in , ,

“Kami Sama-Sama Dari Zaman Anak Dara Lagi, Tipulah Kalau Tak Sedih,” – Syura

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut penyanyi Siti Nordiana dengan dua lagi rakan artis iaitu Lan Solo dan Syura Badron.

Pernah bernaung di bawah syarikat yang sama dengan Nana sejak usia belasan tahun lagi, Syura berkata tiada siapa mahukan semua ini akan berlaku, namun setiap manusia itu tidak sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

“Tiada siapa mahu semua ini berlaku. Jujur saya cakap, ketika mula bertatih dalam bidang seni, dialah (Nana) orang pertama yang saya kenal. Kami satu label yang sama, nyanyi, bikin video muzik dan pergi ‘road tour’ bersama-sama sejak berusia 14 tahun.

Isu Saman Oleh Siti Nordiana, Akhirnya Syura Badron Buka Mulut

“Apabila semua ini berlaku, sudah tentu saya sendiri fikir mana pergi semua persahabatan. Saya percaya, manusia tak sempurna dan itu juga sifat saya. Kita semua buat silap kerana itu memang fitrah,”

– Syura

Kata Syura lagi, dia tidak menyangka perkara itu akan berlarutan sehingga ke mahkamah dan mengakui sedih di atas apa yang berlaku. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Syura turut memohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku.

“Saya percaya itu juga yang berlaku antara saya dengan Nana. Kami pernah sama-sama menjalani zaman anak dara sampailah sekarang. Bohonglah kalau saya cakap tak sedih dengan apa yang berlaku.

“Kalau boleh saya tak nak keruhkan keadaan. Daripada pihak saya, dari bibir saya sendiri, saya mohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku baik apa yang orang tahu mahupun tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Syura berkata dia menyerahkan segalanya kepada takdir dan tindakan lanjut daripada Nana mengenai permasalahan tersebut.

“Saya sudah sampai tahap fikir, apa sahaja yang keluar dari bibir saya, orang ramai akan label saya yang memulakan angkara ini, sayalah ‘villain’ dan sebagainya. Kalau dia (Nana) rasa bawa perkara ini ke mahkamah dapat selesaikan masalah, terpulang kepadanya.

“Saya reda dan ikut sahaja kalau itu memberikan keadilan kepada siapa yang berasakan dirinya teraniaya atau bagaimana,” katanya.

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SUKE TV Umum Rangkaian Siaran Buatan Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia

Sengaja Atau Tak Tu? Janna Nick Dikecam Lagi Gara-Gara Gambar Ini