in ,

Slot Seram Puaka Niyang Rapik di TV3

Slot Seram yang semakin diminati ramai sekali lagi tidak menghampakan penonton setianya dengan mempersembahkan drama bersiri terbarunya berjudul “Puaka Niyang Rapik”. Drama yang berunsur mistik dan percintaan ini dibintangi oleh Ashraff Muslim, Liyana Jasmay, Abu Bakar Juah, Khatijah Tan, Fauzi Nawawi dan Riezman Khuzaimi.

Drama sentuhan pengarah hebat, Ahmad Idham ini mengisahkan tentang sebuah perkampungan dinamakan Niyang Rapik di mana penduduknya percaya akan kehadiran kuasa ghaib yang mengerikan setiap kali menjelangnya Tahun Baru. 

Mereka percaya setiap kali Tahun Baru seorang penduduk akan mati kerana dipercayai dikurung oleh kuasa ghaib Niyang Sakti. Sehinggalah, kehadiran Ustaz Amirul ke kampung itu mengubah pemikiran penduduk kampung dan menimbulkan kemarahan oleh beberapa penduduk setempat yang amat berpegang teguh kepada kepercayaan karut tersebut. Apakah yang terjadi seterusnya?

[tags]Ashraff Muslim, Liyana Jasmay, Abu Bakar Juah, Khatijah Tan, Fauzi Nawawi, puaka niyang rapik, sinopsis drama, pelukis, Riezman Khuzaimi, bali, harimau malaya, lagu, skrip[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SURIANI ABDUL RAHMAN PENYAMPAI BERITA WARTA SERUMPUN

PROFILE THEWANS