in , , , ,

Telemovie Azam dan Daerah Kelabu di TV2

2 TELEMOVIE MERDEKA SIARAN KHAS 31 OGOS 2009 DI TV2

Bulan kemerdekaan diraikan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum mahu pun usia dengan masing-masing mempamirkan pelbagai cara untuk menunjukkan semangat juang serta rasa kecintaan terhadap negara. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diangkat sebagai stesen suara kerajaan berkongsi dengan penonton dua telemovie khas Merdeka, Azam disiarkan pada 31 Ogos 2009 (Isnin), jam 10.00 pagi dan Daerah Kelabu disiarkan pada 31 Ogos 2009 (Isnin), jam 12.30 tengah hari di TV2.

3858362062 F46996Bba2 O | 4

Telemovie terbitan Eurofine Sdn Bhd, Azam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Huzaimy, Liza Abdullah, Lisdawati, Ridzuan Hashim, Almy Nadia, Abu Bakar Juah, Eric Fuzzy dan Zizan Nin ini berlegar sekitar kisah anak muda bernama Azam yang tidak mempunyai arah tujuan hidup dan dia mengambil mudah dalam segala hal. Memang sejak dari kecil dia tidak pernah cemerlang dalam pelajaran dan keputusan peperiksaan Azam pun hanya cukup-cukup makan sahaja dan ini sudah cukup untuk mengembirakan Azam. Tidak seperti namanya, dia tidak mempunyai keazaman walaupun dia bukan seorang yang bodoh. Keluarga Azam tahu yang sekiranya dia rajin berusaha Azam mempunyai potensi untuk berjaya di dalam hidupnya tetapi tiada apa yang boleh mengubah sikap malasnya ditambah pula dengan sikapnya yang tidak mempunyai keazaman dalam apa jua dilakukan.

3857573095 1F118Ef51A O | 5

Zizan Nin dan Zulhuzaimi dalam AZAM

Sehinggalah apabila Azam memasuki IPTS, Azam mendapat lebih kebebasan lalu prestasi akademiknya merosot. Pada usia 23 tahun, rakan-rakan Azam sudah mula bekerja tetapi Azam masih belum tamat pengajiannya kerana terpaksa mengulangi beberapa semester untuk menamatkan pengajiannya. Satu-satunya orang yang masih berlembut dengan Azam ialah Atuknya yang merupakan seorang nasionalis dan pejuang kemerdekaan ketika mudanya. Atuknya, Haji Subhi selalu menceritakan pada Azam tentang kesesusahan yang terpaksa ditempuhi oleh orang Melayu semasa dijajah. Bukan mudah untuk membebaskan diri dari penjajah, ia memerlukan kegigihan dan semangat juang yang tinggi kata Hj Subhi kepada Azam tetapi Azam tidak pernah mengambil peduli akan apa yang dikatakan datuknya. Sehinggalah Azam terkandas di sebuah pulau selama beberapa hari. Adakah Azam dapat menyelamatkan dirinya untuk keluar dari pulau tersebut justeru  berubah sikap?

3857572225 0C1A53Ee15 O | 6

Menerusi Daerah Kelabu pula anda diajak menyusuri jalan cerita bermula di Daerah Kelabu dalam tahun 1952 sebelum tarikh keramat 31 Ogos 1957 dimana banyak penerokaan tanah hutan telah diusahakan oleh masyarakat kampung. Dengan tujuan untuk tanaman getah sekaligus mendapat keselesaan hidup apabila tanahair ini merdeka, kelompok penduduk kampung yang diketuai Judin bersama-sama Setapa, Hamid dan Andak telah bersatu untuk meneroka hutan berhampiran dengan tujuan meluaskan kawasan kampung mereka dengan niat menyediakan keselesaan untuk anak cucu mereka kelak.

3858361856 144778Bdef O | 7

Namun begitu, malang menimpa apabila Hamid mati ditembak komunis. Mereka bertiga sepakat untuk tidak memberitahu punca kematian Hamid yang sebenar kepada Hendon, adik arwah dan Taib suami Hendon. Hal ini terpaksa dilakukan kerana sebenarnya mereka melakukan penerokaan haram. mereka khuatir kerana berita kematian Hamid diketahui, pihak kerajaan akan menjadikan kawasan tersebut kawasan hitam. Jika ini berlaku, musnahlah segala usaha dan penat lelah mereka selama itu. Selepas berhenti sebagai askar, Taib bekerja sebagai pengawal di sebuah ladang kepunyaan orang Inggeris. Tidak lama kemudian, Taib menerima surat kematian Hamid setelah enam bulan Hamid meninggal.

Di kampungnya, Taib mendapat tahu punca kematian Hamid yang sebenarnya. Dia amat marah dengan Judin dan Andak yang telah membohonginya mengatakan Hamid meninggal kerana demam malaria.

Telemovie arahan Kamarudin Ambak ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat yang turut membintangi drama tv ini seperti Wan Hanafi Su, Sharonizam Nor, Md Diah, Merisa Yasmin,Kazar, Aishah Atan, Zainurdin Ismail, Sarip Noor, Rashid Jaafar dan Jefry Sulaiman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jejak Rasul Musim Ke 15 Paparkan Sirah Anbiya

Album 1Malaysia Sempena Hari Kebangsaan Ke-52