in

Kempen Derma Darah Sempena Hari Pahlawan 2011

KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN SIRI 2/2011 SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2011 ANJURAN MASJID NEGARA PADA 29 JULAI 2011 MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Jalan Perdana, Kuala Lumpur – Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2011, Masjid Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pameran Kesihatan Siri 2/2011 di Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Kempen sehari yang diadakan pada Jumaat, 29 Julai 2011 bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 4.00 petang tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang awam.

IMG_4907

Kempen kali ini mendapat kerjasama daripada Pusat Darah Negara, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Klinik Pergigian Tanglin, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Sumber Transplan Nasional, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Kempen tahunan ini merupakan kali kedua diadakan bagi tahun 2011. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang telah dirangka oleh Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara. Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk membantu Pusat Darah Negara mengisi tabung darah mereka. Selain itu ianya sebagai salah satu alternatif ke arah kebajikan yang dapat dilakukan oleh pihak Masjid Negara kepada masyarakat umum di samping memberi informasi dan pendidikan yang berguna serta bermaklumat tentang kesihatan. Ianya juga sebagai langkah untuk terus mengimarahkan Masjid Negara sebagai masjid terulung di Malaysia. Ini juga dapat menggalakkan orang ramai menderma darah sambil beramal.

Daripada 143 orang yang mendaftar, seramai 124 orang telah layak untuk mendermakan darah mereka semasa kempen tersebut berlangsung. Jumlah tersebut merupakan yang tertinggi dicatatkan sepanjang Masjid Negara menganjurkan Kempen Derma Darah bermula pada tahun 2002. Walaupun jumlah itu dilihat sedikit tetapi sumbangan yang diberikan daripada orang awam sememangnya amat dihargai. Pihak penganjur mengharapkan agar kempen ini akan mendapat sambutan dan perhatian daripada orang ramai pada masa akan datang dengan memberikan lebih banyak publisiti serta promosi yang lebih meluas dan informasi awal kepada masyarakat umum berkenaan kempen ini.

Pelbagai pengisian menarik yang telah diadakan selain kempen menderma darah antaranya:
· Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST)
· Pameran oleh Bahagian Kesihatan Tradisional dan Komplementari di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
· Peranan dan objektif penubuhan Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan Pusat Sumber Transplan Nasional
· Pemeriksaan gigi secara percuma oleh Klinik Pergigian Tanglin
· Pendaftaran pemilih bagi pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
· Pameran mengenai Rakan Cop oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
· Pameran kesihatan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
· Pameran mengenai bahaya denggi oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
· Pameran daripada Majlis Aids Malaysia.

Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan seterusnya dijangka diadakan sekitar bulan Disember 2011 yang diharap akan mendapat kerjasama daripada Jabatan / Agensi sedia ada dengan pertambahan Jabatan / Agensi yang berminat untuk membuat pameran pendidikan kesihatan serta pertambahan dari bilangan penderma yang ingin membuat kebajikan dengan menderma darah.

IMG_4820

IMG_4848

IMG_4888

IMG_4912

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Increases Flight Frequencies On Selected Routes

Skandal & Drama Dalam Gossip Girl Musim Ke 4