in , ,

Sidi Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7, Ini Sedikit Ulasan Untuk Penonton Setia AF7

Malam tadi telah berlangsung Konsert Akademi Fantasia yang menyaksikan penyingkiran Sidi yang mendapat undian paling rendah. Ingat ke ada 3 orang yang terkeluar sebab ada banyak beg yang diusung. Apa-apa pun, pastinya malam ini, Sidi dapat melepaskan kerinduan terhadap isteri tercinta dan familinya.

Sidi malam tadi telah bawa lagu Cinta Yang Sempurna berduet dengan Zahid AF2 namun ternyata gagal memikat hati penonton. Kurang feel kot. Hafiz seperti biasa menerima kritikan positif dari pengkritik. Dan mengejutkan, malam ini adalah malam yang bertuah kepada Aril kerana kolaborasinya bersama Marsha memang menjadi.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) ini menampilkan kelainan apabila buat julung kalinya memberi peluang setiap pelajar berduet dengan bintang Akademi Fantasia (AF) Jangan Tak Lihat

SIDI TERPAKSA AKUR DENGAN TAKDIR

Acara yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil menyaksikan pelajar wanita iaitu duet Claudia & Vince (Kau Muzik Di Hatiku/ Jacyln Victor & Vince), Aishah & Aiff Aziz (Dua Hati Menjadi Satu/ Gita Gutawa & Dafi), Isma & Zul 2 By 2 (Kau Mawarku/ Dato’ Siti Nurhaliza & 2 By 2).

Manakala persembahan pelajar lelaki adalah Yazid & Yazer (Terharu/ Jamal Abdillah & Mawi), Aril & Marsha (Aku Dan Dirimu/ Ari Lasso & Bunga Citra Lestari), Qhaud & Heliza (Dibius Cinta/Yusry & Melly Goeslow), Hafiz & Mila (Terlanjur Cinta / Rossa & Pasha Ungu) dan Akim & Farah (Jika Kau Tiada/Erra Fazira & Yusry).

Sementara itu, selain persembahan individu, setiap pelajar turut bergabung tenaga dengan persembahan pembukaan yang mendendangkan lagu Lucky nyanyian asal Jason Mraz dan Colbie Caillat.

Dengan penyingkiran Sidi bermakna tinggal lapan lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas minggu ini adalah Edrie Hashim dan Dato’ Khatijah Ibrahim. Adlin Aman Ramlie yang terbabit sebagai hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pula digantikan dengan handalan, Adibah Noor.

Konsert malam tadi juga menampilkan transformasi baru apabila pentas ditambahi bebola seperti molekul di atas pentas. Pun begitu, cara penyampaian pula kembali seperti AF terdahulu apabila tiada lagi montaj pelajar tetapi AC Mizal bertindak bermesra dengan pelajar terlebih dahulu.

Di samping itu, tarian dan nyanyian lagu Menuju Puncak kembali dinyanyikan pada akhir konsert.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Anuar Zain Tak Jejas Walaupun Batuk

Luscious Kembali Dengan Single Terbaru Khabarkan