in ,

Suria FM Beri Kelainan, Anjur Karnival Mega Suria September Ini! 

Buat julung kalinya, Suria FM membawakan Karnival Mega Suria yang bakal diadakan pada 16 September 2023 (Sabtu) dan 17 September 2023 (Ahad) bertempat di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), “Suria FM kembali turun padang menemui peminat dengan sentuhan yang berbeza menerusi Karnival Mega Suria 2023 yang bakal berlangsung selama 2 hari hasil kerjasama Suria dengan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

Acara ini diadakan sebagai tanda terima kasih buat semua pendengar di atas sokongan padu yang mereka berikan selama ini terutama siri Jelajah Suria yang sentiasa dinantikan oleh peminat pada setiap tahun. 

Hero Banner_ Poster Karnival Mega Suria

Kami ingin meluangkan lebih banyak masa bersama pendengar setia Suria FM menerusi aktiviti luar, jadi kami akan berkampung selama 2 hari menyajikan pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan ‘kekeluargaan’ yang pastinya menghiburkan pengunjung dari pagi hingga ke malam. 

Kali pertama kami menganjurkan karnival berskala besar seumpama ini, ianya bertujuan untuk menghiburkan semua masyarakat khususnya pendengar Suria sekaligus meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur”.

Karnival yang berlangsung seawal jam 7 pagi bakal diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya gerai makanan, persembahan istimewa dari barisan artis baharu (BBNU), senaman zumba, sesi busking, permainan kanak-kanak, sukan rakyat, pertandingan seperti mewarna, karaoke, dan banyak lagi! 

Lebih menarik, pengunjung akan turut dihiburkan dengan acara kemuncak Konsert Karnival Mega Suria pada jam 9 malam membariskan lebih 20 artis popular seperti Bunkface, Dayang Nurfaizah, Masdo, Dolla, Floor 88, Aris Ariwatan, Amir Masdi & The Band, Muss, Nabila Razali, Insomniacks, Ameng, Baggio, Baby Shima dan ramai lagi! 

Gambar Artis (16_9)

Juga penampilan istimewa barisan penyampai Suria FM, Shuib, Ajak, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander dan DJ Lin.

“Selain itu, wang tunai sebanyak RM10,000 turut menanti pengunjung menerusi ‘Tangkap Duit Suria’ caranya dengan membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM150 di booth Kedai Suria sepanjang acara berlangsung. Kami mengharapkan Karnival Mega Suria mendapat sambutan baik dari semua pihak dan orang ramai dijemput hadir bersama seisi keluarga bagi memeriahkan acara secara PERCUMA ini” tambah DJ Lin. 

Aktiviti

Sebagai pembuka tirai, Suria FM bersama Himpunan Basikal Lipat Kebangsaan akan menganjurkan acara kayuhan Fun Ride Mega Suria pada 26 Ogos 2023 (Sabtu) bertempat di Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang bermula jam 7 pagi. Ianya juga bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 disamping menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Jadi, jangan lepaskan peluang, Ayuh! kita semarakkan bulan kemerdekaan dan kayuh beramai-ramai bersama barisan penyampai Suria FM di Fun Ride Mega Suria!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

F&N Meraikan 140 Tahun, Ini Satu Penghormatan Buat Rakyat Malaysia

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!