in , ,

SUKE TV Perkenal SUKE Stars, Selebriti Terkenal Jayakan SUKE Shop

Achey, Wak Doyok dan Ernie Zakri antara barisan personaliti SUKE Shop, bawa pengalaman shoppertainment ke tahap lebih tinggi buat semua penonton Malaysia di mana-mana jua, pada bila-bila masa!

SUKE TV, sebuah stesen rangkaian penyiaran tempatan yang dilancarkan baru-baru ini oleh Dato’ AC Mizal, hari ini mengumumkan barisan personaliti tempatan terkenal sebagai rakan selebriti.

Rakan selebriti yang dipanggil SUKE Stars ini akan menjadi penyampai dan mempersembahkan produk di rangkaian TV pembelian utama stesen ini iaitu SUKE Shop.

Pengenalan para personaliti hiburan Malaysia ini adalah sejajar dengan misi stesen untuk membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia.

“Kami mengalu-alukan kedatangan rakan selebriti ke dalam famili SUKE Shop untuk bersama-sama memeriahkan persada hiburan tanah air dengan pengaruh dan perawakan mereka! SUKE Shop bukan sekadar sebuah rangkaian TV pembelian shoppertainment, menawarkan nilai menerusi peralihan medium dari tradisional dan teater ke pilihan dan perkhidmatan digital on-demand 24 jam sehari.

Kami berhasrat menyumbang dan mendedikasi SUKE Shop kepada selebriti tempatan, penghibur, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta para penonton. Kami amat berbesar hati dan gembira dapat menyediakan rangkaian TV pembelian ini yang bukan sekadar menyajikan hiburan semata-mata tetapi juga membantu industri ini secara keseluruhannya,”

– Dato’ AC Mizal
Punchline DAC AC MIZAL

“Kualiti unik yang ada pada SUKE TV membezakan kami daripada pemain industri lain di mana segmen hiburan kami akan disiarkan 24 jam sehari dengan kerjasama rakan selebriti dan kandungan yang didorong kuasa bintang untuk menarik penonton dan meningkatkan jualan.

Strategi platform berkembar kami yang terdiri daripada rangkaian TV pembelian dan e-dagang serta hiburan membolehkan penonton untuk turut mengambil bahagian,”

– Dato’ AC Mizal

Antara personaliti yang turut serta termasuk ikon ternama industri hiburan tanah air seperti Wak Doyok, Tengku Azura, Maryam Ryzal, Ernie Zakri, Emelda Rosmila dan Syamel; pempengaruh media sosial seperti Aireena Sofia, Mat Dan, Bibi Qairina dan Rushdan Wafa; dan bakat hiburan seperti Reeve Damien, Allisya Tahir dan Fauzi Zulkifli. 

Menerusi rangkaian siaran SUKE TV yang padu dan beroperasi secara penuh, SUKE Shop merupakan sebuah rangkaian TV pembelian percuma (free-to-air) 24/7 yang memfokus pada hiburan dan e-dagang sebagai wadah pembelian menerusi televisyen menerusi MYTV untuk semua penonton.

Penonton di Malaysia boleh berbelanja sambil dihidangkan dengan hiburan oleh personaliti kesayangan mereka sepanjang hari menerusi SUKE Shop.

Untuk senarai penuh personaliti SUKE Stars, dapatkan yang terkini di platform media sosial rasmi SUKE Shop.

Senarai rakan selebriti SUKE Shop (disusun mengikut abjad):

SUKE TV Perkenal SUKE Stars, Selebriti Terkenal Jayakan SUKE Shop

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anzalna Berkongsi Air Mata Dengan Jururawat Lelaki, Cerita Pengorbanan Sewaktu Pandemik

Noki & MK Muncul dengan Single PAYUNG PELANGI, Suntik Semangat Buat Pendengar