in ,

Mata Kiri Terkena Infection, Ramai Doakan Sarah Suhairi Kembali Pulih

Umumnya, nama penyanyi Sarah Suhairi sememangnya dikenali kerana bakat nyanyiannya itu. Si pemilik suara lunak ini pernah merangkul gelaran juara bagi satu program realiti Big Stage pada tahun 2018.

Sejak daripada itu, Sarah berjaya menempa namanya dalam industri hiburan Malaysia. Namun, baru-baru ini penyanyi berkenaan telah pun memuat naik satu video boomerang di laman Instagram miliknya.

Video tersebut memperlihatkan mata kirinya ditutupi dengan kain putih yang ditampal dengan menggunakan sellotape berwarna putih di mukanya.

Mata Kiri Terkena Infection, Ramai Doakan Sarah Suhairi Kembali Pulih

Difahamkan, dia ketika itu baru sahaja lepas menjalani proses rawatan untuk matanya di sebuah hospital swasta yang terletak di Rawang, Selangor.

Meskipun keadaannya tidak berapa sihat, namun dia menguatkan diri dengan berkongsikan momen tersebut sebelum menjelang Tahun Baru 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tidak Jemu Ditonton, Filem KUCH KUCH HOTA HAI Kini Ditayangkan di Awesome TV

Sudah Dua Tahun Kahwin, Gadis Dakwa Ziela Jalil Isteri Kedua Bapanya?