in , ,

SUKE TV Lantik Be Strategic Sebagai Agensi Komunikasi Pemasaran Bersepadu

SUKE TV, rangkaian penyiaran tempatan milikkan Dato’AC Mizal yang dilancarkan baru-baru ini, telah melantik Be Strategic, sebuah syarikat tempatan beranugerah sebagai agensi komunikasi pemasaran bersepadu untuk memacu aktiviti pelancaran dan hubungan masyarakatnya di Malaysia.

Be Strategic akan bekerjasama dengan pasukan pemasaran SUKE TV untuk menghidupkan visi jenama rangkaian melalui inisiatif-inisiatif penjenamaan, digital dan sosial, serta perhubungan awam. Aktiviti pemasaran tersebut bakal dijalankan bagi memperkenalkan kehadiran SUKE TV kepada industri Media & Hiburan (M&E) sebagai sebuah rangkaian penyiaran yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. 

Dato ‘AC Mizal, pengasas dan pengerusi SUKE TV berkata, “SUKE TV ditubuhkan untuk menyumbang kepada kesinambungan selebriti, penggiat seni, pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) serta penonton tempatan. SUKE TV menawarkan kemudahan membeli-belah alaf baru dan kontemporari melalui strategi platform dwi-pilihan kami. Misi kami di SUKE TV adalah untuk mengembalikan kegembiraan kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, bangsa, dan jantina; dan untuk menjalinkan hubungan yang erat bersama penonton,” 

“Be Strategic memahami keperluan kami dan berjaya mencitrakan intipati jenama SUKE TV, termasuk kisah sejarah di sebalik penubuhan rangkaian ini. Sebagai sebuah pemain baharu, ianya sangat mustahak untuk bekerjasama dengan sebuah agensi yang dapat menawarkan pandangan industri yang mendalam bagi memperkasakan posisi SUKE TV dalam industri M&E. 

L-R_ Dan Iskandar, Dato' Ac Mizal &Amp; Ashvin Anamalai

Keputusan perlantikan Be Strategic adalah cerminan intrinsik kepada misi kami untuk menyokong dan membantu perniagaan tempatan. Be Strategic merupakan sebuah agensi tempatan yang menawarkan pengetahuan, pengalaman, kepakaran serta pengiktirafan untuk membawa jenama SUKE TV ke khalayak ramai. Kami tidak sabar untuk memulakan persahabatan dinamik ini untuk memacu jenama SUKE ke hadapan,” tambah beliau. 

“Peningkatan pengguna teknologi hiburan telah melihat lonjakkan mendadak dalam beberapa tahun terakhir ini. SUKE TV adalah inisiatif unik yang memupuk semangat inovasi dalam media hiburan di Malaysia. Be Strategic bersedia memikul tanggungjawab sebagai peneraju misi SUKE TV untuk menyampaikan pengalaman beli-belah yang mudah dan lancar kepada rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa pendekatan kreatif Be Strategic untuk SUKE TV akan memperkukuhkan posisinya di kalangan industri M&E tempatan, dan kami akan memberi yang terbaik untuk menjadikan visi jenama SUKE TV suatu kenyataan”. kata Dan Iskandar, Pengarah Kreatif Be Strategic. 

Baru-baru ini, SUKE TV mengumumkan barisan personaliti yang akan bekerjasama dengan mereka di saluran TV free to air (FTA) 24/7 mereka. Barisan ini merangkumi 

ikon industri terkenal seperti Wak Doyok, Tengku Azura, Maryam Ryzal, Ernie Zakri, Emelda Rosmila dan Syamel; penggiat media sosial seperti Aireena Sofia, Mat Dan, Bibi Qairina dan Rushdan Wafa; serta bakat industri seperti Reeve Damien, Allisya Tahir dan Fauzi Zulkifli. 

Antara senarai pelanggan Be Strategic termasuk Lazada Malaysia, Quill Automobiles, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), UDA Property, dan Castrol Malaysia. Baru-baru ini agensi ini telah berjaya merangkul lima anugerah di Agency of the Year dan MARKies Awards Malaysia 2021 oleh Advertising + Marketing Magazine. 

Mengenai SUKE TV 

SUKE TV, sebuah rangkaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato AC Mizal yang membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia. Dengan infrastruktur yang luas, pengalaman yang banyak dan usahasama industri akan datang, SUKE TV bermatlamat membangun dan menyampaikan kandungan yang original dari semua genre untuk televisyen dan medium digital T Malaysia. Dari pengalaman pembelian inovatif, drama yang menyentuh perasaan, ke komedi yang mencuit hati serta aksi sukan yang mendebarkan, SUKE TV berhasrat menghubungkan lebih 30 juta rakyat Malaysia menerusi perspektif hiburan yang unik. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.suketv.com/ 

Mengenai Be Strategic

Be Strategic (BEST) adalah sebuah agensi komunikasi kreatif beranugerah, dengan kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan end-to-end melalui empat disiplin: penjenamaan, digital dan sosial, experiential events dan perhubungan awam. Sejak tahun 2015, pasukan BEST menawarkan pengetahuan dan kepakaran untuk memperkasakan jenama-jenama yang berhasrat untuk menyampaikan mesej mereka dengan berkesan kepada khalayak yang disasarkan. BEST telah mengembangkan portfolio yang sekarang merangkumi lebih dari 60 jenama daripada 12 industri serta lebih daripada 200 projek yang telah disiapkan. Agensi ini telah melihat pembangunan yang pesat sejak pertubuhannya; kini BEST dikendalikan oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada pelbagai bakat dan pengalaman. Be Strategic bertujuan untuk mengembangkan strategi dan memberi penyelesaian komunikasi pemasaran untuk mendapatkan hasil yang baik dan memuaskan bagi semua pihak, dan berusaha untuk menjayakan setiap projek yang dikendalikan oleh mereka. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati https://bestrategic.asia/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tom Hardy | 15

Peraduan Jom Menonton Filem VENOM LET THERE BE CARNAGE

Angelina Jolie | 16

Watak Deviants dalam Filem ETERNALS Makin Berkuasa & Berbahaya