in , , , , ,

Di Balik Keistimewaan Video Muzik TERLALU ISTIMEWA Adibah Noor

Anugerah Juara Lagu 21 yang lalu telah berjaya mengangkat nama Adibah Nor di tahap yang paling membanggakan dalam sejarah karier beliau sebagai seorang penyanyi.

Bagi penyanyi dan penulis lirik untuk lagu TERLALU ISTIMEWA, sudah tentu kejayaan di AJL menghapuskan segala penat lelah. Bukan senang untuk Adibah Nor memasarkan albumnya, apatah lagi banyak pihak yang tidak hadir memberi sokongan kerana bentuk fizikal Adibah tidak secantik penyanyi yang lain. Dan saya percaya, hari-hari seterusnya nanti, Adibah Nor tidak akan sukar dalam merakamkan juga mempromosikan album beliau. Kini, bakat dan populariti sudah ada. Hanya perlukan sokongan daripada peminat dan komitmen yang tinggi.

C122Dcf063373Ec20C6B1E6B63E48A29 | 4

 Apa yang menjadi keistimewaan bagi lagu TERLALU ISTIMEWA? Selain banyak sekali mesej tentang kasih sayang, lagu ini mempunyai dinamik dan kekuatan tersendiri. Mesej dan keunikan lagu ini dipaparkan dalam video muzik TERLALU ISTIMEWA.

 Saya seronok dan enjoy menonton muzik video TERLALU ISTIMEWA ini. Memang terlalu istimewa bagi saya. Banyak sebab saya cakap begitu kerana pertama sekali, saya dah serasi dengan lagu ini. Setelah menyelami serta memahami liriknya, maka kita tak ralat untuk mengerti apa yang tersirat. Kita akan tahu persepsi dan konsep pengarah muzik video ini untuk menterjemahkan mesej ke skrin tv.

2Ace70456110Be6C4Dbf3E6E3947B05B | 5
49C323C8F65Aa0Ef64568F7E2A7Edde5 | 6
A4997783C5024D79F8Ed243Fbb4F5D5A | 7

 Setelah kejayaan lagu ini dinobatkan sebagai Juara Lagu, lagu-lagu dalam album Adibah Nor ini saya perdengarkan kembali. Memang benar, bukan lagu ini sahaja yang istimewa. Banyak genre muzik yang memberi gambaran di mana Adibah seorang penyanyi serba boleh.

 Dengan mutu muzik yang indah menusuk ke dalam rongga-rongga jiwa, diselang seli dengan gambar-gambar kanak-kanak yang cukup menyentuh hati kecil saya. Saya jadi terharu dan tersentuh dengan lagu ini. Hati dan mata bergabung menjadi satu deria yang seakan ingin memahami perasaan yang dulunya tandus dengan kasih sayang dari seorang yang bergelar bapa. Ya, sudah 10 tahun arwah ayah meninggal dan selama itu juga saya akan mengingati kasih sayangnya yang pernah dicurahkan kepada saya. Jasanya akan tetap saya kenang sampai bila-bila.

9Db97A8Ede5Fdc24A9Cb0E7118934A65 | 8
Bc7652A023Aa31687F8037F708D14E2A | 9

 Saya suka tengok suasana pantai yang mendamaikan dalam video klip ini. Ianya seakan mengajak saya untuk pulang ke kampung halaman. Lebih-lebih lagi, lambaian desa seakan menggamit kedatangan saya tatkala cuti raya Cina ini yang bakal disambut dua hari lagi.

 Kampung saya sebenarnya terletak di tepi pantai. Pantai memberi simbol kepada satu kedamaian dan ketenangan. Biru warna laut itu menggambarkan kasih sayang yang luas dan tidak bertepi. Namun, saya rasa pantai yang menjadi lokasi pengambaran video klip ini lebih cantik dan lebih damai. 

 Ditambah dengan seni fotografi dan juga sinematografi yang boleh dibanggakan, video klip ini menjadi sempurna. Ombak yang sering pasang dan surut itu melambangkan satu kebebasan bagi insan memberi dan menerima. Give, take & share. Itu satu konsep penting dalam jalinan kasih sayang. Daun-daun kelapa yang meliang lintuk itu seolah melambai-lambai dan mengajak manusia agar mencintai kedamaian. Dan itulah yang kita ingin lihat. Manusia hidup dalam dunia aman tanpa sebarang sengketa. Semua orang ingin aman… lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.

317F202E8B2F2C81Afb7338752A6D9B9 | 10
7Cc900F852Ea0D74Fa49889Ecc058Ccb | 11

 Sebagaimana yang kita dapat lihat dari gambar yang saya petik, Adibah menggunakan lebih 10 orang kanak-kanak dalam video klip ini. Mesej lagu ini memberi fokus kepada penderitaan kanak-kanak yang tidak cukup diberi kasih sayang.

 Penterjemahan lagu TERLALU ISTIMEWA bagi Adibah Nor memang merujuk kepada kasih sayang terhadap kanak-kanak. Kita pun sedia maklum lagu ini ditujukan khas kepada seorang kanak-kanak, Adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Adik malang ini telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh kejam oleh manusia yang tak berperi kemanusian. Kasihan kan? Hati mana yang tidak tersentuh?

05062551Ca8Fb9B76429D34465E277Cb | 12
82796Bf4B383F0C9934A8F4F18E7C815 | 13

   Lagu ini mengajak kita agar mencintai kanak-kanak yang bakal mewarisi tampuk negara. Kanak-kanak yang bakal menjadi remaja dan dewasa seperti yang kita alami kini. Mereka umpama sebatang pohon yang baru tumbuh. Perlu disiram dengan kasih sayang dan dibajai dengan ilmu pengetahuan.

 Mereka juga seperti sehelai kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna ceria dan penuh dengan ilmu asuhan cahaya permata. Mereka memerlukan kasih sayang yang sepenuhnya dari ibu bapa dan keluarga. Isu penderaan kanak-kanak bukan isu yang baru.

Dari dulu anak-anak menjadi mangsa penderaan dan inilah yang menjadi pokok utama yang ingin disampaikan dari lagu Adibah. Usah mendera kanak-kanak kalau anda tak mau diri anda didera oleh Yang Maha Pencipta!

TERLALU ISTIMEWA

Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hans Isaac | 43

Sinopsis Filem CUCI Arahan Hans Isaac Lakonan Afdlin Shauki

Amylea Aziza 2020 | 44

Yang Menarik Tentang Drama Bersiri TEMAN di 8TV