in

Skandal & Drama Dalam Gossip Girl Musim Ke 4

SKANDAL DAN DRAMA DALAM GOSSIP GIRL MUSIM KE-4

Tarikh siaran : 26 Julai 2011 (setiap Selasa)
Masa siaran : 10.30 malam
Episod : 22 x 60 minit

Ya, ia bukan sekadar khabar angin. Watak-watak elit popular kembali dengan musim terbaru yang pastinya lebih skandal dan drama yang lebih menyengat dalam GOSSIP GIRL (Musim ke-4).

Sesuatu yang tidak dijangka bakal berlaku dalam GOSSIP GIRL (Musim ke-4)ini. Skandal, krisis, drama, khianat dan semestinya gosip-gosip hebat dapat anda saksikan dalam drama ini. Serena, Blair, Nate, Chuck, Dan berusaha untuk mengekalkan perhubungan mereka dan sentiasa berhati-hati dengan muslihat baru musuh-musuh mereka.

Mengimbas kembali apa yang berlaku pada musim sebelum ini, Blair akhirnya memaafkan Chuck atas kesilapan beliau. Banyak perkara yang berlaku di antara Dan, Serena dan Nate sementara Dorota dan Vanya pula menyambut kelahiran bayi mereka.

GG_4STRIP_02 wip5 (Medium)

Jenny Humprey pula telah dihantar ke Hudson akibat daripada tindakan beliau yang tidur bersama dengan Chuck Bass yang juga merupakan abang tiri beliau. Jenny juga mula berjinak-jinak dengan pengedaran dadah. Sampai bila Jenny akan terjebak dengan gejala yang kurang sihat ini? Adakah Jenny akan berubah?
Georgina Sparks akan membuat kemunculan pada episod akhir apabila dia kembali dan sudah pasti dengan agenda dan muslihat baru. Tidak cukupkah dengan masalah dan kekecohan yang sedia ada?

Jangan ketinggalan untuk menonton GOSSIP GIRL (Musim ke-4)yang padat dengan skandal, konspirasi dan gosip panas yang pastinya membuat anda melekat di kaca televisyen masing-masing. GOSSIP GIRL (Musim ke-4) akan disiarkan setiap Selasa bermula 19 Julai 2011 jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV!

GOSSIP GIRL (Musim ke-4) ini juga akan membawa anda ke lokasi baru iaitu Paris! Musim ini akan mempertemukan Blair Warldorf dan Serena Van Der yang menghabiskan musim panas mereka di Paris untuk melupakan masalah cinta yang kompleks dan kehidupan rumit mereka.

Musim ke-4 ini juga berjaya meraih popularati apabila secara purata ditonton oleh lebih pendapat tujuh pencalonan dalam Teen Choice Awards dan berjaya memenangi empat kategori! Antara kategori-kategori yang dimenangi oleh drama bersiri ini ialah “TV Show Drama” , “TV Actor Drama (Chace Crawford)”, “TV Actress Drama (Leighton Meester)”, dan “Female Scene Stealer (menampilkan bintang undangan Hilary Duff)”.

“GOSSIP GIRL (Musim ke-4)sememangnya memberi impak besar terhadap generasi muda. Fesyen, stail, gaya, gaya hidup dalam GOSSIP GIRL (Musim ke-4)sering menjadi ikutan,” ujar Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Saya percaya peminat setia drama ini tidak sabar untuk mengikuti sambungan kisah dalam GOSSIP GIRL (Musim ke-4). Semoga anda semua terhibur.”

Saksikan kemunculan watak-watak baru yang mewarnai GOSSIP GIRL (Musim ke-4) ini. Clémence Poésy, Eva (from Harry Potter) memainkan watak sebagai teman baru Chuck. Katie Cassidy, membawakan watak Juliet, pelajar dari Columbia University yang juga mempunyai potensi untuk jatuh cinta dengan Nate. David Call yang membawakan watak Ben Donovan yang merupakan abang kepada Juliet. Julie dan Ben pula bergabung untuk menghancurkan hidup Serena. Michael Boatman yang membawakan watak Russell Thorpe dan Tika Sumpter sebagai Raina pula merupakan antara bintang undangan pada musim ini.

Saksikan kisah-kisah menarik dalam GOSSIP GIRL (Musim ke-4) yang padat dengan skandal, konspirasi dan gosip panas yang pastinya membuat anda melekat di kaca televisyen masing-masing. GOSSIP GIRL (Musim ke-4) akan disiarkan setiap Selasa bermula 19 Julai 2011 jam 10.30 malam eksklusif di saluran hip 8TV.

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro atau layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my Kini anda juga boleh menonton program-program 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda dengan mendaftar masuk ke m.tonton.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Derma Darah Sempena Hari Pahlawan 2011

Album Soundtrack Glee The 3D Concert Movie