in ,

Suspek Sunting Lagu ‘Indonesia Raya’ Sudah Ditahan, Rupanya Warga Indonesia Sendiri

Media sosial di Indonesia baru-baru ini agak ‘panas’ gara-gara sebuah video tular yang memperlihatkan lagu kebangsaan mereka iaitu Indonesia Raya disunting liriknya oleh individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai dengan niat menghina dan memperlekeh negara berkenaan.

Baru-baru ini hangat di media sosial membincangkan mengenai individu tidak bertanggungjawab yang menyunting lagu kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya dan memuat naiknya di komen laman Youtube My Asean dengan niat menghina. 

Namun ianya mula menular dengan begitu pantas di beberapa platform media sosial dan di aplikasi perbualan seperti Whatsapp sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan kemarahan netizen Indonesia.

Lebih menjelikkan apabila visual pada video tersebut turut dilihat sengaja menimbulkan kontroversi dengan menghina lambang negara mereka, Pancasila serta Garuda apabila dikaitkan dengan ayam selain ilustrasi dua anak kecil seakan sedang membuang air kecil di penjuru kiri dan kanan.

Suspek Sunting Lagu ‘Indonesia Raya’ Sudah Ditahan, Rupanya Warga Indonesia Sendiri

Netizen mereka yang tidak berpuas hati kemudian bertindak membuat laporan mengenai video berkenaan sehingga ianya tidak lagi dapat diakses.

Lebih mencuri tumpuan apabila si pelaku menggunakan bendera Malaysia sebagai profil gambarnya menyebabkan netizen di sana mula beranggapan si pelaku merupakan seorang rakyat Malaysia.

Menerusi laporan Bernama, Polis Diraja Malaysia kemudian berjaya mengesan seorang lelaki rakyat Indonesia yang bekerja Sabah.

Hasil sisatan mereka terhadap individu terbabit mendapati, suspek utama adalah seorang warga republik negara itu namun dia tidak menetap di Malaysia.

Perkata itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan hasil siasatan kemudian telah dikongsikan kepada pihak Polisi Republik Indonesia (POLRI)

Terbaru, POLRI telah menahan seorang lagi suspek iaitu seorang pelajar yang juga warganegara mereka di Cianjur, Jawa Barat.

Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo berkata, suspek ditahan pada malam Ahad lalu di sebuah rumah di Cianjur, Jawa Barat.

“Polis menahan suspek lelaki, berinitial ‘MDF’, dan menyita satu telefon bimbit, satu SIM card dan set komputer,” katanya.

Mereka bagaimanapun belum mendedahkan identiti lengkap suspek berkenaan, seperti umur, asal, dan belajar di mana.

Tidak sepatutnya

Dilihat menerusi laman sosial, ramai netizen disana meluahkan rasa berang mereka dan memohon agar si pelaku dikenakan tindakan undang-udang.

Meskipun identiti individu terbabit masih belum diketahui, namun dapat dilihat rata-rata netizen dan media di sana kini mendakwa akaun tersebut sememangnya milik seorang individu dari Malaysia.

Malahan menurut mereka, ini merupakan insiden kedua yang berlaku melibatkan channel tersebut. Tidak kurang juga yang beranggapan ianya sebagai respon balas terhadap tindakan sebuah laman Youtube yang menghina lagu Negaraku dua bulan yang lalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 23

Penyanyi Ai Wahida Dedah Disihir, Ini Barang Yang Keluar Dari Mulut Ketika Rawatan

Shah Rukh Khan | 24

Tidak Jemu Ditonton, Filem KUCH KUCH HOTA HAI Kini Ditayangkan di Awesome TV