in

Album 1Malaysia Sempena Hari Kebangsaan Ke-52

1 MALAYSIA – Bermula dengan perpaduan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sempena perayaan Hari Kebangsaan ke-52 tahun ini, Warner Music Malaysia dengan kerjasama EMI Music mempersembahkan sebuah projek yang buat julung kalinya ditampilkan di dalam persada muzik tanahair.

3859817469 58Dc29F8C3 O | 4

1 MALAYSIA, sebuah album kompilasi khas yang menampilkan 37 buah lagu-lagu patriotik, tradisi serta  nuansa budaya Malaysia yang unik serta menghiburkan. Album khas ini sesuai untuk semua golongan usia, bangsa mahupun darjat, kerana yang penting adalah kandungan lagu-lagu yang dipilih dapat menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia khususnya.

1 MALAYSIA  menampilkan lagu-lagu yang terdiri dari pelbagai genre, antaranya termasuklah meniup semangat perjuangan (Satu, Lancang Kuning, Bahtera Merdeka, 31 Ogos); memupuk semangat cintakan tanahir dan perpaduan (Saya Anak Malaysia, Warisan, Sireh Pinang, Standing in the Eyes of the World); menyemai bibit motivasi (Mulanya Di Sini, Bahang dari Utara, Gemilang,); menghargai panorama Malaysia (Tasik Perdana, Malaysia Indah, Oo La La Tropika); menikmati khazanah warisan (Kain Songket, Kain Pelikat, Nasi Dagang); mempamerkan pelbagai suku bahasa dan budaya (Akar, Apo Nak Dikato, Ayam Den Lapeh); memberI penghargaan kepada tokoh dan negarawan (Legenda dan Bapak) serta banyak lagi.

Buat julung kalinya, lagu-lagu “Ayam Den Lapeh” dan “Bahtera Laju” (kedua-duanya dendangan Anita Sarawak) ditampilkan di dalam cakera padat.

Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini dipilih berlatarkan pelbagai zaman, bagi menunjukkan perkembangan muzik tanahir, dan rasa cintakan tanahir sentiasa mekar dari semasa ke semasa tanpa hentinya. 1 MALAYSIA   ditujukan khas buat pemimpin-pemimpin Negara dan teristimewanya seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana juga mereka berada.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Disc 1

Satu – Tan Sri Dato’ S M Salim & Zainalabidin
Malaysia Indah – Dato’ Khadijah Ibrahim
Mulanya Di Sini – Freedom
Warisan – Dato’ Sudirman
Senja Di Kuala Lumpur – Broery
Tasik Perdana – Noorkumalasari
Radio Malaysia – Dato’ Sudirman
Sireh Pinang – Azlina Aziz
Bahtera Laju – Anita Sarawak
Hidup Sederhana (Basikal Tua) – Dato’ Sudirman
Kain Songket – Puan Sri Saloma
Gadis Melayu – Jamal Abdillah
Teraju Negara – Latiff Ibrahim
Bahang Dari Utara – Jay Jay
Apo Nak Dikato – Blues Gang
Hijau – Zainalabidin    
Lancang Kuning – Jamal Abdillah
Selamat Tinggal Bungaku – Tan Sri Dato’ S M Salim

Disc 2

Nasi Dagang – Rosemaria     
Ayam Den Lapeh – Anita Sarawak
Baju Hijau – Carefree              
Oo La La Tropika – Francissca       
Gemilang – Ella             
Bukan Kerna Nama – Ramli Sarip & A Romzi
Legenda – Sheila Majid                       
Akar – Seha                                   
Saya Anak Malaysia – Dr Sam         
Ikhlas Tapi Jauh – Artis Rap 
Wanita – Dato’ Sheila Majid
Joget Malaysia – Tan Sri P Ramlee & Puan Sri Saloma
Bahtera Merdeka – Dato’ Ahmad Jais     
Joget Tari Lenggang – Amuk           
Kain Pelikat – Anuar & Ellina        
Standing In The Eyes Of The World – Ella
Bapak – Sudirman                     
31 Ogos – Dato’ Sudirman     
Tegakkan Bendera Kita – Dato’ Sudirman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Azam dan Daerah Kelabu di TV2

Project Alpha Online TV Show Uncovering Malaysia’s Top Bloggers