in , ,

Suke TV Umum Program Baru Untuk Gembirakan Rakyat Malaysia

Suke TV, rangkaian penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaru di Malaysia, telah mengumumkan senarai program baru untuk tahun 2023.

Berteraskan moto “Bringing Happy Back“, Suke TV bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza.

Antara program-program terbaru adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, dan musim baru program popular seperti Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2. Bermatlamatkan untuk menghiburkan rakyat dan memperkasakan industri, Suke TV juga telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan, Wan Animation Studios, untuk memperkenalkan kandungan animasi kreatif mereka dan juga Suke U Movies, program yang akan diterajui oleh tenaga pelatih industri dengan sokongan dan bimbingan daripada kakitangan Suke TV.

Suke U Movie merupakan program platform untuk pelajar institusi pengajian tinggi berkonsepkan pertandingan dimana pelajar dan alumni institusi boleh menayangkan hasil terbitan mereka dalam program tersebut secara siaran langsung.

Suke Tune merupakan program muzikal mingguan siaran langsung yang dihoskan oleh Chacha Maembong dan Syrul Ezwan, di mana program ini menampilkan artis-artis tempatan dan antarabangsa yang bersaing untuk memenangi diprogram kemuncak Anugerah Suke Tune. Suke Tune ditayangkan setiap Isnin jam 9 malam hingga 10 malam dan menampilkan persembahan secara langsung. 

VC (Video Clip) pula merupakan program muzikal siaran langsung yang menampilkan muzik video daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, di mana peminat boleh mengundi untuk lagu dan artis kegemaran mereka. Kedua-dua platform ini mempromosikan artis-artis yang baru serta yang sudah lama berkecimpung dalam industri dari pelbagai genre dan kategori.

Menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Suke TV juga telah menyediakan program-program keagamaan seperti Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2, yang mengisahkan sirah Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya pada bulan ramadan ini dan juga program baru, Suke Tanya Ustaz yang mana program ini mengupas soal jawab agama yang ditanya oleh penonton-penonton di studio dan di rumah mengikut topik-topik yang bersesuaian sepanjang episod.

Suke Celeb Raya ialah program pembelian dari rumah secara langsung yang menampilkan barisan selebriti tempatan seperti Adam Corrie, Dato’ Aliff Syukri, Dynas Mokhtar, Siti Shahreza (EJA), Ezlynn, Sasha Abdul Aziz, dan lain-lain dengan produk bertemakan Hari Raya di Sukeshop.com. Produk yang ditawarkan merangkumi fesyen, kosmetik, produk sedia dimakan dan lain-lain lagi. “Kami sangat gembira dapat menampilkan selebriti dan pempengaruh serta berkongsi produk hebat mereka untuk melengkapkan sambutan Ramadan dan Hari Raya”, kata Datin Emylia Rosnaida, selaku Pengarah dan Ketua Pegawai Pengurusan Bakat.

Tanya Jer Musim ke-2 ialah rancangan bual bicara komedi yang menampilkan pasangan selebriti, manakala program Berita Latah Musim ke-4 merupakan program parodi berita yang menampilkan pembaca berita yang mencuit hati. Odah Billionaire ialah rancangan bual bicara secara siaran langsung yang akan menampilkan Emelda Rosmila sebagai Odah, seorang jutawan dari sebuah kampung terpencil di Perak.

I PC U (I Penasihat Cinta U) ialah rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh dua pengacara wanita, menemuramah selebriti/artis lelaki dan membincangkan mengenai ciri ciri wanita pilihan hati mereka.

Pin Pin Siapa Tu?, Hos program yang membawa karakter penghantar makanan yang membawa anda ke rumah selebriti kegemaran anda sambil melakukan aktiviti menarik dan berkongsi pencapaian serta kejayaan terbaru dalam kerjaya selebriti tersebut. Program ini akan mengupas dunia selebriti kegemaran anda yang tidak pernah diselongkar sebelum ini. Program ini akan disokong oleh rakan mudah alih dan penaja kami, TECNO Mobile Malaysia.

“Kami bersemangat untuk memperkenalkan rangkaian program baru kami, dan kami berharap untuk terus membawa kegembiraan dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan penaja kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka terhadap Suke TV. Jadi, jangan lupa untuk tonton Suke TV!” kata Dato’ AC Mizal, Pengasas & Pengerusi, yang juga memegang jawatan Ketua Pegawai Kandungan di Suke TV.

Selain itu, Suke TV juga ingin memperkenalkan Muhammad Reeve Damien (Reeve Damien) yang berbakat sebagai Pengarah Muzik Suke TV. Beliau telah mencipta dan menghasilkan muzik latar, lagu tema, dan jingle untuk program-program Suke TV sejak awal penubuhan stesen televisyen ini. 

Untuk menonton saluran 116 Suke TV, penonton boleh memuat turun aplikasi MYTV Mana Mana di Apple Store dan juga Google Playstore.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Suke TV di www.suketv.com. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Petra di [email protected] atau Juani di [email protected].

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Resorts World Genting

Jom Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan di Resorts World Genting

Terima Qada & Qadar, Adi Putra Sahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2