in , ,

Telemovie Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia

Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) tidak ketinggalan menyajikan pelbagai rancangan menarik sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Kemeriahan sambutan kemerdekaan tetap dirasai dengan pelbagai telemovie yang bakal disiarkan di TV1. Hayati kemelut perjuangan dan pengorbanan dalam mempertahankan sebuah maruah menerusi Slot Panggung 1 bertajuk “Maruah” lakonan Adam Shah, Fatin Afeefa, Wan Maimunah, Wan Hanafi Su dan Datuk Zulkifli Zain. Ia memaparkan isu penjualan tanah untuk pembangunan tetapi dalam masa yang sama timbul konflik tentang tanah pusaka adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dipertahankan. Telemovie Maruah bakal disiarkan pada 14 September 2013 , Sabtu jam 2.00 petang.

Bergurau senda dengan telatah Ebby Yus, Shuib Sepahtu dan Munir dalam lakonan “Bujang Lapok Lawan Koboi Kobau” menerusi slot Panggung Ahad pada 15 September, Ahad jam 10.05 Pagi di TV1. Ia mengisar tentang sebuah kampung di daerah Negeri Sembilan di mana penduduk di situ mengadakan tradisi menangkap kerbau.

3 Telemovie Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia Di TV1

Suatu hari dua orang pemuda dari kota ingin menunjukkan kehandalan mereka menangkap kerbau. Namun terpaksa mengalah dengan seorang gadis jelita di kampung itu yang lebih mahir menangkap kerbau dengan cara tradisional.

Raikan Hari Malaysia dengan sebuah telemovie “Cahaya Cinta” menerusi slot Panggung RTM pada 16 september ini ,hari Isnin jam 2.00 Petang di TV1. Ia mengisahkan persahabatan antara Wahid lakonan Azam Pitt, Susan ( Livonia Ricky ) dan Puspa ( Devika ) yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Konflik terjadi apabila Susan berjumpa kawan lamanya Tommy, menyebabkan Susan berubah dan hidup seperti gadis liar. Wahid yang sebenarnya mencintai susan dan cuba untuk mengubah kembali Susan dengan bantuan Puspa.

Susan akhirnya menyedari akan kesilapannya itu, dan kembali bersama kawan-kawannya. Akhirnya, Susan memeluk agama islam dan berkahwin dengan Wahid. Bersama barisan pelakon tanah air yang membitangi Cahaya Cinta antaranya Livonia Ricky, Jack Hafiz, Devika, Azam Pitt, Rahim Omar, Emma Akma, Ramasundram, Coolan Koo, Nor Erwan dan Ary Mohamad.

Luangkan masa anda bersama keluarga dengan pelbagai pilihan program istimewa bersama RTM sempena Hari Malaysia semestinya di saluran TV1.

Adam Shah Maruah Drama TV RTM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adi Putra Tak Rasa Malu Dilanda Isu Skandal

Adi Putra Duta Produk Fereena Beauty Care