in , , , , , ,

Sinopsis Filem CUCI Arahan Hans Isaac Lakonan Afdlin Shauki

Filem CUCI adalah sebuah karya yang mengisahkan penglibatan empat sahabat Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C’Tan (Ac Mizal) dan JOJO (Awie) dalam memperbaiki kehidupan mereka sebagai pencuci tingkap banggunan.

Poster Filem CUCI – Mengambil imej Tugu Kebangsaan (National Monument) dan askarnya digantikan dengan tukang cuci. Kreatif dan unik! Apa pendapat anda dengan poster ini?

Tajuk Filem:
CUCI

Genre:
Komedi

Format:
35mm

Durasi:
90min

Penerbit:
Dato’ Anthony Fernandes
Hans Isaac

Pengarah:
Hans Isaac

Cerita Asal:
Hans Isaac
Harith Iskander

Penulis Skrip:
Harith Iskander
Hans Isaac

Olahan Skrip:
Ted Azelan

Trailer Filem CUCI

Sinopsis Filem CUCI

Filem CUCI adalah sebuah karya yang mengisahkan penglibatan empat sahabat Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C’Tan (Ac Mizal) dan JOJO (Awie) dalam memperbaiki kehidupan mereka sebagai pencuci tingkap banggunan. Dari kecil hingga dewasa kumpulan ini sering bersama sebagai satu keluarga dengan wawasan yang sama.

Dalam mencari kemajuan mereka telah memasuki “Window Washing Olympic” satu pertandingan berprestij yang akan menempatkan syarikat mereka CUCI CUCI SERVICES di antara syarikat-syarikat professional. Pertandingan ini juga merupakan satu langkah bagi mereka untuk mendapatkan kontrak besar mencuci tingkap banggunan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

Cerita ini diserikan lagi dengan kemunculan Cj (Erra Fazira), anak seorang ahli korporat, Tan Sri Rahim  (Dato’ Rahim Razali) dan juga merupakan eksekutif syarikat yang menganjurkan pertandingan “WWO” tersebut. CJ dibantu dipejabat oleh Farah (Umi Aida), sebagai pembantu peribadi yang juga merupakan seorang kawan di luar pejabat. Perwatakan CJ dan FARAH amat berbeza walaupun mereka kawan baik.

Persaingan hebat berlaku antara CUCI CUCI SERVICES dan syarikat professional Maju Wira Sdn Bhd yang dipunyai oleh Wira (Khir Rahman), seorang usahawan berjaya yang mewarisi kemewahan dari keluarganya. WIRA juga mempunyai perasaan terhadap CJ dan berusaha untuk mendampinginya.

“CUCI” memaparkan semangat di antara empat sahabat karib ini mengharungi rintangan hidup dengan mengekalkan nilai jati diri dan kualiti kerja yang baik. Filem ini banyak mengadunkan adegan-adegan menarik yang dipersembahkan dalam bentuk komedi ringan dan penuh aksi.

Antara Barisasn Pelakon “CUCI”

Awie:
Jojo   

Afdlin Shauki:
Fairil  

Ac Mizal:
C’Tan   

Hans Isaac:
Khai 

Erra Fazira:
Cj (Siti Jasmin)

Umi Aida:
Farah

Dato’ Rahim Razali:
Tan Sri Rahim

Khir Rahman:
Wira

 INFO FILEM CUCI:

1. Filem CUCI adalah buah tangan pertama Hans Isaac sebagai pengarah filem. Filem ini menjadi kayu ukuran kepada filem beliau yang akan datang. Persoalannya, mampukah Hans Isaac mencari identitinya sendiri dalam gaya pengarahannya atau masih terbawa-bawa dengan cara sifoonya, Afdlin Shauki.

2. Kesemua tunjang utama filem ini iaitu Hans, Afdlin Shauki, AC Mizal dan Awie pernah menjayakan filem arahan Afdlin Shauki iaitu Baik Punya Cilok. Soalan yang pasti ditanya oleh wartawan, mengapa memilih kawan-kawan atau perkataan yang lebih tepatnya KRONI. Bukankah diluar sana masih ramai lagi pelakon di Malaysia yang boleh ditawarkan?

3. Pengambaran filem ini dibuat di sekitar Kuala Lumpur.

4. Melihat kepada barisan pelakonnya, tidak dapat saya sangkalkan bawa aspek komersial menjadi keutamaan. Saya rasa filem ini akan berjaya mengamit ramai peminat ke pawagam. Semua orang mahu untung. Siapa mau rugi kan?

5. Filem ini mempunyai komedi yang berlainan dengan “Baik Punya Cilok”. Ianya lebih menekankan kepada realiti kehidupan dan logika pemikiran. Ada setengah filem komedi mengetepikan aspek sedemikian.

6. Filem ini diterbitkan oleh syarikat milik Hans Isaac iaitu Tall Oaks Production dengan usahasama Tune Entertainment Group Sdn Bhd.

7. Saya rasa Hans Isaac banyak mendapat sumber inspirasi daripada Afdlin Shauki. Setelah berlakon, Hans ingin menjadi pengarah dan penerbit serta penulis skrip. Kemudian apa lagi? Menyanyi je Hans Isaac belum buat. Mahu cuba bikin album pula lepas ni? Peranan Hans memang besar untuk mengangkat filem ini ke mercu jaya. Saya pernah terfikir, laratnya Hans Isaac buat semua benda dalam satu masa. Jawapannya satu sahaja, Gigih! Rajin berusaha tangga kejayaan.

Apa-apa pun, tunggu sahaja filem ini ditayangkan pertengahan tahun 2007.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah Annual Grammy Awards Ke-49

Di Balik Keistimewaan Video Muzik TERLALU ISTIMEWA Adibah Noor