza Aznan dan Puteri Lofea, ‘Holiday Aji Tom’ lakonan Syafiq Kyle, Jalil Hamid, Safwan Nazri, Bunga Isme, Syuhaida Abraz (Dottie), Tengku Zara dan Imran Aqil serta ‘Suamiku Ol School’ lakonan Azhan Rani, Isyariana, Along Eyzendy, Linda Rafar, Bohari Ibrahim dan Sillfeny, ‘Mempelai Panda’ lakonan Zalif Sidek, Wanna Ali, Opie Zami, Fara Nadiah dan Roy Azman.
  2. Para penonton juga bakal dihiburkan dengan koleksi filem-filem terhebat tempatan dan antarabangsa sepanjang minggu pertama Syawal seperti ‘Kaabil’ lakonan Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy and Rohit Roy, ‘Jai Ho’ lakonan Salman Khan, Tabu, Danny Denzongpa, Daisy Shah, Nadira Babbar, Genelia D’Souza, Suniel Shetty dan Naman Jain, ‘Show Me Your Love yang dibintangi oleh Hee Ching Paw, Raymond Ho-Yin Wong, Ivana Wong dan Michelle Wai, ‘Pengabdi Setan’ yang dibintangi oleh Ali Albar, Simon Cader dan Adang Mansyur, ‘Khurafat’ lakonan Syamsul Yusof, Sabrina Ali, Liyana Jasmay dan Along Eyzendy, ‘Adnan Sempit’ lakonan Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Along Cham, Julia Hana dan Cat Farish, ‘KL Gangster 2’ lakonan Syamsul Yusof, Dato’ Rosyam Nor, Dato’ Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak serta banyak lagi.
  3. Minggu pertama Syawal juga akan turut dimeriahkan dengan naskhah-naskhah istimewa lakonan pelawak legenda Senario seperti ‘Senario The Movie: Ep 1’ lakonan Azlee, Mazlan, Wahid, Saiful Apek, Shamsul Ghau Ghau, Ako Mustapha, ‘Senario The Movie: Ep 2 Beach Boys’ lakonan Mazlan, Azlee, Wahid, Jamali Shadat, Maria Farida, Riezman Khuzaimi dan Marsha Milan Londoh, ‘Senario The Movie: Ops Pocot’ lakonan Wahid, Mazlan, Azlee, Diana Amir dan Kamal Adli serta ‘Senario Asam Garam lakonan Azlee, Mazlan, Zaibo, Julia Hana, Fimie Don dan Angeline Tan.
  4. Slot ‘Ohsem-Tainment’ pula bakal membariskan program-program hiburan menarik berbentuk ‘spin-off’ untuk menepati tema Raya dalam pelbagai genre seperti variasi, komedi, sketsa, bual bicara dan banyak lagi. Jangan lupa temujanji anda dengan kami untuk program-program seperti ‘Kampung Senariuh Raya’, ‘Spoket Raya’, ‘Kecoh Raya’, ‘Memoria Raya’, ‘Warung Wak Raya’, ‘Roller Kata Raya’, ‘Ha Ha Ha Raya’, ‘Cer Teka Raya’ dan banyak lagi.
Senarai Program Istimewa di Awesome TV Sepanjang Syawal
Senarai Program Istimewa di Awesome TV Sepanjang Syawal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FILEM SISU

Peraduan Jom Menangi Tiket Premiere Menonton Filem SISU

Tak Jadi Berpisah Dengan Suami, Netizen Sekolahkan Zulin Aziz