in , ,

SUKE TV Umum Rangkaian Siaran Buatan Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia

SUKE TV bermatlamat gabungkan e-dagang dan hiburan, cipta platform berkembar untuk pengguna di mana sahaja, sepanjang masa!

Industri media dan hiburan (M&E) mengharungi pandemik dengan sokongan tidak putus-putus komunitinya dan peningkatan dalam penggunaan media televisyen dan penstriman digital. Dengan pengguna di seluruh negara terpaksa berkurung disebabkan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat peningkatan mendadak pada angka harian penontonan televisyen.

Nielsen Media Malaysia mendedahkan pada 2020, Semenanjung Malaysia terus mencatat angka penontonan televisyen yang membanggakan meskipun di tengah-tengah pandemik ini. Kajian pasaran firma ini mendapati kenaikan 9% pada populariti dan masa tayang televisyen di Malaysia dalam tiga bukan pertama 2020 manakal MCMC  dalam laporan Communications and Multimedia Pocket Book of Statistics merekodkan peningkatan 2.7% (89.0%) pada 2020 berbanding 2019 (86.3%) pada langganan televisyen berbayar dan penembusan per 100 isi rumah.

Dalam tahun 2020 sahaja, kadar penembusan langganan televisyen per 100 isi rumah naik dari 87.3% pada suku pertama ke 89% pada suku terakhir. Dalam penerbitan MCMC Facts and Figures, laporan Suku Pertama 2021, penembusan langganan televisyen meningkat sebanyak 2.2% pada 2021 (91.2%) dari 2020 (89.0%). Hasil suku terbaharu Media Prima meningkat sebanyak 23.77% berbanding 2020, sebahagian besarnya dibantu pengiklanan televisyen. 

Peningkatan penggunaan dan penontonan televisyen ini telah membawa kepada anjakan dalam industri dan potensi peningkatan hasil M&E menerusi platform pendigitalan dan dalam talian. Mengambil peluang ini, Dato AC Mizal telah mengumumkan dan melancarkan stesen rangkaian siaran milik beliau iaitu SUKE TV. 

“Sebagai seorang penggiat industri selama hampir tiga dekad yang telah lama mengikuti perubahan industri, saya ingin memainkan peranan dalam membuat perubahan yang boleh memberi impak positif kepada semua. Kami memutuskan untuk menerima segala ketidaktentuan yang dibawa oleh pandemik kepada industri ini dan memanfaatkan peluang baik yang terhasil. Pihak Malaysia Debt Ventures (MDV) telah menyediakan pembiayaan fleksibel untuk menyokong dan membangun pelbagai sektor ekonomi yang dikenal pasti dan diutamakan oleh Kerajaan sebagai pendorong pertumbuhan masa depan. MDV menyediakan sokongan di setiap peringkat proses termasuk permulaan, fasa pertumbuhan dan fasa perluasan. Dengan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SKMM atas kelulusan pelesenan dan kepada MDV, Ahli Lembaga dan Pengurusannya kerana menyokong dan membiayai SUKE TV sepanjang proses pembangunan rangkaian kami,” kata Dato AC Mizal, pengasas dan pengerusi SUKE TV.

Ac Mizal

“SUKE TV melihat suatu trajektori positif dan ingin menyediakan satu pengalaman televisyen Malaysia yang benar-benar moden yang menawarkan nilai dengan mengalihkan medium ini dari tradisional dan teater ke pilihan digital secara on-demand dan perkhidmatan 24 jam sehari. Dengan bangganya SUKE TV dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. SUKE TV merupakan rangakaian siaran 24 jam sedia untuk ke udara yang menawarkan pengalaman hiburan dan pembelian. Matlamat kami untuk menyumbang kepada dan membantu selebriti, penggiat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan penonton tempatan. Matlamat akhir kami supaya SUKE TV menjadi bukan sahaja satu rangkaian siaran malah sebahagian daripada ekosistem industri,” tambah beliau. 

Beliau menekankan kualiti unik pada SUKE TV yang membezakannya dari pemain industri lain seperti segmen hiburan yang akan ke udara sepanjang hari untuk menarik audiens dan menaikkan jualan, usahasama dengan selebriti dan kandungan yang didorong tarikan selebriti, dan strategi platform berkembar yang menggabungkan e-dagang dan hiburan, yang membolehkan penonton turut mengambil bahagian. SUKE Shop sebagai sebuah platform e-dagang berkonsepkan pembelian dari rumah memperkenalkan pengalaman membeli yang eksklusif terus dari rumah. 

Jelas beliau lagi, “penggunaan digital seharusnya menghasilkan pengalaman yang bermakna. Penting bagi kita mencipta dan mempersembahkan semula kualiti perkhidmatan dan penawaran. Maka kami percaya bahawa pembelian menerusi televisyen dalam talian atau shoppertainment ini merupakan gelombang masa depan”.

Dato AC Mizal turut yakin dengan kebolehan SUKE TV membantu PKS dan selebriti dengan cara yang belum pernah dilihat dalam industri. Matlamatnya untuk mengiklan, mempromosi dan menyiarkan iklan untuk mempromosi PKS. “SUKE TV bukan sekadar mudah dihubungi tetapi juga didekati. Kami ingin membantu warga tempatan dengan menyediakan asas untuk peniaga kecil-kecilan dan PKS. Komuniti tempatan boleh menjangka penyertaan selebriti kesayangan, pempengaruh dan usahawan tempatan dalam pelan SUKE TV yang akan datang,” tegas beliau. 

Dato AC Mizal mengakhiri dengan merakamkan harapan mengenai imej yang ingin beliau bawa untuk SUKE TV. “Untuk rakyat Malaysia, apabila mereka inginkan sesuatu yang membuatkan mereka gembira, supaya mereka memikirkan SUKE TV; dan itulah yang kami inginkan. Ia juga sebab mengapa kami memilih motto kami iaitu “Kami mengembalikan kegembiraan!” Sebagai sebuah syarikat, SUKE TV berwawasan untuk meninggalkan legasi memenuhi isi rumah Malaysia dengan kegembiraan yang didorong oleh bakat dan kandungan dari industri media dan hiburan tempatan”.

Mengenai SUKETV

SUKE TV, sebuah rangaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato’ AC Mizal yang membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia. Dengan infrastruktur, pengalaman dan usahasama industri akan datang yang luas, SUKE TV bermatlamat membangun dan menyampaikan kandungan original semua genre untuk televisyen dan medium digital on-the-go Malaysia. Dari pengalaman pembelian inovatif, drama yang menyentuh perasaan, ke komedi yang mencuit hati serta aksi sukan yang mendebarkan, SUKE TV berhasrat menghubungkan lebih 30 juta rakyat Malaysia menerusi perspektif uniknya me genai hiburan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.suketv.com/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blog Featured | 19

Penyanyi Bergabung Jayakan WE LIVE TO GIVE Sebuah Lagu Penuh dengan Harapan

Siti Nordiana 2020 | 20

“Kami Sama-Sama Dari Zaman Anak Dara Lagi, Tipulah Kalau Tak Sedih,” – Syura