in , ,

Nafi Dakwaan Norlia Ghani & Azrel Ismail, Awesome TV Tuntut Permohonan Maaf

PIHAK pengurusan Awesome TV menuntut pelakon Norlia Ghani dan Azrel Ismail membuat permohonan maaf mengenai isu bayaran tertunggak.

Pihak pengurusan Awesome TV menasihatkan pelakon veteran Norlia Ghani dan Azrel Ismail untuk memohon maaf kerana sudah memburukkan imej stesen terbabit secara tidak adil.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, pihak Awesome TV memaklumkan tindakan Norlia dan Azrel menggunakan media massa dan media sosial mempersoalkan mengenai bayaran secara tidak langsung mengheret pihak stesen dalam kemelut itu dan mencalarkan imej serta reputasi stesen terbabit.

Nafi Dakwaan Norlia Ghani, Azrel Ismail, Awesome TV Tuntut Permohonan Maaf

Pihak Awesome TV memandang serius isu pembayaran kepada  Norlia dan Azrel seperti dilaporkan itu.

Untuk pengetahuan umum, pihak Awesome TV tidak ada kena mengena dengan isu pembayaran tertunggak berkenaan.

Pembayaran kepada pelakon-pelakon terbabit adalah tanggungjawab syarikat produksi yang dilantik oleh pihak kami untuk menerbitkan drama berkenaan.

Artis juga disarankan untuk menyemak kontrak sebelum membuat apa-apa tuduhan. 

Manakala, golongan netizen pula janganlah membuat spekulasi dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja.

Manakala, pelakon veteran Norlia Ghani pula meluahkan perasaan kecewa kerana pihak stesen TV terbabit belum melunaskan bayaran lakonannya dengan membuat perkongsian menerusi laman Instagram miliknya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Pertandingan Seni Warisan Randai di Seremban, Negeri Sembilan

Samsung Perkenal TV Neo QLED & Peti Sejuk BESPOKE Baharu