in

Jejak Rasul Musim Ke 15 Paparkan Sirah Anbiya

SIRAH ANBIYA’ PAPARAN JEJAK RASUL 15 
Kurma dan pasar Ramadan penyeri sambutan Ramadan, begitu juga dengan program di TV3, Jejak Rasul yang menjadi santapan rohani setiap kali menjelangnya bulan yang mulia ini. Jejak Rasul mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3 merupakan program dokumentari berbentuk ilmiah yang popular di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul. Jejak Rasul “Sirah Anbiya” sebanyak 29 episod ini akan menemui penonton TV3 sepanjang Ramadan setiap hari Isnin hingga Ahad jam 6.00 petang mulai Sabtu, 22 Ogos 2009.

Sirah Anbiya’, dokumentari sejarah berkonsep ‘travelogue’ merupakan penghasilan semula siri Jejak Rasul 1, namun kali ini pengisiannya lebih segar dan berinformatif. Jejak Rasul 1 telah memberi impak yang amat berkesan kepada penonton dan industri dalam sejarah dokumentari berbentuk ilmiah. Siri pengenalan Jejak Rasul ini terus menjadi permintaan ramai, justeru selepas 14 tahun, lokasi-lokasi Jejak Rasul yang masih menjadi sebutan penonton setia siri ini kembali dikunjungi oleh krew penerbitan Jejak Rasul. Istimewa sambutan ulang tahun TV3 yang ke 25 ini, Jejak Rasul 15 kembali ke lokasi-lokasi bersejarah yang pernah dilawati seperti Syria, Mesir, Jordan, Israel, Turki, Arab Saudi dan Yemen.

Jejak Rasul 15 akan mengupas sejarah Nabi dan Rasul juga kisah-kisah penuh pengajaran yang disebut dalam Al-Quran dan Sunnah. Bersesuaian dengan lokasi pengambaran yang bersejarah, warna kehidupan masyarakat tempatan juga akan turut dipaparkan merangkumi latar belakang sejarahnya, budaya serta bahasa. Siri 29 episod ini akan membawakan kisah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah disokong dengan fakta dan kajian ilmiah disampakan oleh pengaraca berwibawa, Ahmad Noor Sulaiman.

Menurut penerbit Jejak Rasul, Jasmi Shahir, “Siri ini memfokuskan kepada semangat yang ditunjukkan para Rasul serta pengajaran yang boleh didapati daripada sejarah. Kisah-kisah para Rasul ini dapat dilihat dengan jelas lagi melalui siri Jejak Rasul selain dari mengetahui peristiwa yang bersejarah melalui AlQuran dan Hadis.

Ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis menerangkan tentang perjuangan para Rasul dan sahabat demi menegakkan syiar Islam seperti rintangan yang terpaksa dihadapi ketika berdakwah, kesusahan dan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh mereka serta pencapaian dalam menyebarkan agama Islam. Pengambaran yang dijalankan selama 100 hari ini bukan sahaja menerokai peristiwa sejarah para Rasul seperti yang dinyatakan di daalm Quran dan Sunnah tapi turut memaparkan pemandangan, rakyat tempatan dan lokasi-lokasi yang dilawati sepanjang pengembaraan di serata pelusuk bumi Anbiya’.

Para penonton berpeluang menyoroti kisah-kisah Rasul bersejarah yang dipaparkan menerusi Jejak Rasul dalam episod dan tarikh berikut:-

1. EPISOD PENGENALAN JR 15
22.8.09
2. JORDAN 1
23.8.09
3. JORDAN 2
24.8.09
4. JORDAN 3
25.8.09
5. JORDAN 4
26.8.09
6. JORDAN 5
27.8.09
7. JORDAN 6
28.8.09
8. JORDAN 7
29.8.09
9. PALESTIN 1
30.8.09
10. PALESTIN 2
31.8.09
11. PALESTIN 3
1.9.09
12. PALESTIN 4
2.9.09
13. PALESTIN 5
3.9.09
14. PALESTIN 6
4.9.09
15. PALESTIN 7
5.9.09
16. PALESTIN 8
6.9.09
17. PALESTIN 9
7.9.09
18. SYRIA 1
8.9.09
 19.SYRIA 2 
 9.9.09
20. SYRIA 3
10.9.09
21. TURKI 1
11.9.09
22. TURKI 2
12.9.09
23. MESIR
13.9.09
24.MESIR
14.9.09
25. YEMEN
15.9.09
26. YEMEN
16.9.09
27. YEMEN
17.9.09
28. ARAB SAUDI 1
18.9.09
29. ARAB SAUDI 2
19.9.09

Sidang produsi yang menjayakan Jejak Rasul terdiri dari:
Penerbit : Jasmi Shahir  &  Muhamad Amin Yusoff
Pengarah/Editor  : Jasmi Shahir
Wartawan / Skrip : Muhamad Amin Yusoff
Pengacara : Ahmad Noor Sulaiman
Pembantu Pengarah/ Editor : Anuar Samsudin
Pembantu Penerbitan : Muhammad Azlan Mohd Nor
Jurukamera : Shahril Abdul Rani

Khusus buat penonton setia TV3, pastikan petang anda terisi sepanjang bulan Ramadan ini dengan menonton Jejak Rasul 15 “Sirah Anbiya”, mulai 22 Ogos 2009, Sabtu, jam 6.00 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurul Khusna Uma Pengacara Resipi Istana di TV9

Telemovie Azam dan Daerah Kelabu di TV2