in ,

Penyanyi Bergabung Jayakan WE LIVE TO GIVE Sebuah Lagu Penuh dengan Harapan

Universal Music Malaysia menggunakan kuasa muzik untuk memupuk amalan memberi dan penyembuhan dengan melancarkan single ‘We Live To Give’ (‘Kita Hidup Untuk Memberi’) oleh Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana juga menampilkan Simon Webbe dan Asyraf Nasir

Universal Music Malaysia telah melancarkan ‘We Live To Give’ (‘Kita Hidup Untuk Memberi’) oleh Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana juga menampilkan Simon Webbe dan Asyraf Nasir sebagai lagu pemberi harapan dalam mengharungi kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Kerjasama di antara The Giving Bank dan Universal Music Malaysia ini bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia agar sentiasa memberi harapan dan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di Malaysia. Penceritaan lagu ini membawa pesanan tulus yang mampu mendorong pendengar agar memupuk perasaan kasih sayang dan belas ihsan melalui amalan baik.

Penyanyi Bergabung Jayakan We Live To Give Sebuah Lagu Penuh Dengan Harapan

“We Live To Give” menampilkan artis tempatan seperti Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana juga menampilkan superstar global, Simon Webbe dan penyanyi yang meningkat naik Asyraf Nasir. Athalia, Shalma Eliana dan Asyraf Nasir percaya bahawa lagu ini sarat dengan rasa cinta, hormat, harapan dan masa yang diterjemahkan kepada kecenderungan usaha mereka kepada golongan muda dan menyebarkan mesej penting ‘We Live To Give’.

“Memberi melangkau nilai wang diberi, ia juga diberi melalui mesej positif yang mengingatkan kita bagaimana membantu orang lain menaikkan semangat mereka dan meringankan beban mereka”, kata Simon Webbe.

“Saya percaya pada kekuatan bersatu hati kerana kita dapat mempengaruhi lebih banyak kehidupan dan perubahan untuk masa depan yang lebih baik secara kolektif,” kata Diana Danielle.

We Live To Give

Dengan The Giving Bank menjadi salah satu saluran terpercaya Universal Music Malaysia, objektif projek ini adalah untuk mewujudkan mesej mengenai pentingnya memberi keselesaan dan sokongan untuk memperkuat daya ketahanan masyarakat.

“Sudah lama menjadi impian The Giving Bank untuk memiliki lagu yang sesuai bagi menggambarkan misi dan visi kami dalam membina hari esok yang lebih baik. Saya sudah dapat membayangkan ianya dinyanyikan di seluruh dunia ‘, kata Dr Janson, Pengasas & Presiden The Giving Bank.

Untuk memperluas mesej ‘We Live to Give’, dengan sokongan dari Astro Radio, dua stesen radio Inggeris tempatan, HITZ FM dan MIX FM akan mengetengahkan ‘We Live To Give’ sebagai lagu rasmi kepada kempen amal seterusnya di kedua-dua stesen tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Ismail | 23

Faizal Ismail & Krill Rashid Tubuhkan HIDAYAT TV, Bakal Bersiaran Mulai 4 September Ini

Ac Mizal | 24

SUKE TV Umum Rangkaian Siaran Buatan Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia