in ,

Drama Penunggu Gunung Raya & Siong TV3

Terbaru, dua drama bersiri genre seram bakal menemui para penonton TV3 dengan siri PENUNGGU GUNUNG RAYA menerusi slot Seram dan siri SIONG di slot Lagenda pada bulan Februari ini.

PENUNGGU GUNUNG RAYA mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu dan telah membawa mereka ke Kampung Gunung Raya. Kepulangan mereka sememangnya dinantikan oleh Penunggu Gunung Raya.

Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Antara barisan pelakon yang menjayakan drama seram ini ialah Zizan Nin, Emelda Rosmila, Fouziah Gous dan Sahee. Manakala “SIONG” merupakan adaptasi daripada lagenda Raja Bersiong.

4245190380 F62307A2B6 O | 4

Zizan Nin

4306327507 4D12E8594C O | 5

Fouziah Gous

Kisahnya bermula dengan Raja Wakarima yang telah membuat perjanjian dengan kuasa jahat lalu harus menghisap darah manusia untuk kekal muda. Namun, akhirnya dia ditumpaskan oleh Arya Mitra, pembesar istana.

Dendam mereka berterusan hingga ke generasi akan datang selepas 400 tahun. Siri drama ini dibintangi oleh Gambit Sailfullah, Pierre Andre, Sheera Iskandar, Leez, Zila Bakarin, Helmi Hussaini, Abu Bakar Juah dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shafia Naswip, Fizz Fairuz, Sheila Rusly dalam Dunia Batinku

Shaheizy Sam, Intan Ladyana dalam Drama Jangan Pandang Belakang Siri 2