Sidang Media Konsert Jelajah Malaysia 2008 Peterpan Anjuran Celcom

Semalam, Sensasi Selebriti telah dijemput oleh Celcom untuk mengikuti satu sidang media Konsert Peterpan Jelajah Malaysia 2008 yang diadakan di Zeta Bar, KL Hilton, Kuala Lumpur. Terima kasih Celcom atas jemputan dan memberi peluang kepada Budiey untuk mempromosikan konser Peterpan ini kepada pembaca. Sebenarnya semalan, ada dua sidang media dilangsungkan di satu lokasi; satu idea yang baik untuk menjimatkan masa dan juga bajet. Tidaklah macam Rafflesia yang mengadakan sidang akhbar banyak kali untuk satu event. Ops! Camna tu?

peterpan

Majlis bermula agak lewat 40 minit kerana menantikan Peterpan yang khabarnya hanya datang semata-mata untuk sesi bersama media. Jam 5.20 petang, KC Ismail penyampai Suria FM memulakan majlis dengan mengalu-alukan para jemputan VIP Naib Presiden Bahagian Pemasaran Celcom; Encik Zalman Aefendy Zainal Abidin, Peterpan yang terdiri dari Ariel (vokalis), Loekman (gitaris), Uki (gitaris) dan reza (pemain drum) dan Mr. Tang; wakil dari Clockwork Records.

Sejarah dan profile Peterpan diceritakan serba sedikit oleh KC Ismail untuk mengembalikan ingatan media kepada sejarah kegemilangan Peterpan yang kini Budiey rasa dah semakin malap di Malaysia. Ye lah, sekarang ini zaman kebangkitan muzik indie tempatan. Masih adakah peminat Peterpan di luar sana untuk menyokong konsert ini? Lagi pun, Peterpan agak lama tidak berkunjung ke Malaysia.

Ucapan terima kasih juga diberi kepada semua penaja dan syarikat yang bekerjasama dalam menjayakan Konsert Jelajah Peterpan ini. Antaranya Majalah Konsert, SKNE, Hot FM dan ramai lagi.

Dengan dibawakan oleh Celcom, Konsert Jelajah Malaysia 08 ini akan mengegarkan empat buah negeri iaitu:

  1. 19 April 2008 – Dewan Sukan Tertutup, Kompleks Sukan Tawau
  2. 20 April 2008 – Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak
  3. 26 April 2008 – Stadium Tertutup Johor Bahru
  4. 27 April 2008 – Stadium Negara, Kuala Lumpur

Sempena dengan Konsert Peterpan ini, Celcom telah menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan. Kepada korang yang mahu ke konsert dengan percuma, hanya beli PAKET KEREN PETERPAN dan reload RM30 dan akan mendapat tiket Zone Celcom percuma. Selain itu, pelanggan celcom juga boleh menikmati kadar rendah panggilan IDD ke Indonesia dan menerima 100 SMS percuma ke Indonesia dengan menambah nilai RM30 dan ke atas.

Budiey melihat promosi ini difokuskan kepada pelanggan yang teridir dari pekerja asing dari Indonesia. Daya tarikan yang meluas dengan niat untuk mendekati pelanggan membuatkan Celcom terus ingin menjadi pilihan nombor satu untuk berhubung. Faktor populariti dan juga kesesuaian dengan imej Peterpan membuat celcom tertarik untuk menerbangkan Peterpan bagi menghiburkan pelanggan dan masyarakat.

Sebenarnya, hubungan Celcom dengan Peterpan sudah lama terjalin. Peterpan pernah menampa sejarah di konsert terbesar meraikan tahun baru 2006 dan pada bulan Mei 2007, Celcom telah memilih Peterpan sebagai IKON BERKUASA CELCOM. Grup rockers dari Bandung Indonesia itu kini giat menjayakan kempen UNBEATABLE; satu kempen di mana celcom memperakui servis terbaik dari segi liputan, kadar, kelajuan dan servis. Peterpan juga telah menyanyikan semula lagu anthem Football Mad Nation yang asalnya dinyanyikan oleh Popshuvit dan Disagree.

Sementara itu, tiket berharga RM35 dan RM75 boleh dibeli di semua gedung Al-Ikhsan, Rock Corner dan Top Ten Stores. Pelanggan juga boleh membeli tiket di lokasi konsert dua hari sebelum konsert. Setiap pembelian tiket disertakan tambah nilai bernilai RM10 PERCUMA.

Dan akhir sekali, Budiey suka untuk meletakkan gambar-gambar untuk pembaca yang suka bangat dengan Ariel Peterpan, khususnya Erin; sahabat gue dan Marini dari Intrend. Moga terlepas rindu kalian pada Ariel. Huhu!

[tags]konsert jelajah malaysia, konsert peterpan, uki, gambar ariel, luna maya, gossip ariel, celcom, x-pac, big jam, konsert tahun baru, bukan di sini, carta top era, hot fm, indonesian music, kau tetap di hati, kumpulan sofaz, lelaki, hari yang cerah, ulasan album,  lirik lagu, live in concert, malaysia, muzik, Clockwork Records, menghapus jejakmu, punk rock, sofaz, underground, video klip, stadium perpaduan, reza PETERPAN, tower records[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Janice My First Concert in Malaysia 2008 by Channel X Celcom

Sidang Media Sean Kingston BEAUTIFUL GIRL World Tour 2008