in , ,

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dengan kempen Viu Lokal Lah!.

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2023 – Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif dan komitmen Viu dalam menyokong industri seni tanah air melalui penyiaran kandungan tempatan dan juga penerbitan Viu Original. 

Sepanjang bulan Ogos ini, Viu telah menayangkan pelbagai drama dan filem tempatan termasuklah drama Viu Original yang terbaru dan yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan di pelbagai peringkat. Antara drama yang ditayangkan adalah I Love You, Stupid, Nenek Bongkok Tiga, Hilang, She Was Pretty (Malaysia), Keluarga Baha Don musim 1-3, Black dan antara filem yang ditayangkan adalah Pekik, Roh, Mukhsin dan banyak lagi.* 

Viu Lokal Lah poster

Kempen ini bakal melabuhkan tirainya dengan acara kemuncak pada 31 Ogos 2023 bertempat di LaLaport BBCC bermula pada jam 4 petang hingga 10 malam. Viu Lokal Lah! Live Showcase yang dipersembahkan oleh Vivo Y78 5G ini bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan dari penyanyi popular tempatan antaranya Bunkface, Saixse, Kidd Santhe, Radhi OAG & Budak Scene All-Stars, MK K-Clique, Aisha Retno dan Fimie Don.

Viu Lokal Lah! Live Showcase ini turut menampilkan barisan pelakon Viu seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry dan ramai lagi. 

Viu-ers boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan bermula pada jam 4 petang termasuk mengunjungi gerai dari vendor tempatan Hausboom dan Empayar Kuku Besi serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif dan sesi meet & greet bersama pelakon Viu. 

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial Viu Malaysia. 

Kempen Viu Lokal Lah menampilkan program berikut: 

I Love You, Stupid!

I Love You, Stupid! ialah siri yang mengisahkan tentang Iris Nur, seorang wanita yang sentiasa menjalani kehidupan mengikut peraturannya sendiri. Kehidupan Iris berubah setelah dia berjumpa Firman Ebrahim yang juga merupakan pengawal peribadinya.

Nenek Bongkok Tiga

Dalam filem thriller fantasi ini, Nenek Bongkok Tiga menyelami hutan Bukit Luruh, sebuah tempat yang terkenal dengan kisah kehilangan orang. 7 orang telah diculik dan mereka terpaksa melakukan tugasan daripada Tuan Tanah jika mahu dibebaskan. 

Hilang

Hilang merupakan sebuah siri jenayah yang berkisarkan tentang kisah pembunuhan seorang remaja tanpa dokumen di Seri Daik. Pembunuhan tersebut telah menghidupkan semula hubungan antara Inspektor Munir dan kampung halamannya yang telah lama dilupakan.

She Was Pretty

She Was Pretty merupakan sebuah drama percintaan dan komedi yang mengisahkan tentang Nadia, seorang wanita yang melalui perubahan fizikal setelah berganjak dewasa dan dipertemukan kembali dengan kawan masa kecilnya, Haniff. 

Keluarga Baha Don Season 1-3

Keluarga Baha Don Musim 1 mengisahkan tentang keluarga mafia Malaysia yang aneh dan dipimpin oleh anaknya yang patuh kepada undang-undang, Jo Don yang naluri sebenarnya mahu menjadi seorang chef. 

Black

Cerita ini mengisahkan tentang Black, seorang bunian dalam bentuk manusia yang cuba melawan norma untuk menjejaki rakannya. Tanpa diduga, dia menjadi terikat dengan Sofia, seorang wanita yang memiliki kebolehan untuk meramalkan kematian.

Filem

Pekik 

Pekik ialah sebuah filem dokumentari yang memaparkan intipati muzik rock indie melalui perspektif perintisnya. Filem ini memaparkan temu bual dengan pelbagai kumpulan rock terkenal dan artis indie, termasuk Monoloque, Butterfingers, Azmyl Yunor, Hujan, Blind Tribe, dan Sekumpulan Orang Gila.

Lelaki Harapan Dunia

Lelaki Harapan Dunia berkisarkan tentang Pak Awang, yang menemui sebuah rumah terbiar dan memutuskan untuk menghadiahkannya kepada anak perempuannya untuk perkahwinan akan datang. Dengan bantuan penduduk kampung, mereka mengangkut rumah itu yang tanpa disedari dihuni oleh seorang pendatang dari Afrika.

Roh 

Berlatarkan perkampungan di sebuah hutan terpencil, kisah bermula apabila kehidupan Angah, ibu dan adiknya bertukar menjadi misteri setelah bertemu dengan seorang gadis di dalam hutan. 

Rompak

Rompak ialah filem aksi yang mengisahkan tentang Ashraf yang telah melaburkan semua wang simpanannya dan menjadi mangsa penipuan pelaburan.

Nasi Lemak 2.0 

Nasi Lemak 2.0 ialah sebuah filem pengembaraan komedi yang dibintangi oleh Namewee yang membawa watak utama Chef Huang, seorang lagenda tempatan di daerahnya. Di situ ramai individu berbangsa Cina meminta bantuannya untuk mencari keadilan. 

Bilik Tepi

Filem ini berpusat di sekitar tiga orang sahabat yang memulakan perjalanan percutian mereka untuk lari dari kesibukan kota. Tetapi, apabila tiba di destinasi pilihan, mereka menyedari bahawa percutian mereka tidaklah seindah yang dibayangkan.

Mukhsin

Naratif filem ini mengisahkan tentang Orked, seorang gadis berusia 10 tahun, dan teman rapatnya Mukhsin, yang berusia 12 tahun. Filem ini memaparkan dinamik rumit yang berlaku apabila persahabatan sejati berhadapan dengan perubahan.

Talentime

Naratif filem ini berpusat di sekitar persimpangan dua bakat muzik yang pelbagai – seorang pemain piano campuran Melayu dan seorang pemain gitar India.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJ LIN SURIA FM

Suria FM Beri Kelainan, Anjur Karnival Mega Suria September Ini! 

Pertunjukan Fesyen Hebat Bertema Race Day di Litar Sepang dari Neonate X SVG