in , , , ,

Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah Annual Grammy Awards Ke-49

Siti yang mewakili negara untuk melintas di hamparan permaidani merah sempena Anugerah Grammy ke-49 (49th Annual Grammy Awards) di Staples Centre, Los Angeles, semalam berkata, dia begitu teruja untuk bertemu dengan idolanya, Celine Dion.

Kalau peminat-peminat lain teruja untuk bertemu dengan artis pujaan mereka, begitu juga dengan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza. Siti pun manusia biasa. Ada artis pujaan sendiri. Itulah, kalau boleh Siti nak berjumpa Celine Dion. Artis lain yang Siti nak jumpa ialah Justin Timberlake atau Beyonce.

389843543 785A8259C0 O | 4

“Kalau jumpa mereka mesti Siti kelu. Macam peminat-peminat lain, mungkin Siti akan bergambar atau minta autograf mereka,” katanya sambil tersenyum.

Siti yang terpilih sebagai artis pertama negara ke majlis berprestij tersebut berkata, selain bertemu dengan selebriti ternama, dia juga ingin melihat cara majlis tersebut berlangsung.

Kata Siti, selama ini dia sudah terdedah dengan majlis-majlis yang dianjurkan di dalam negara dan berharap pendedahan di majlis antarabangsa akan memberinya ruang untuk mencari peluang mengembangkan kariernya.

Siti yang akan cuba untuk memberi jawapan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu jika disoal di sana berharap dapat memberi albumnya kepada beberapa pihak di sana.

“Selain berjalan di permaidani merah, Siti juga berharap sangat dapat bertemu dengan orang yang berpengaruh dalam bidang muzik bagi membantu memperkembangkan karier Siti. 

“Untuk itu, Siti akan membawa bersama album rakaman di Albert Hall dan Transkripsi untuk diberi pada pihak-pihak berkenaan,” katanya penuh harapan.

Dia yang sudah 11 tahun membabitkan diri dalam bidang seni akan mengenakan busana rekaan pereka Datuk Bernard Chandran, kebaya berwarna hitam putih daripada kain jenama Chanel yang dibeli dari London.

389843582 F43Ae0Ace2 O | 5

Anggun & Bergaya dengan Rekaan Radzwan

Jelas Siti, dia amat gembira dapat hadir di majlis berprestij tersebut setelah memenangi Selebriti Pakaian Terbaik tahun lalu di majlis khas Breakfast with the Star’s STAR Movie menerusi pakaian ciptaan Radzwan Radziwill.

Bila ditanya kenapa tidak mengenakan rekaan Radzwan untuk ke Anugerah Grammy? 

Siti menjelaskan tidak menjadi masalah baju siapa yang dia pakai untuk Anugerah Grammy kerana yang penting keselesaan.

Prestij & Gemilang

“Siti tak fikir Radzwan kisah. Sebelum ini Siti selalu pakai busana rekaannya. Kali ini saja cuba rekaan Bernard sebab masa hari lahir Siti hari itu dia yang buat. Untuk buat baju ini, Siti turut menggabungkan idea suami (Datuk K) dan selebihnya mengikut kreativiti Bernard,” katanya terus terang.

Dia yang sedang mengumpul bahan untuk album tradisional yang akan diterbitkan pada bulan Mei nanti berkata, pemergiannya ke Anugerah Grammy adalah mewakili anak-anak seni lain.

Siti keluar dari limosin yang tiba di perkarangan dewan. Kemudian dia dilihat beramah mesra dengan artis terkenal Sony BMG seperti Beyonce, Jessica Simpsons, John Mayor dan Dixie Chicks.

389843697 92F27A85Dc | 6
Glamor
389843747 Bbd5A8Eb07 O | 7
Berseri & cantik
389843411 Eb7B0F46D3 O | 8
Manja & Ayu

Sebelum meneruskan bicara, Budiey ingin memberikan kredit kepada Star World & Channel [V] atas kiriman 5 keping gambar eksklusif ini. Juga terima kasih kepada Klubbkidd atas kesudian merealisasikan gambar-gambar ini masuk ke kotak email saya. 

390110620 6543993533 O | 9

Gambar: Tanggal 11 Februari lalu adalah menjadi detik-detik manis bagi Datuk Siti Nurhaliza di mana beliau pertama kali dapat merasa untuk ‘bersiar-siar’ di acara karpet merah Anugerah Grammy ke-49 di Staples Center, Los Angeles. Memang nampak glamour sungguh Datuk Siti Nurhaliza.

Cantikkan Siti Nurhaliza dengan pakaian yang direka Datuk Bernard Chandran nih? Memang anggun dan menawan dengan warna tema hitam putih. Siti memang sesuai pakai apa sahaja. Labuci yang dijahit berangkai-rangkai menyerlahkan lagi kejelitaan Siti. Juga reben hitam yang diselit di lengan baju juga menambah daya feminine Siti. Itu kata saya. Anda pula bagaimana?

Datuk Siti Nurhaliza kelihatan ditemani oleh suaminya, Datuk Khalid yang mengenakan suit kot warna hitam dan berbaju putih lengkap dengan ‘riben’ yang diikat di leher. Selepas acara anugerah, Datuk Siti Nurhaliza juga menghadiri post party yang diadakan di Beverly Hills anjuran Sony BMG.

390091207 4437A86227 O | 10

Jom kita zoom in…

390091286 0Cb5Bbcc22 O | 11
Labuci ke butang baju? Ops!

Hari ini, saya mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pembaca juga kenalan. Ada yang kata, busana hitam putih cap Chanel ini terlalu ringkas untuk seorang bintang pop terkenal di Asia. Ada yang kata simplenya macam nak pergi makan di warong mamak. Ada yang kata labuci yang dijahit tu macam menyemak mata memandang. Ada yang kata Siti terlalu over rated… sakit hati je saya dengar…

Tapi bagi Budiey, kalau anda tidak pandai berfesyen dan tidak tahu tentang dunia fesyen terkini, tolong jangan komen. Tetapi itu pendapat anda, saya hormati. Apa sahaja yang anda kata, Siti memang layak dilayan sebegini eksklusif. Berbaloi dengan status Siti dan usaha beliau selama ini.

Menyaksikan acara paling berprestij di dunia merupakan hadiah yang tidak diduga oleh Siti Nurhaliza. Asalnya, Siti terpilih sebagai Artis Berpakaian Paling Cantik di acara Ritz Carlton “Breakfast With The Stars” yang ditaja khas oleh Star World.

Sebagai hadiahnya Siti Nurhaliza memenangi dua tiket ke anugerah tersebut. Beruntungkan jadi Siti Nurhaliza?

Kain busana yang dipakai Siti ini dibeli oleh Siti sendiri ketika bercuti di London tidak lama dulu. Memang mahal harganya. Nampak macam biasa kan?

Biasanya, saya lihat ramai selebriti mengenakan pakaian yang simple tapi nampak seksi. Takkanlah Siti nak mengenakan pakaian seperti mereka yang berkemban tu kan. Jadi, pakaian kena ada juga unsur-unsur ketimuran dan simbol kesopanan bangsa Malaysia. Tak gitu?

Apa pula kata anda?

p/s: Dapatkah Siti Nurhaliza bertemu dengan idolanya, Celine Dion? Siapa nak jawab angkat tangan…

Untuk gambar Siti Nurhaliza yang lebih BESAR, klik budifoto.blogspot.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari | 39

Sekitar Belakang Tabir Pembikinan Filem Malaikat Maut – Part 2

Hans Isaac | 40

Sinopsis Filem CUCI Arahan Hans Isaac Lakonan Afdlin Shauki