in ,

Konsep Anugerah Skrin 2009 Lebih Meriah?

Tak lama lagi Anugerah Skrin 2009 nak berlangsung. Kat mana dan bila tak tahu lagi. Budiey pun tak boleh cakap apa lagi.

Budiey rasa, Anugerah Skrin atau ASK ini memang patut dibuat setiap tahun. Kira macam satu anugerah berprestij yang mengiktiraf kepada anak-anak seni yang terlibat dalam penghasilan filem dan drama tempatan. Tak iktiraf nanti diorang takde semangat. Tapi bila buat, ada yang kalah tu yg takde semangat pulak. Biasalah, manusia tak pernah nak rasa puas dan bersyukur.

Di samping memberi anugerah kepada para pelakon yang terlibat, anugerah ini juga memberi pengiktirafan kepada orang-orang di sebalik tabir yang telah bertungkus-lumus menghasilkan drama, filem serta program terbaik sekaligus memartabatkan mutu filem-filem dan drama tempatan.

Jadi, Budiey rasa tak lama lagi, dalam beberapa hari lagi, pembaca akan dapat tahu kategori-kategori serta drama dan filem yang bakal bertanding, dan yang menariknya akan diterangkan konsep ASK 2009, dan memperkenalkan pihak penaja. Mmm… dah tentu Pantene, kan?

Tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan serta wakil-wakil dari stesen-stesen televisyen yang mengambil bahagian termasuklah barisan pelakon terkenal tanah air seperti Fizz Fairuz, Fauziah Gous, Tiz Zaqiyah, Wan Sharmila, Nora Danish, Ira Syazira, Raja Farah, Iqram Dinzly, Remy Ishak, Sheila Mambo, Aznah Hamid, Eizlan Yusof, Abu Bakar Juah dan ramai lagi.

4049117427 E576259Dd5 | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gosip Personaliti TV Curi Baju

Gossip Pelakon Selebriti Muda dan Love Bites?